X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kanak-Kanak Mati Tercekik Mangga, Ketahui Cara Beri Anak Makan Buah Dengan Betul

3 Feb, 2020
Kanak-Kanak Mati Tercekik Mangga, Ketahui Cara Beri Anak Makan Buah Dengan Betul

Makan buah-buahan sangat digalakkan kepada anak kecil. Tetapi awas! buah sangat bahaya jika diberikan dengan cara yang salah sehingga menyebabkan kematian.

Siapa sangka, seorang kanak-kanak perempuan yang menikmati makan buah mangga bersama bapanya di rumah telah menjadi kenangan yang paling memeritkan apabila dia telah ‘pergi’ untuk selamanya.

Mangsa, Nur Amanda Ahmad Helmi yang baru sahaja berusia 3 tahun 10 bulan dipercayai tercekik buah mangga dalam kejadian di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka petang tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.50 petang hari Sabtu yang lalu, dikatakan sedang makan sepotong kecil buah mangga bersama bapanya.

Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa telah mengalami sesak nafas sebelum ayah kanak-kanak malang itu cuba memberikan rawatan kecemasan namun gagal.

Mangsa dikejarkan ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20 petang.

anak tercekik makan buah

foto: rtm

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung dengan kejadian berkenaan.

“Mangsa dikatakan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan keadaan itu menyebabkan bapa mangsa yang berusia 32 tahun segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka.

“Bagaimanapun, ketika diberi rawatan kecemasan di klinik tersebut, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”

“Mayat kanak-kanak terbabit akan dibedah siasat oleh pakar forensik pada pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga ahli keluarga menerima takdir ini dengan hati yang terbuka.

Tips beri makan buah untuk anak kecil

anak makan buah

foto: sumber

Jangan ingat buah-buahan yang sifatnya lembut dan mudah digigit tidak memberikan sebarang risiko bahaya.

Menurut perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, yang bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma, beliau sering berhadapan dengan kes kanak-kanak tercekik selepas makan buah.

Bukan itu sahaja, ia dilihat cukup bahaya bagi kanak-kanak yang diberi makan buah sehingga mengakibatkan beberapa kes kematian.

Memberi anak kecil makan buah-buahan dan sayur adalah tabiat yang amat digalakkan. Namun, ia boleh mendatang bahaya jika anda tidak berhati-hati dan tersalah cara.

Sekiranya anak kecil anda tercekik buah yang berbentuk utuh (whole), ia berpotensi untuk menyekat saluran pernafasan yang sekaligus membawa maut.

”Terdapat juga kes kematian yang melibatkan kanak-kanak tercekik biji buah-buahan seperti mata kucing, laici serta biji yang agak besar seperti cempedak dan durian.” ujarnya.

#1. Pastikan jenis buah sesuai dengan umur

Ibu ayah, sebelum memberi anak makan buah, anda perlu teliti dalam memilih buah-buahan yang sesuai dengan usia anak-anak.

Adalah disarankan agar ibu ayah memulakan dengan buah yang bertekstur lembut dan tidak terlalu memiliki serat yang tinggi bagi membantu proses pencernaan menjadi mudah.

#2. Cara memotong buah

Buah yang berbentuk bulat seperti anggur perlu dibelah kepada dua atau empat bahagian secara menegak, iaitu dari atas ke bawah.

Stories Rakan Kongsi
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Ibu ayah perlu mengelakkan dari membelah secara melintang kerana ia akan memberi kesukaran kepada anak untuk menggigit buah-buahan tersebut dengan baik.

#3. Buang semua biji buah

Jika ibu ayah menyedari bahawa buah yang ingin diberikan kepada anak memiliki biji yang keras, maka jangan lupa untuk membuangnya terlebih dahulu.

Antara buah tersebut ialah tembikai, mata kucing, laici, cempedak, duku dan sebagainya. Hal ini kerana biji buah yang kecil boleh menyebabkan anak sukar untuk mengunyahnya dan menyebabkan mereka terus menelan sahaja.

Ia cukup bahaya bagi anak kecil kerana boleh menyebabkan mereka tercekik.

#4. Potongan buah dengan saiz sesuai

Buah yang saiz besar perlulah dipotong pada saiz yang lebih kecil dan bentuk yang sesuai untuk membolehkan anak-anak menikmatinya dengan selamat.

Ibu ayah perlu ingat, buah yang manis memberikan kesan bahaya jika tidak dipotong secara leper atau memanjang.

#5. Belajar teknik bantuan kecemasan

Ibu ayah disarankan supaya sama-sama mempelajari teknik untuk mengeluarkan bendasing yang tercekik pada bahagian tekak anak kecil mengikut kaedah Heimlich (rujuk pada gambar di bawah).

budak mati tercekik buah

Sekiranya anak berhadapan dengan anak terlibat dengan sebarang kemalangan di rumah dan anda gagal untuk membantunya, jangan melengahkan masa untuk terus menghubungi ambulans atau bawa anak ke hospital.

Tindakan pantas ibu ayah dalam menangani masalah ini dapat membantu menyelamatkan nyawa anak.

Sumber: Astro Awani, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kanak-Kanak Mati Tercekik Mangga, Ketahui Cara Beri Anak Makan Buah Dengan Betul

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-mudah-tercekik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kanak-Kanak Mati Tercekik Mangga, Ketahui Cara Beri Anak Makan Buah Dengan Betul
Kongsikan:
  • Sedut Straw Terlalu Kuat, Gadis Mati Tercekik Semasa Minum Boba! Apa Perlu Dibuat Jika Tercekik?

    Sedut Straw Terlalu Kuat, Gadis Mati Tercekik Semasa Minum Boba! Apa Perlu Dibuat Jika Tercekik?

  • Menyedihkan! Bayi 40 Hari Maut Selepas TERSEDAK Diberi Pisang

    Menyedihkan! Bayi 40 Hari Maut Selepas TERSEDAK Diberi Pisang

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Sedut Straw Terlalu Kuat, Gadis Mati Tercekik Semasa Minum Boba! Apa Perlu Dibuat Jika Tercekik?

    Sedut Straw Terlalu Kuat, Gadis Mati Tercekik Semasa Minum Boba! Apa Perlu Dibuat Jika Tercekik?

  • Menyedihkan! Bayi 40 Hari Maut Selepas TERSEDAK Diberi Pisang

    Menyedihkan! Bayi 40 Hari Maut Selepas TERSEDAK Diberi Pisang

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.