Adakah Benar Haiwan Peliharaan Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Jika anda hamil dan memiliki haiwan peliharaan pastikan anda berhati-hati ketika menguruskan mereka kerana ada yang akan mendatangkan bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki haiwan peliharaan adalah perkara biasa bagi ramai orang, tetapi jika hamil, adakah ia berbahaya untuk anda?

Ada yang menasihati wanita hamil supaya jauhkan diri dari haiwan peliharaan mereka kerana dibimbangi haiwan ini akan membawa virus atau bakteria yang boleh membahayakan ibu hamil dan bayinya. 

Tidak dinafikan, haiwan peliharaan ini sudah ibarat keluarga bagi mereka yang memeliharanya. Jadi memang agak sukar untuk ibu hamil ini berenggang dengan haiwan peliharaan mereka terutama jika sudah lama memelihara haiwan berkenana dan baru saja hamil.

Baca juga: Kajian: Pasangan Berkahwin Kena Sentiasa Tengok Haiwan Comel Untuk Rumah Tangga Kekal Lama

Haiwan peliharaan, benarkah ia bahaya untuk ibu hamil?

Menurut portal babytalks, bukan semua haiwan peliharaan selamat untuk kehamilan anda. Wanita hamil perlu berhati-hati terutama jika haiwan peliharaan mereka dibela di dalam rumah.

Anda perlu tahu bagaimana penjagaan haiwan peliharaan yang betul dan selamat semasa kehamilan kerana wanita hamil lebih fragile berbanding yang tidak hamil.

Ia berikutan anda membawa satu lagi nyawa lain dalam badan anda yang perlu juga dijaga kesihatannya. 

Anda memelihara kucing? Hati-hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin pencinta kucing, namun semasa hamil anda perlu berhati-hati dengan si comel ini. Awas dengan toxoplasma semasa anda mengendalikan sisa buangan kucing. Toxoplasma iaitu sejenis protozoa yang terdapat pada najis kucing adalah berbahaya kepada ibu hamil dan kandungannya (terutama semasa trimester pertama).

Jika jangkitan berlaku pada kandungan, bayi yang lahir berkemungkinan akan mempunyai masalah seperti sawan, masalah perkembangan dan penglihatan.

Anda mungkin akan terkena toxoplasma semasa membersihkan pasir kucing atau tersentuh tanah yang mana mengandungi najis kucing semasa anda sedang berkebun.

Jadi berkebun pun perlu juga hati-hati ketika anda hamil ya ibu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh mendapat toxoplasma dari makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, terutamanya daging kambing atau daging rusa.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu membasuh tangan selepas mengendalikan makanan mentah semasa di dapur.

Langkah elak toxoplasma

  • Minta pasangan anda untuk mengemas bekas pasir kucing anda setiap hari.
  • Biar kucing anda berada di dalam rumah sepanjang kehamilan anda dan usah biarkannya keluar dari rumah
  • Elakkan daripada menyentuh kucing jalanan.
  • Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air sejurus selepas menyentuh najis kucing atau selepas berkebun.
  • Jangan berikan kucing anda makanan yang mentah.
  • Pakai sarung tangan semasa membuang najis kucing atau berkebun.

Anda mungkin terkena alegi bulu haiwan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika hamil mungkin ada perkara yang tidak anda alami sebelum hamil akan berlaku pada diri anda. Ia termasuklah alergi kepada bulu haiwan secara tiba-tiba. 

Hamster dan tikus belanda juga boleh jadi bahaya

Jika anda membela hamster dan tikus belanda, haiwan ini membawa virus yang dipanggil lymphocytic choriomeningitis (LCMV), iaitu jangkitan yang boleh menyebabkan masalah keguguran atau kecacatan kelahiran yang teruk.

Jadi, jika anda membela haiwan-haiwan seperti ini, elakkan daripada membersihkan sangkarnya, dan juga, elak daripada menyentuh air liurnya, kencing, darah atau najisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah ibu hamil akan meletakkan sangkar haiwan ini di bilik atau tempat lain supaya mereka tidak terlalu berdekatan dengan haiwan peliharaan mereka itu sepanjang kehamilan.

Labi-labi atau kura-kura

Jika anda pembela haiwan seperti labi-labi ataupun haiwan eksotik lain, anda mungkin perlu mengambil berat akan kuman seperti salmonella yang dibawa oleh mereka.

Elakkan daripada berdekatan dengan haiwan reptilia anda buat sementara waktu. Mintalah bantuan suami atau rakan untuk membersihkan tempatnya, memberikannya makan dan sebagainya.

Jika anda tersentuh haiwan tersebut, pastikan anda terus mencuci tangan dan juga pastikan tempat-tempat yang disentuhi oleh haiwan tersebut juga dibersihkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babytalks

Baca juga: Haiwan peliharaan memudaratkan?

Penulis

Lala Annuar