20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

Hadiah krismas untuk orang tersayang ada pelbagai jenis untuk anda pilih dan beri sempena sambutan Krismas nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencari hadiah untuk orang yang anda sayangi sempena Hari Krismas? Berikut adalah beberapa idea hadiah krismas yang unik dan bermakna untuk kesayangan anda.

Hadiah Krismas Untuk Orang Tersayang

Hadiah krismas tidak semestinya mahal, apa yang pentinga adalah ingatan anda kepada orang tersayang. 

1. Minyak Wangi, Perfume

Ia adalah hadiah Krismas yang popular dan sangat dihargai, kerana ia bukan sahaja praktikal tetapi juga personal. Memberi minyak wangi sebagai hadiah dapat memberikan sentuhan elegan dan memberi penerima pengalaman yang menyegarkan. Namun anda harus tahu si penerima sukakan bau yang bagaimana. 

2. Jam Tangan

Jam tangan adalah sesuatu yang sangat elegan dan praktikal. Ini adalah hadiah yang boleh dipakai setiap hari dan menjadi simbol peringatan yang berharga.

3. Gelang Tangan

Jika kesayangan anda perempuan, boleh hadiahkan mereka gelang tangan emas atau perak. Boleh pilih design yang pelbagai untuk mereka. Contohnya jika mereka feminin berikan rantai tangan, jika mereka sedikit lasak berikan bangle.

4. Set Mandian atau Kecantikan

Set mandian atau penjagaan diri seperti losyen, sabun, atau produk penjagaan kulit. Ini adalah hadiah yang memberi rasa relaksasi dan kepuasan selepas hari yang sibuk.

5. Pakej Spa, Rawatan Muka

Pakej spa atau rawatan muka adalah sesuatu yang sangat berharga terutama untuk wanita. Jika anda tahu spa atau pusat rawatan muka kegemaran insan tersayang, apakata hadiahkan pakej spa untuk mereka. Pasti mereka teruja!

6. Tiket Acara

Tiket untuk konsert, teater, acara sukan, atau pertunjukan yang mereka minati. Hadiah ini memberi mereka peluang untuk menikmati hiburan atau pengalaman yang unik.

7. Pakej Percutian

Tiada salahnya untuk hadiahkan insan tersayang dengan pakej percutian. Dalam negara pun cukup, yang penting ia cukup bermakna dan sesuai untuk mereka healing.

8. Alat Fitness atau Tracker Aktiviti

Smartwatch atau penjejak aktiviti yang membantu mereka memantau tahap kesihatan dan kecergasan. Ini adalah hadiah yang praktikal dan memberi mereka motivasi untuk kekal aktif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Pokok Hidup

Pokok hidup yang tidak perlu penjagaan rapi kini semakin popular. Apa kata anda hadiahkan insan tersayang dengan tumbuh-tumbuhan ini. Lebih baik jika mereka memang minat bercucuk tanam.

10. Kerusi Urut

Hadiahkan insan tersayang dengan kerusi urut lebih-lebih lagi jika mereka sudah berusia. Pasti pemberian anda sangat dihargai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

11. Wangian Rumah

Ada pelbagai jenis wangian rumah dijual di pasaran. Ia termasuklah dalam bentuk lilin, plug di dinding, atau cecair dengan stick yang akan mengharumkan rumah. 

12. Minyak Aromaterapi

Minyak aromaterapi atau essential oil adalah barangan sesuai sebagai hadiah krismas. Boleh berikan pelbagai perisa dan bauan untuk insan tersayang yang mempunyai pelbagai manfaat berbeza.

13. Buah-Buahan

Ini antara yang paling mudah dan disukai ramai. Berikan insan tersayang buah-buahan pelbagai jenis. Jika mahu lebih kreatif berikan buah yang sukar didapati atau dari luar negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

14. Set Hiasan Rumah

Jika insan tersayang suka menghias dan anda tahu citarasa mereka apa kata hadiahkan set hiasan rumah yang sesuai dengan tema dan konsep rumah mereka

15. Pinggan Mangkuk

Jika mereka sudah berkeluarga, berikan set pinggan mangkuk yang istimewa. Ini sangat berguna untuk mereka sambut tetamu nanti sempena sambutan Krismas.

16. Bantal atau Selimut Personalised

Bantal atau selimut dengan nama atau mesej khas. Ini adalah hadiah yang memberi keselesaan dan juga menjadikan ruang tidur mereka lebih peribadi dan mesra.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

17. Buku Personalised

Buku cerita atau buku kanak-kanak yang boleh diubah suai dengan nama penerima dan ilustrasi yang sesuai. Ini adalah hadiah sentimental yang memberi kesan mendalam, terutama jika ia berkaitan dengan kenangan atau cerita yang bermakna.

18. Cawan atau Botol Air Personalised

Banyak di pasaran sekarang botol air yang boleh mengekalkan suhu sejuk atau panas dalam jangka masa lama. Jadi apa kata anda berikan botol air yang ditulis dengan nama insan tersayang.

19. Baju Krismas

T-shirt, hoodie, atau sweater dengan reka bentuk yang direka khas, contohnya gambar keluarga atau logo yang bermakna. Ini adalah cara yang hebat untuk mengekspresikan rasa cinta dan kegembiraan semasa musim Krismas.

20. Alat Audio Berkualiti

Headphone atau speaker Bluetooth dengan bunyi berkualiti tinggi sangat sesuai untuk mereka yang gemar mendengar muzik atau menonton filem. Hadiah ini memberikan pengalaman audio yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tengah Cari Idea Untuk Hadiah Bakal Ibu? Ini Dia 14 Produk Yang Berbaloi Jadi Hadiah Untuk Baby Dan Ibu

Baca juga: Si Comel Anda Mesti Suka Biskut Baby Ini! Yang Penting, Semuanya Bernutrisi Tinggi

Baca juga: Pening Nak Pilih Suplemen Sesuai Untuk Anak? Ini Antara Jenis Vitamin Kanak-Kanak Yang Bagus 

Penulis

Lala Annuar