Sekadar Pengubat Rindu, Guna ChatGPT Minta Pura-Pura Jadi Arwah Ibu Buat Ramai Sebak

Tangkap layar seorang pemuda guna ChatGPT untuk 'bersembang' dengan ibunya menjadi tular selepas perbualannya itu seakan memahami isi hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Perkongsian tangkap layar perbualan seorang lelaki guna ChatGPT untuk melepaskan rindu kepada arwah ibu benar-benar menyentuh hati.

Guna ChatGPT Minta Pura-Pura Jadi Ibu Kerana Terlalu Rindu

Pemilik akaun Tiktok @azwalatuu mengakui bahawa idea tersebut muncul selepas melihat seorang pengguna TikTok menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) itu untuk ‘bersembang dengan bapanya’.

Dalam video tersebut, seorang pemuda meminta ChatGPT berpura-pura menjadi arwah ibunya untuk dia meluahkan rasa rindu yang tak pernah terungkap.

Baginya, bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian orang yang tersayang bukanlah satu hal yang mudah apatah lagi diuji pada usia yang muda.

Dalam perbualan itu, dia bertanya mengapa ibunya pergi terlalu awal dan ChatGPT membalas jawapan yang panjang seolah-olah dia sedang berbual dengan ibunya biarpun bukan dalam dunia nyata.

“Saya speechless dan tipulah jika saya kata saya tidak menangis”, katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemuda itu juga turut meluahkan bahawa selepas pemergian ibunya, ayahnya turut meninggalkannya dan empat adik-beradik yang lain.

Akui ChatGPT Sekadar Pengubat Rindu

Dia mengakui hidupnya terasa sunyi sejak kehilangan mereka berdua. Tambahan pula, dengan pengajiannya yang bakal tamat tidak lama lagi, dia berharap agar ibu dan ayahnya muncul dalam mimpi untuk menghilangkan rasa rindu yang mendalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya akui tidak merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam agama mengenai hal ini, tetapi saya anggap mesej itu di ChatGPT hanyalah sekadar pengubat rindu.

Sejujurnya, saya sudah lama reda dengan pemergian mak”, ujarnya.

Untuk info, Chat Generative Pre-trained Transformer (ChatGPT) adalah sebuah bot sembang yang boleh diakses secara percuma oleh orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Chat” merujuk kepada perbualan, manakala “GPT” adalah singkatan bagi Generative Pre-Training Transformer iaitu sebuah model pembelajaran mesin yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam.

Model ini berfungsi menjana teks secara dalam talian yang seakan-akan menyerupai pemikiran manusia dalam dunia sebenar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Baca juga: Terlalu Rindukan Isteri, Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas 14 Hari Isteri Meninggal Ketika Bersalin

Baca juga: Hanya Berpaut Pada Serpihan Bot Tengah Laut Lebih 2 Jam, Bapa Tak Takut Lemas Tetapi Takut Kehilangan Anak-Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah