Guru Sanggup Mendenda Diri Sendiri Apabila Murid Gagal

Perkongsian guru ini yang sanggup memukul dirinya untuk mendenda dirinya hanya kerana muridnya gagal dalam ujian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas seorang guru bukan sahaja untuk mendidik, tetapi tugas seorang guru sangat memenatkan secara fizikal dan mental. Terutamanya, apabila ditugaskan untuk mengajar murid-murid dari kelas belakang dan apabila murid tidak mahu belajar dan sering gagal dalam peperiksaan.

Perkongsian guru ini yang sanggup memukul dirinya untuk mendenda dirinya hanya kerana muridnya gagal dalam ujian. Guru ini dalam keadaan terdesak kerana semua usahanya untuk memastikan murid-muridnya belajar, tidak berguna.

Apabila beliau mula mengajar pada tahun 2014, beliau dikehendaki mengajar semua kelas dan semua subjek dan kelasnya haruslah lulus sekurang-kurangnya setengah kelas.

Murid-murid dari kelas belakang amatlah pemalas, sehingga tidak membawa buku ke sekolah, guru tersebut pula sanggup fotostat mukasurat dari buku setiap kali semasa kelas, namun, kertas fotostat pula dipulangkan selepas kelas tampa catitan.

Murid-murid pemalas ini pula akan menghilangkan nota dan kertas dengan sengaja dan guru pula membelikan fail untuk muridnya dengan harapan, mereka akan menggunakan fail tersebut untuk menyimpan kertas dan nota.

Dalam keadaan terdesak, beliau memutuskan untuk memberi ujian kepada murid-muridnya. Ujian itu bukannya susah, sebenarnya, 10 soalan yang senang sahaja dan murid-murid diberi 2 minggu untuk belajar. Tetapi, setiap soalan yang dijawab dengan salah, hukumannya adalah 5 kali rotan.

Apabila tempoh ujian tamat dan kertas jawapan murid pertama disemak, murid tersebut takut, kerana 6 soalan salah dan murid itu beranggapan bahawa beliau akan dirotan sebanyak 30 kali.

Apabila guru tersebut merotan betisnya sendiri sebanyak 30 kali, murid-murid lain sudah pun menangis sebelum beliau sempat menyemak kertas jawapan murid kedua. Guru tersebut pula mengata bahawa, “Yang gagal bukanny diri kamu, tetapi cikgulah yang mengakibatkan anda senang berputus asa, jadi gurulah yang kena rotan kerana guru tak rajin, mengajar anda.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun betis guru tersebut sangat pedih dan sakit, tetapi sejak itu, murid-muridnya mula berubah. Ujian pertengahan tahun, satu kelas belakang, semua lulus dan seorang murid dapat B.

Guru ini mengingatkan kami tentang dedikasi dan manusia, jika berusaha, pasti akan berjaya. Bak pepatah orang Melayu, “Usaha tangga kejayaan”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana sumber Twitter QibaJuffri  dan Happyness

Rencana dipetik daripada OhBulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh