Gubahan Bunga Duit Hantaran RM20K Besar Sangat, Mujur Pengantin Tak Jatuh Tersungkur!

Pengantin lelaki ini mencuri perhatian netizen apabila dia hampir jatuh kerana membawa gubahan bunga duit hantaran yang besar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengantin lelaki ini mencuri tumpuan di media sosial apabila gubahan bunga duit hantaran yang dibawanya terlalu besar sehingga membuatkan dia hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.

Mujur dia tak terjatuh atas jalan tar yang mungkin boleh menyebabkannya cedera, alami koyak baju atau seluar atau gubahan bunga hantara itu bakal rosak.

Suspen juga bila lihat si pengantin lelaki keluarkan gubahan bunga daripada boot keretanya. Ada juga yang mula-mula menyangka pengantin berkenaan cuba membantu isterinya keluar dari kereta, namun jangkaan itu ternyata meleset apabila gubahan wang hantaran yang dikeluarkan.

Gubahan bunga duit hantaran berat sangat, mujur pengantin tak jatuh tersungkur!

Difahamkan, berdasarkan caption pada kiriman yang dikongsi di laman TikTok itu, jumlah gubahan bunga hantaran itu berjumlah RM20,000. 

Sebab itulah berat agaknya! Gubahan bunga cantik dengan rona putih cream itu memang sangat mencuri tumpuan dengan saiznya yang besar selain itu mencecah ketinggian pengantin lelaki berkenaan.

Gubahan duit berjumlah RM20K!

Jadi tidak hairanlah jika sesiapa yang mengangkatnya boleh hilang kesimbangan badan dan mungkin terjatuh.

Perkongsian itu mendapat hampir sejuta tanda suka dan dikongsi lebih 28,000 pengguna. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai reaksi netizen dapat dilihat, ada yang sangat menggemari gubahan berkenaan namun ada juga yang memberi nasihat bahawa bahaya untuk menunjukkan gubahan itu kepada ramai.

Malah ada juga yang pelik kerana menganggap ketika ini lebih ramai memilih untuk menjadi cashless society terutama bagi golongan muda namun tidak kepada pasangan pegantin ini. 

Apa-apa pun, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat diucapkan kepada pasangan pengantin baharu ini!

Idea gubahan wang hantaran atau mas kahwin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sedang mencari idea untuk gubahan wang hantaran. Walaupun ramai memilih cashless society namun mungkin masih ada yang lebih memilih wang dalam bentuk tunai. Boleh saja rujuk di internet dan mana-mana platform untuk menjadi idea gubahan. Banyak sangat!

5 tips save bajet untuk perkahwinan

Selepas pandemik Covid-19 melanda, memang ramai pasangan yang memilih untuk berkahwin dalam skala tetamu jemputan yang kecil. Jadi bajet pun kurang.

Namun, ada juga yang tetap mahukan majlis yang meriah bagi meraikan keluarga dan sahabat handai. Jadi kali ini kami kongsikan tips save bajet untuk kahwin yang mungkin boleh membantu mereka yang akan berkahwin.

#1. Sediakan bajet dan checklist majlis kahwin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rancang perkahwinan anda dan pasangan dengan menyediakan bajet dan checklist untuk majlis kalian berdua dengan cara tetapkan tempat, berapa ramai jemputan, serta perbelanjaan untuk pelamin, baju nikah dan sanding, catering dan barang hantaran serta lain-lain keperluan.

Jangan lupa juga sediakan untuk bajet contigency. 

#2. Survey pakej perkahwinan

Sebaiknya anda boleh juga survey beberapa pakej perkahwinan yang ditawarkan. Ada pelbagai pakej yang kadangkala ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi untuk pasangan pengantin yang ingin berjimat.

#3. Sama-sama simpan duit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapkan matlamat anda berdua. Walaupun ada yang kata baik simpan duit untuk beli rumah, namun ini adalah perkahwinan anda berdua. Jadi tidak salah pun untuk menyimpan dan tetapkan matlamat jika mahu buat majlis yang meriah.

Pastikan anda berdua tidak culas dan masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing untuk menyimpan.

#4. Dahulukan keperluan

Sebab itu anda perlu checklist. Dahulukan yang mana perlu dan kehendak itu dikemudiankan. Pastikan anda sudah selesaikan mana-mana yang perlu sebelum anda beralih kepada kehendak.

Ini kerana apa yang penting adalah keperluan, sekiranya yang perlu itu masih belum lengkap, susah jadinya nanti.

#5. Survey harga borang atau DIY

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk goodies, yang mungkin bakal menelan belanja agak besar, anda mungkin boleh beli borong atau DIY saja mana-mana yang boleh. Kumpulkan ahli keluarga atau sahabat handai untuk anda buat goodies kepada tetamu hari bahagia nanti. 

Memang terbukti ia lebih menjimatkan. Namun jika anda lebih memilih untuk tempah saja, tiada masalah, dan pastikan ia menepati bajet anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: tiktok Seh_Amirul

Baca juga: Kerana Kahwin Paksa, Gadis Ini Panjat Papan Iklan, Nekad Mahu Kahwini Teman Lelaki

Baca juga: 9 sebab kenapa suami boleh jatuh cinta dan mahu kahwin lain

Baca juga: 5 jenis kad kahwin yang unik, no #5 tu paling lain dari yang lain!

Penulis

Lala Annuar