Budak Lelaki MAUT Tercekik Gula-Gula Gummy, Ibu Ayah Jangan Biar Anak Kecil Makan Seorang Diri

Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula gula jeli maut di Labuan, Sabah. Beliau meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun anak sudah pandai bercakap, berjalan dan bermain dengan sendiri namun sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memantau mereka setiap masa supaya tiada kecelakaan yang berlaku kepada anak. Misalnya seperti kejadian budak empat tahun yang maut selepas tercekik gula gula jeli.

Menurut laporan media, seorang kanak-kanak lelaki yang berumur empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar kelmarin.

Kejadian yang berlaku itu sekitar jam 9 malam, di mana mangsa telah disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan untuk ke Hospital Labuan, Sabah.

Budak tercekik gula gula jeli maut

Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Polis Daedah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang berlaku itu selepas pihak Hospital Labuan menghubungi pihaknya di balai polis.

Ketua polis tersebut turut menambah bahawa semasa siasatan awal terhadap ibu kanak-kanak lelaki itu, dia memaklumkan bahawa pada hari kejadian mangsa meminta untuk makan gula gula jenis jeli.

Namun, selepas kanak-kanak tersebut makan gula gula jeli itu, ibunya mendapati anaknya itu tercekik.

Kemudian ibunya telah berusaha untuk mengeluarkan gula gula itu dari dalam kerongkong anaknya namun gagal dan gula itu tidak dapat dikeluarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siasatan masih dijalankan

Lantas ibu mangsa mengambil keputusan dengan membawa anaknya itu ke Hospital Labuan dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

Tiba sahaja di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan yang lebih lanjut terhadap mangsa telah dilakukan dan mendapati kanak-kanak itu telah pun meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, pihak hospital masih menjalankan bedah siasat selepas sample spacement mangsa diperoleh sama ada dia positif Covid- 19 atau tidak. Beliau menambah, kes yang berlaku ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Gula gula tenaga mengandungi racun berjadual

Gula-gula seperti Energy Candy mengandungi racun berjadual tadafil yang banyak digunakan untuk pesakit yang mengalami mati pucuk atau kita panggil sebagai Erectile Dysfunction.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan dakwaan mengenai produk itu yang mengandungi bahan terlarang seperti yang tular di laman media
sosial.

Lantas dengan itu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diarahkan untuk membuat pemantauan terhadap produk tersebut di pasaran tempatan.

Selepas pemantauan dijalankan, produk berkenaan sah mengandungi racun berjadual dan dilarang penggunaannya mengikut Akta Makanan 1983.

Dr Noor Hisham turut menambah, selain Energy Candy beberapa produk lain juga seperti Extra Ali Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy turut ada tadafil ini.

Apa itu Tadafil, adakah ia berbahaya?

Tadafil merupakan sejenis ubat terkawal yang digunakan dalam merwat pesakit yang mempunyai masalah mati pucuk. Malah ubat ini juga boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan yang berdaftar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, penyalahgunaan tadafil tanpa pengawasan yang rapi boleh menyebabkan komplikasi tertentu seperti kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah dan memberi kesan terhadap sistem kardiovaskular dan serangan jantung.

Susulan itu pihak KKM terus mengeluarkan larangan pengimportan serta merta dan memberi amaran kepada sesiapa saja yang masih simpan stok produk berkenaan supaya hentikan pengunaannya dan pengedaran produk berkenaan termasuklah secara online.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983 selain boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan terhadap isu keselamatan makanan, anda sebagai pengguna boleh terus menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui website atau Facebook.

*****

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent berharap keluarga mangsa redha dan kuat dengan kejadian buruk yang telah menimpa anak kesayangan mereka.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak Mati Tercekik Mangga, Ini Panduan Beri Anak Buah Dengan Betul