TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kanak-Kanak Mati Lemas Selepas Mulutnya Dilekap Pita Pelekat Oleh Guru Tadika

28 Jun, 2017
Kanak-Kanak Mati Lemas Selepas Mulutnya Dilekap Pita Pelekat Oleh Guru Tadika

Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas selepas mulutnya dilekapkan dengan pita pelekat oleh seorang guru Tadika Huadian Experimental, di Jilin, China

Seorang kanak-kanak perempuan telah mati lemas selepas mulutnya dilekapkan dengan pita oleh seorang guru dari Tadika Huadian Experimental, di Jilin, China. 

Saksi berkata guru tadika tersebut telah menutup mulut Guo Jintong dengan pita pelekat dan ada kemungkinan gam juga telah digunakan.

Mulut Jintong dilekap kerana telah membuat bising semasa senaman pagi di sekolah.

Guru tadika tersebut telah membawa Jintong berjumpa jururawat sekolah apabila sedar perubahan pada wajahnya.

Jururawat sekolah kemudiannya telah menelefon ambulans untuk meminta pertolongan tetapi ia sudah terlambat. 

Mati lemas

Paramedik yang tiba kira-kira 30 minit selepas menerima panggilan kecemasan, telah mengejarkan Jintong ke hospital.

Dalam perjalanan, Jintong disahkan meninggal dunia oleh paramedik apabila mereka gagal untuk memulihkannya.

Kanak-Kanak Mati Lemas Selepas Mulutnya Dilekap Pita Pelekat Oleh Guru Tadika

Ibu bapa Jintong. Foto kredit: Elite Readers

Setelah kejadian ini, ibu bapa Jintong dan orang ramai telah mengadakan perhimpunan dan acara menyala lilin diluar tadika itu untuk mendapatkan jawapan. 

Bapa Jintong menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan telah cuba untuk menutup kes itu, dan pihak polis serta pihak sekolah enggan memberi penjelasan.

Setakat ini, tiada laporan lanjut bagaimana kejadian ini telah berlaku, tetapi siasatan sedang dijalankan oleh polis tempatan.

Guru terbabit telah digantung kerja oleh pentadbir tadika itu, mengikut laporan tempatan.

Kanak-Kanak Mati Lemas Selepas Mulutnya Dilekap Pita Pelekat Oleh Guru Tadika

Tadika Huadian Experimental, di Jilin, China. Foto kredit: Next Shark

Peranan guru tadika atau guru prasekolah

Sayangnya, tidak semua guru tadika mempunyai kelembutan dan ketulusan hati untuk mendidik kanak-kanak di sekolah.

 Seorang guru memainkan peranan penting sebagai pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.

Merekalah pendidik, pembimbing dan pengasuh kanak-kanak semasa di sekolah.

Untuk mewujudkan suasana riang dan mengembirakan, seorang guru perlu bersemangat, berminat, mesra dan pandai menarik perhatian kanak-kanak.

Memang benar, ada kanak-kanak yang memang sangat sukar untuk dijaga, tetapi setiap tadika atau taska sepatutnya mempunyai garis panduan bagaimana kanak-kanak harus didisiplinkan. 

Disamping meluluskan lesen taska dan tadika, kementerian perlu melakukan semakan yang lebih kerap untuk memantau kegiatan mereka.

Tidak semua guru di taska-taska ini diberi latihan cara untuk mengendali kanak-kanak yang sukar.

Mereka juga mungkin tidak mempunyai kelulusan dan pengalaman yang cukup dalam pengendalian kanak-kanak. 

Ini adalah kebimbangan setiap ibu bapa bekerja, yang terpaksa meninggalkan anak mereka dalam jagaan pengasuh ataupun tadika. 

Kita seringkali mendengar belakunya kes dera dalam berita.

Pengasuh serta guru prasekolah ataupun tadika yang baik dan dapat dipercayai, sangat sukar untuk ditemui sekarang.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Apakah pendapat ibu-ibu sekalian? Adakah anda bersetuju pengasuh yang baik dan boleh dipercayai sukar ditemui? Kongsi pengalaman anda dengan kami dengan meninggalkan komen.

Sumber: Mirror, Elite Readers, Next Shark

Baca juga:

Ibu Bapa Pantau Anak Di Sekolah Secara ‘Live Streaming’

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kanak-Kanak Mati Lemas Selepas Mulutnya Dilekap Pita Pelekat Oleh Guru Tadika
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham