Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

Semasa hamil, mungkin ibu mengalami pertumbuhan bulu ketara disebabkan hormon. Ini senarai pusat hair removal laser Malaysia untuk ibu.

Adakah ibu sedang mencari rawatan hair removal laser Malaysia yang terbaik? Kami di theAsianparent ada menyenaraikan pusat yang menawarkan khidmat membuang bulu dengan kaedah laser di sini.

Jika anda tertanya-tanya adakah normal berlakunya peningkatan jumlah rambut atau bulu halus di seluruh badan ketika hamil? Jawapannya, ya. Apabila anda hamil, ia merupakan salah satu perubahan hormon yang terjadi semasa hamil disebabkan hormon androgen meningkat.

Bagi sesetengah wanita, tidak dinafikan yang perkara ini membuatkan diri rasa tidak selesa dan merasa tiada keyakinan diri. Jadi dalam menyelesaikan masalah ini, terdapat rawatan buang bulu yang boleh dilakukan untuk menghapuskan dan melambatkan pertumbuhan bulu dalam jangka masa panjang.

Kaedah Laser Buang Bulu

Sebelum apa-apa, bolehkah wanita hamil menjalankan rawatan buang bulu? Rawatan buang bulu kekal seperti laser dan IPL hair removal Malaysia dianggap selamat, namun kulit mungkin akan jadi sedikit gelap setelah rawatan dilakukan disebabkan terdapat hormon yang menghasilkan pigmentasi secara berlebihan semasa mengandung. 

Apa-apa pun, sebelum mendapatkan sebarang rawatan buang bulu atau hair removal laser Malaysia, pastikan ibu telah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu ya.

Rawatan laser buang bulu adalah rawatan yang mematikan bulu roma menggunakan pancaran cahaya tembus ke akar umbi. Laser yang diserap oleh pigmen pada akar bulu akan bertukar menjadi haba, seterusnya menghapuskan bulu secara kekal. Namun begitu, ia tidak mematikan folikel-folikel rambut pada kulit.

Pun begitu, bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik disebabkan faktor melanin yang rendah. Anda mungkin perlu berulang kali melakukan rawatan buang bulu sehingga bulu roma pada fasa Telogen berubah menjadi fasa Anagen.

Keberkesanan melakukan kaedah laser buang bulu boleh bertahan dalam jangka masa panjang tetapi bergantung kepada berapa kali sesi yang anda perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

5 Klinik Terbaik Untuk Hair Removal Laser Malaysia

Ini antara senarai klinik terbaik untuk mendapatkan rawatan buang bulu di Malaysia yang anda boleh cuba. Pilihlah mana satu yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. 

5 Klinik Terbaik Untuk Hair Removal Laser Malaysia
Klinik Mediskin
Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Dengan Teknologi German
Hubungi Kami
Klinik Pakar Kulit Ko
Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Untuk Kulit Gelap
Hubungi Kami
Bella Clinic
Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Dengan Jaminan Tanpa Rasa Sakit
Hubungi Kami
Klinik Monette Ansley
Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Sekali Rawatan
Hubungi Kami
Klinik Cleo 
Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Premium
Hubungi Kami

Klinik Mediskin

Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Dengan Teknologi German

Klinik Mediskin ialah salah satu klinik estetik perintis di Malaysia. Ia mempromosikan kecantikan semula jadi yang menawarkan prosedur estetik tidak invasif dan invasif minimum. Dengan peralatan estetik terkini dan produk berkualiti premium dalam penjagaan muka, badan dan kulit, matlamat utama adalah untuk membolehkan kedua-dua lelaki dan wanita mendapatkan rawatan terbaik.

Tidak kira sama ada tempoh rawatan sukar atau mengambil masa yang lama, mereka mempunyai  pasukan profesional kami yang terlatih memastikan anda menerima rawatan estetik dengan teliti dan berpuas hati dengan rawatan yang dijalankan.

Bukan itu sahaja, klinik ini menawarkan kaedah Asclepion Mediostar NEXT laser dari German yang merupakan teknologi terkini untuk menyingkirkan bulu roma berlebihan tanpa kesan sampingan dan tanpa sakit. Dengan sistem penyejukan dalam mesin laser ini dapat mengurangkan kesakitan semasa rawatan.

Rawatan laser ini sesuai untuk semua bahagian badan termasuk muka, ketiak, atas bibir, tangan, kaki, bahagian dada, Ia juga sesuai untuk bahagian sensitive seperti putting dan “bikini line".

Kenapa klinik ini terbaik? 

  • Menyediakan rawatan dengan teknologi hair removal laser terkini
  • Pakar estetik yang mesra terhadap pelanggan
  • Menawarkan rawatan yang sesuai untuk semua jenis kulit, tidak kira lelaki atau wanita

Alamat: No. 47, Jalan PJS 11/28b, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Website: www.mediskinklinik.com

Email: info@mediskin.com

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (10.00 pagi – 5.45petang)

Klinik Pakar Kulit Ko

Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Untuk Kulit Gelap

Ditubuhkan pada 1997, klinik ini dirasmikan oleh Dr KO dan telah berkembang pesat. Kini, klinik ini sangat terkenal dengan kepakarannya di dalam bidang dermatologi serta rawatan pembuangan rambut menggunakan kaedah laser secara kekal.

Ia menawarkan perkhidmatan laser menggunakan keedah gentleYAG,sesuai untuk individu yang mempunyai warna kulit yang gelap dan GentleLASE yang mampu menghapuskan folikel rambut tanpa menjejaskan sel kulit yang berada disekelilingnya.

Klinik ini juga mempunyai rawatan ipl hair removal treatment Malaysia terbaik yang boleh diserap oleh folikel sehingga mencecah 70°C. Jika anda tidak tahan sakit, jangan risau kerana di sini juga menyediakan rawatan Soprano yang boleh menghilangkan bulu tanpa rasa sakit. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk warna kulit gelap. 

Kenapa klinik ini terbaik? 

  • Klinik estetik yang paling popular di Malaysia
  • Mendapat pengiktirafan sebagai salah satu pusat laser, estetik dan dermatologi yang terkemuka di Asia
  • Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sebagai Pusat Pakar Kulit, Estetika dan Laser yang Terbesar di Malaysia

Alamat: 10A-22A, Jalan Temoh, Off Jalan Goh Hok Huat, 41400, Klang, Selangor

Website: koskinspecialist.com

Email: info@koskinspecialist.com

Waktu Operasi: Isnin, Khamis, Sabtu (10.00 pagi – 6.00 petang), Selasa, Rabu, Jumaat (10.00 pagi-7.00 malam)

Bella Clinic

Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Dengan Jaminan Tanpa Rasa Sakit

Bella Clinic telah beroperasi sejak tahun 2021 sebagai klinik yang menawarkan perkhidmatan estetik untuk muka, badan, rambut melalui gabungan sains perubatan dan seni halus oleh doktor berpengalaman.

Mereka mempunyai rawatan pelbagai yang telah memenuhi keperluan ratusan selebriti dan pelanggan berdasarkan cadangan estetik perubatan yang sesuai untuk kulit orang Asia.

Menariknya, Bella Clinic menggunakan teknologi Alma Remove yang dapat menghapuskan bulu secara kekal tanpa perlu pengulangan proses laser. Dengan SHR (Super Hair Removal), denyutan tenaga pendek yang berulang memfokuskan pada folikel rambut sahaja.

Lebih selamat dan sesuai untuk jenis kulit yang lebih gelap. Manakala, ICE™ tech cooling-on-the-go memberikan untuk keselesaan kepada pelanggan sehingga benar-benar sifar sakit. 

Malah, Teknik In-Motion™ secara kolektif memfokuskan pada folikel rambut dalam grid, memastikan liputan penuh dan hasil rawatan yang lebih baik.

Kenapa klinik ini terbaik? 

  • Mendapat rating tertinggi di Google sebanyak 4.8/5
  • Doktor dan staf yang peramah dan sedia membantu
  • Disyorkan oleh selebriti

Alamat: Unit 16, Jalan Radin Bagus 1, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Website: bellaclinic.my

Email: admin@bellaclinic.my

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (10.00 pagi – 6.00 petang)

Klinik Monette Ansley

Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Sekali Rawatan

Klinik Monette Ansley menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dalam rawatan estetik termasuklah rawatan hair removal laser. Malah, antara rawatan popular disini adalah menghilangkan bulu secara kekal.

Tidak seperti klinik hair removal Malaysia yang lain, klinik ini menggunakan laser diod dengan gred perubatan terkini. Ia mampu menyingkirkan bulu dengan berkesan tanpa rasa sakit. Berbanding IPL hair removal Malaysia, laser Diod mempunyai gelombang dengan panjang 810mm yang mampu menembusi permukaan kulit dengan berkesan dan menyerap dengan lebih baik dalam foliket rambut.

Dalam masa yang sama ia menghalang pertumbuhan rambut semula. Jadi, anda tidak perlu melakukan rawatan berulang kali. Lebih berkesan dan selamat digunakan tanpa membazirkan wang dan masa untuk melakukan rawatan hair removal laser. 

Kenapa klinik ini terbaik? 

  •  Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai klinik pakar kulit estetik yang sah
  • Dr. Adam mendapat anugerah Doktor Sculptra No.1 di Malaysia selama 6 tahun secara berterusan oleh Galderma
  • Mempunyai Pensijilan untuk Amalan Perubatan Estetik

Alamat: PG13 (Ground Floor), Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Website: monetteansley.com

Email: enquiry@monetteansley.com

Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu (10.00 pagi – 6.00 petang)

Klinik Cleo

Hair Removal Laser Malaysia Terbaik Premium

Rambut berlebihan merujuk kepada rambut badan dan muka yang tidak diingini. Kita semua mempunyai rambut di hampir setiap bahagian badan kita, tetapi sesetengah orang mempunyai lebih daripada yang lain.  Justeru, Klinik Cleo yang menawarkan perkhidmatan estetik premium terkini di KL.

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma melalui laman web rasminya. 

Kenapa klinik ini terbaik? 

  • Doktor dan kakitangan bertauliah dan berpengalaman
  • Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti
  • Mempunyai pelbagai rangkaian komprehensif perkhidmatan estetik dan dematologi
  • Perundingan peribadi dan percuma
  • Kepuasan pelanggan dijamin

Alamat: 14 , Jalan 30/70a , Desa Sri Hartamas , 50480 , Kuala Lumpur

Website: cliniccleo.com

Email: cleomedicalclinic@gmail.com

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 7.00 petang), Sabtu (10.00 pagi- 6 petang), Ahad (10.00 pagi- 4 petang)

Perkara Yang Perlu Ditekankan Sebelum Memilih Untuk Hair Removal Laser

Sama ada Laser atau IPL (intensed pulse light), kedua-dua rawatan ini menggunakan kaedah yang sama untuk menghapuskan bulu. Ia menggunakan cahaya untuk cahaya menyerap ke dalam bulu berwarna gelap. Namun, berbeza dari segi penggunaan sumber cahaya. Laser menggunakan spektrum cahaya yang lebih spesifik manakala IPL hair removal Malaysia menggunakan spektrum cahaya yang pelbagai. 

Tapi, apakah perkara yang perlu ditekankan sebelum anda betul-betul memilih untuk menggunakan hair removal laser?

1. Keberkesanan bergantung kepada warna bulu yang lebih gelap. 

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa hair removal laser lebih berkesan pada seseorang yang memiliki rambut berwarna hitam. Selain itu, faktor kulit gelap juga tidak akan mendapatkan hasil yang diinginkan selepas rawatan kerana laser lebih efektif terhadap seseorang yang berkulit cerah dengan lapisan yang cenderung gelap atau hitam kerana pancaran laser dapat menembusi pigmen kulit yang lebih cerah dengan mudah!

2. Hasil yang berbeza bagi setiap individu. 

Berbeza dengan waxing, anda boleh melihat hasilnya dengan serta-merta. Tidak seperti hair removal laser kerana rawatan ini mungkin mengambil lebih dari satu sesi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sesetengah klinik kecantikan mengesyorkan melakukan penyingkiran rambut laser sekurang-kurangnya 8 kali jika anda mahukan hasil yang memuaskan. Walaupun begitu, tempoh rawatan ini tidak dapat dipastikan kerana bergantung kepada hormon individu.

3. Rasa sakit semasa proses laser dijalankan

Kebanyakan wanita lebih suka menghilangkan bulu menggunakan laser daripada waxing kerana mereka berpendapat bahawa kaedah ini tidak menyakitkan. Malangnya, ini tidak benar sama sekali. Anda masih merasa sakit semasa proses laser berlangsung, tetapi sudah tentu ia tidak menyakitkan seperti kaedah waxing.

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana biasanya sebelum rawatan buang bulu dijalankan, pakar terapi akan menyapu krim khas pada permukaan kulit anda untuk meminimumkan rasa pedih yang timbul semasa proses laser.

4. Kos yang tinggi

Sebelum membuat keputusan untuk memilih hair removal laser, anda juga perlu ambil tahu tentang keseluruhan kos yang terlibat. Tidak sama dengan waxing yang hanya bergantung pada wax, hair removal laser menggunakan mesin khas yang untuk menghapuskan bulu dalam jangka masa lama.

Sama ada rawatan itu mahal atau tidak juga bergantung pada kawasan badan yang anda ingin lakukan rawatan. Selain itu, untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, rawatan ini tidak cukup hanya dilakukan dalam satu sesi. Oleh itu, sediakan kos yang mencukupi sebelum bersetuju melakukan rawatan menggunakan laser. 

5. Mengambil masa yang lama

Anda perlu tahu bahawa rawatan ini mengambil masa yang lama untuk memastikan semua bulu halus pada badan telah hilang sepenuhnya. Untuk pra-rawatan sahaja boleh mengambil masa 1-2 minggu.

Selain daripada perlu mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari langsung, anda juga tidak dibenarkan melakukan rawatan pembuangan rambut dengan apa-apa kaedah sepanjang tempoh tersebut.

Tips Penjagaan Bulu Badan Selepas Rawatan Hair Removal Laser

1.Elak menggosok di kawasan laser

Selepas rawatan hair removal laser dilakukan, pastikan anda melakukan penjagaan yang betul beberapa hari selepas rawatan dengan mengelakkan menggosok bahagian yang terlibat dengan laser atau menggunakan sebarang produk pembersih yang mempunyai teskture kasar.

2. Elak terkena cahaya matahari

Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang cahaya matahari langsung atau pendedahan matahari sekurang-kurangnya 1 minggu. Ia adalah wajib untuk menggunakan pelindung matahari dan pelembap untuk melindungi kulit anda daripada sinaran ultraungu matahari yang berbahaya.

Ia juga kerana fotosensitiviti anda akan meningkat selepas rawatan laser. Oleh itu, adalah sangat penting untuk melindungi kulit anda untuk mengelakkan sebarang luka atau kesan burn yang teruk.

3. Pakai Pelembap

Kawasan yang terkena laser berkemungkinan akan menggelupas dan sedikit kering akibat dari tekanan haba yang diberikan semasa rawatan laser buang bulu. Rajinkan diri untuk sentiasa menyapu pelembap yang ringan pada bahagian yang sensitif dan mudah kering bagi mengelakkan sebarang penggelupasan yang lebih teruk.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hair Tonic Terbaik Di Malaysia, Bukan Sahaja Melebatkan Rambut Malah Merawat Rambut Rosak!

Baca juga: Atasi Masalah Badan Berbulu Dengan Krim Buang Bulu Yang Efektik Dan Tidak Menyakitkan Ini!

Baca juga: Rawatan Laser Bulu Masa Hamil Selamat Atau Tidak? Ini Penjelasannya!

Penulis

Noorhidayah