Jemaah Haji Sakit atau Mengandung Tidak Dibenarkan Saudi Arabia Tunai Haji Pada Tahun 2025

Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan peraturan baru untuk ibadah haji 2025. Peraturan yang lebih ketat ini melibatkan kesihatan para jemaah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibadah haji sentiasa menjadi impian bagi setiap umat Islam. Namun, bagi musim haji 2025, kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah telah memperkenalkan peraturan baru yang lebih ketat demi menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah.

Utamakan Keselamatan Jemaah Haji 2025

Dengan cuaca yang dijangka lebih ekstrem, Arab Saudi mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan hanya jemaah yang benar-benar sihat dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.

Peraturan ini termasuk larangan kepada wanita hamil, kanak-kanak bawah umur dan individu dengan penyakit berisiko tinggi.

Menurut laporan dari Leaders Mina, peraturan kesihatan ini bertujuan memastikan hanya jemaah yang benar-benar sihat dibenarkan menunaikan haji.

Arab Saudi menetapkan bahawa hanya mereka yang bebas daripada penyakit berisiko tinggi dibenarkan untuk berhaji.

Antara penyakit yang termasuk dalam kategori berisiko tinggi adalah seperti penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, hati dan kanser.

Selain itu, jemaah yang menghidap demensia atau penyakit berjangkit seperti batuk kering (TB) dan batuk kokol juga dilarang berhaji.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Arab Saudi turut melarang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan wanita hamil daripada menunaikan haji.

Walaupun peraturan ini dilihat agak ketat, kerajaan Saudi tidak meletakkan had umur untuk jemaah haji.

Ini bermakna, selagi mana jemaah sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, mereka masih boleh menunaikan haji tanpa mengira usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaksinasi Wajib

Sebagai tambahan, Arab Saudi juga mewajibkan setiap jemaah untuk mengambil beberapa jenis vaksinasi sebelum berhaji.

Vaksin yang diwajibkan adalah seperti meningitis, Covid-19, influenza dan polio. Namun, perincian tentang tempoh dan jadual vaksinasi akan diuruskan oleh negara masing-masing.

Dengan langkah-langkah yang lebih ketat dan fokus kepada kesihatan, Arab Saudi berharap dapat melindungi jemaah haji daripada sebarang risiko kesihatan yang tidak diingini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, peraturan baru ini memastikan semua jemaah mendapat pengalaman haji yang lancar dan penuh keberkatan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jemaah Haji 2024, Jangan Lupa Bawa ORS Elak Strok Haba Pada Musim Panas

Baca juga: Elak Ditipu Beribu, Wanita Ini Kongsi Panduan Lengkap Pergi Haji Dengan Pakej VIP

Baca juga: Senarai Barang Keperluan Haji Yang Perlu Di Bawa, Sediakan Awal Lebih Baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah