Apabila memegang gelaran isteri dan suri rumah, pastinya anda menginginkan peralatan memasak yang lengkap bagi memudahkan tugasan harian. Peralatan seperti pisau, papan pemotong serta gunting dapur antara yang penting dan perlu ada.
Meskipun anda bukanlah seorang tukang masak yang profesional, ia bukan penghalang untuk menyediakan sesuatu hidangan istimewa buat seisi keluarga.
Gunting dapur berisiko menyebabkan pencemaran
Gunting dapur merupakan salah satu alat memasak yang lazim digunakan oleh para suri rumah. Tidak hanya memudahkan proses penyediaan makanan, malah ia memiliki ciri yang serbaguna.
Bagi sesetengah individu, anda mungkin menggunakan gunting yang sama untuk pelbagai tujuan. Namun sebenarnya tindakan sebegini boleh menyebabkan pencemaran dan penyebaran bakteria.
Ia berlaku apabila bakteria atau mikroorganisma berpindah dari satu objek ke objek yang lain.
Bagi mencegahnya, anda hendaklah mengkhususkan perkakas seperti gunting dapur yang berlainan untuk kegunaan tertentu.
Memahami akan situasi ini, syarikat sains bertaraf global, 3M telah mencipta gunting dapur iaitu Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors.
Variasi gunting yang tahan lasak memudahkan kerja suri rumah
Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors didatangkan dengan dua warna iaitu merah (untuk memotong daging mentah) dan ungu (memotong daging yang telah dimasak).
Kedua-dua gunting ini memiliki bilah tahan karat dan kalis lekat dari minyak. Ia boleh diceraikan bagi tujuan pembersihan dan sekaligus mengelakkan pembiakan bakteria.
Bukan itu sahaja, bilah titanium pada gunting Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors adalah 4 kali lebih kuat berbanding keluli tahan karat.
Bagi tujuan memotong ikan misalnya, anda tidak perlu risau kerana gunting ini dicipta dengan ketajaman yang tinggi dan selamat digunakan untuk makanan.
Bahagian pemegang yang selesa dapat mengelakkan tangan anda dari berasa sakit ketika menggunakannya dalam tempoh yang lama.
Seterusnya, Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors direka untuk bahan berasaskan tumbuhan seperti sayur dan herba.
Ia didatangkan dengan pemegang dalam warna hijau telah melalui proses penggilapan elektro 3M bagi meningkatkan keupayaan material keluli tahan karat.
Selepas menggunakannya, anda boleh membersihkan gunting dengan mudah serta mampu mengurangkan risiko pembiakan kuman.
Ia juga memiliki ketajaman yang tinggi dan boleh digunakan untuk memotong sayuran keras. Bahagian pemegang yang selesa juga mengelakkan tangan dari berasa sakit.
Menjimatkan masa ketika di dapur
Menurut pemasar beli-belah di 3M Malaysia, Stephanie Ng, pada zaman ini semua orang inginkan sesuatu perkara dengan mudah dan segera.
Dalam aspek kebersihan dan keselamatan seisi keluarga, ramai suri rumah terpaksa menghabiskan banyak masa di dapur untuk proses penyediaan makanan dan seterusnya tugas pembersihan.
”Di 3M, kami percaya tugas yang penting nilainya harus dipadankan dengan alatan tepat. Atas sebab ini, kami mencipta Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors.”
”Berbekalkan matlamat 3M untuk memperbaiki kehidupan seharian orang ramai, kami ingin menjadikan proses penyediaan makanan lebih mudah dan segera.” jelasnya.
Melalui tiga variasi gunting baharu ini, pihak 3M berhasrat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan gunting dapur secara khusus bagi tujuan tertentu dan mengelakkan berlakunya pencemaran silang semasa menyediakan makanan.
Dengan memiliki gunting yang lasak dan dapat memotong sayuran, daging dan tulang lembut dengan mudah. Bukan itu sahaja, ia menjadi alternatif kepada pisau dan papan pemotong.
Bagi tujuan pembelian, anda kini boleh mendapatkannya di pasar raya, kedai-kedai khusus serta Kedai Utama 3M di Lazada dan Kedai Rasmi 3M Malaysia di Shopee, Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors ditawarkan pada harga RM48.00 dan RM61.20.
Cara menjaga alat gunting dapur yang betul
- Basuh dengan perlahan menggunakan span dan sabun sebelum dan selepas setiap penggunaan
- Pastikan tiada sisa yang tersekat di antara bilah gunting
- Elakkan mengguna scrub kasar kerana ia boleh menyebabkan bilah gunting tercalar
- Pastikan gunting tersebut kering terlebih dahulu sebelum anda menyimpannya
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur & Buah Guna Sabun, Ini Sebabnya!