Online Gym Wanita Bekerjasama Sesama Ahli & Berjaya Kumpul RM6,000 Untuk OrphanCare

Gym wanita, Curves yang kini hanya beroperasi secara maya berjaya mengumpul dana daripada ahli dan memberi sumbangan sebanyak RM6,000 kepada OrphanCare

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan gaya hidup sihat amat dititikberatkan bagi mengelakkan kita diserang pelbagai penyakit. Disebabkan kini seluruh rakyat perlu berada di rumah dan tidak boleh keluar, gym wanita, Curves telah mengambil pendekatan menyedikan sesi latihan melalui secara atas talian.

Ramai wanita mengakui kurang aktif apabila banyak masa dihabiskan di dalam rumah. Lebih-lebih lagi berdepan dengan rasa kerap lapar sehingga menyebabkan peningkatan berat badan sepanjang tempoh PKP ini.

Gym wanita menyediakan sesi latihan secara maya yang menyeronokkan

Dicipta khusus buat para wanita, studio kecergasan Curves menawarkan penyelesaian dan pengurusan berat badan yang lengkap. Selama hampir 30 tahun dibangunkan, ia telah berjaya membantu berjuta-juta ahli dari seluruh dunia.

Curves terkenal dengan rangkaian latihan 30 minit yang berfungsi untuk setiap kumpulan otot utama dengan latihan kekuatan, kardio dan regangan.

Jika sebelum ini setiap ahli akan menghadirkan diri ke studio sebanyak 3 kali seminggu bagi meluangkan masa 30 minit untuk tujuan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun, segalanya telah berubah apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh negara.

Pada bulan Mac tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 selama 2 minggu. Ini secara tidak langsung memberikan impak terhadap industri kecergasan.

Curves terpaksa menutup operasi dan memikirkan jalan keluar bagi membantu anggota masyarakat agar kekal sihat di rumah. Justeru, Curves memutuskan untuk mengadakan latihan secara dalam talian.

Setakat ini Curves telah berjaya menghimpunkan sehingga 200 orang wanita yang mengikuti latihan pada setiap hari. Meskipun studio terpaksa ditutup dan dibuka semula beberapa kali sepanjang tahun lalu kerana halangan PKP, namun tidak mematahkan semangat ahli Curves untuk menghadirkan diri latihan secara atas talian dan merasai pengalaman seperti berada di gym wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu keadaan ini sekaligus mendorong pihak Curves untuk berinovasi dengan latihan dan teknologi bahari. Dengan semangat untuk memperkasakan para wanita, mereka telah melancarkan platform Go Strong Virtual pada bulan April 2021.

Ia adalah pendekatan membolehkan wanita mengakses video latihan secara langsung atau pra-rakaman di platform yang mesra pengguna.

Para isteri ataupun ibu-ibu banyak menghabiskan masa di rumah kini dapat mengakses sesi senaman yang menyeronokkan dengan adanya pelatih dan kumpulan ahli yang ramah.

Studio gym wanita menyokong usaha OrphanCare Foundation

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun lalu, Curves telah mengeluarkan t-shirt latihan khas dengan usahawan dan selebriti, Datin Nina Ismail yang mengetengahkan tema 'Sayangi Diri'. Ia dijual di kesemua cawangan Curves seluruh Malaysia dan dalam talian.

Sebanyak 20 peratus hasil jualan telah disumbangkan kepada organisasi bukan kerajaan yang menempatkan bayi yang ditinggalkan, OrphanCare Foundation. 

Difahamkan organisasi ini telah ditubuhkan sejak tahun 2008, OrphanCare percaya bahawa kanak-kanak tidak seharusnya ditempatkan di institusi atau rumah anak yatim.

Justeru, di bawah program De-Institutionalization, OrphanCare telah mengatur anak-anak yang ketiadaan ibu bapa ini untuk dijadikan anak angkat, anak yatim disatukan semula dengan keluarga mereka dan bayi diselamatkan dari risiko ditinggalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehingga hari ini, OrphanCare telah berjaya menyelamatkan 443 bayi baru lahir. Lebih banyak program kesedaran dan sokongan melibatkan masyarakat dalam membantu mencegah kehamilan tidak dirancang serta menyelamatkan nyawa bayi.

Pengumpulan dana untuk membantu pihak yang memerlukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebanyak RM6,000 telah berjaya dikumpulkan. Persembahan cek secara maya dilakukan di hadapan CEO OrphanCare, Datin Paduka Che Asmah, Datin Nina Ismail dan Alison Chin (CEO Curves Malaysia) dan anggota pasukan lain.

Curves dan Go Strong Virtual mengambil kesempatan untuk meraikan karya OrphanCare yang baik dan menganjurkan Charity Virtual Workout pada 5 Jun lalu dengan dihadiri lebih 250 orang peserta.

Harapan Curves dan Go Strong adalah untuk terus membantu menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya usaha yang diambil oleh OrphanCare dan dalam masa yang sama mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan terutamanya sepanjang tempoh pandemik ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Manfaat Lain Dari Gym Ball Yang Anda Pasti Belum Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan