Macam mana sesi persekolahan anak? Adakah semuanya dalam keadaan baik seperti mana yang dirancang? Tentunya bagi budak tahun satu mereka akan mula rindu rumah dan ibu ayahnya kerana ini adalah pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
Semestinya hari pertama menjejakkan kaki sekolah adalah cabaran besar untuk ibu bapa supaya anak-anak mudah dikejutkan dari tidur dan senang nak siapkan mereka ke sekolah.
Tak kurang juga yang bersedih terutama bila rindu rumah dan terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga selain belum mempunyai kawan baru yang boleh berkawan baik dengan mereka.
Seperti perkongsian dari seorang guru di sebuah sekolah di Cameron Highland di mana dia berkongsi gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana terlalu rindukan rumah dan ibu bapanya.
Dalam foto yang dimuat naik guru tersebut di Twitter, menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sedang menundukkan kepala sambil badannya menghadap dinding sekolah seorang diri.
Kasihannya tentu dia rindu sangat ibu bapanya, kan?
Budak darjah satu mulai rindu rumah dan kedua-dua ibu bapanya
Ini petikan yang dikongsikan oleh guru tersebut di halaman Twitter miliknya.
Gelagat Jasniman di hari pertama persekolahan. Semalam datang dia elok saja duduk di asrama tapi bila masuk tengah hari dia mula merajuk dan menangis. Mungkin dia sudah mula rindukan emak dan ayahnya di kampung. Jadi, Jasniman kena kuat tau.
Insya-Allah, dia akan baik-baik saja di sini. Maklumlah tak pernah berjauhan dengan keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra.
Jadi, sekolah adalah sesuatu yang baru buat dirinya. Tentunya dia akan mengambil masa untuk sesuaikan diri.
Cikgu dan kawan-kawan pasti akan bantu Jasniman menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih semua.
Buat pengetahuan anda, bagi anak-anak yang tinggal berjauhan di pedalaman, kebiasannya mereka diberikan asrama bagi memudahkan untuk ke sekolah.
Perkongsian cikgu tersebut mendapat respon dan kata-kata semangat daripada orang ramai.
Apapun, kami di theAsianparent Malaysia berbangga dengan cikgu-cikgu sekarang yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak bangsa. Terima kasih cikgu!
3 Tips untuk elak anak rindu rumah bagi yang tinggal di asrama
#1. Elakkan melawat anak di asrama
Sebolehnya jangan kerap melawat atau telefon anak yang tinggal di asrama terutama pada dua minggu awal pertama kemasukkan ke sekolah.
Ini kerana waktu ini merupakan tempoh bagi anak-anak cemerlang ini untuk membiasakan diri bila berjauhan dengan kedua-dua ibu bapanya.
Apatah lagi, pihak sekolah telah sediakan pelbagai aktiviti yang ketat untuk persiapan anak-anak belajar kendiri di asrama dan sekolah jadi mereka akan sibuk dengan urusan ini.
Apapun, ibu ayah jangan risau tentang keadaan anak-anak kerana mereka akan dijaga oleh guru, ustaz dan warden asrama.
Sekiranya mereka tidak dapat handle anak-anak dengan baik, sudah pasti mereka akan menghubungi kita untuk memberitahu.
Selagi tiada panggilan dari pihak sekolah atau asrama, insyaallah anak-anak asrama dalam keadaan yang baik.
#2. Pindah sekolah bukan urusan mudah
Selain itu, jangan susahkan diri anda untuk menukar sekolah anak selepas menerima tawaran untuk ke sekolah asrama.
Sebagai ibu bapa, anda patut bersyukur bila mereka berjaya menempatkan diri di asrama penuh jadi biarkan mereka membiasakan diri dengan suasana baru.
Ini kerana dalam pemerhatian guru-guru, kebanyakan pelajar home sick dalam tempoh seminggu awal kebarangkalian untuk mendapat prestasi yang teruk adalah tiggi. Akhirnya pelajar mengambil keputusan untuk tukar sekolah.
#3. Sentiasa berdoa
Sebagai ibu bapa, berdoalah semoga Allah SWT memudahkan anak belajar ilmu dan diberkati Allah SWT. Seterusnya ilmu yang diperolehi mudah untuk diingati dan melekat terus di hati mereka.
Berdoalah untuk anak dalam solat dhuha, solat tahajud dan solat fardhu supaya anak menjadi seorang yang tabah, sabar dan cekal serta mampu menempuhi alam persekolahan dengan sebaiknya.
Kemudian, berikan kata-kata semangat untuk mereka agar tetap yakin untuk mencapai cita-cita yang dihajati.
Semoga panduan berguna ini bermanfaat kepada ibu bapa.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Bungolale, Hasrul Hassan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commemilih-sekolah-rendah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!