Cara Menyokong Pekerja Hamil: Ini Perkara Yang Para Majikan Perlu Tahu

Setiap individu memainkan peranan penting untuk mengekalkan prestasi syarikat. Hak pekerja wanita hamil perlu diberi perhatian agar dilayan secara adil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda tentang hak pekerja mengandung dalam sesebuah syarikat? Sekiranya pihak majikan meletakkan beberapa panduan yang berlandaskan kebajikan dan bertimbang rasa, anda mungkin akan melalui tempoh 9 bulan tanpa dibebani sebarang tekanan.

Mengetahui diri anda sedang hamil adalah detik yang sangat mengujakan. Setelah melihat garisan berganda pada ujian kehamilan, ibu bekerja pastinya perlu memikirkan banyak perkara selain daripada kegembiraan.

Hak pekerja wanita yang hamil

Walaupun separuh daripada tenaga kerja global hari ini diwakili oleh wanita, diskriminasi kehamilan terus menjadi masalah di seluruh dunia.

Kajian membuktikan bahawa bukan hanya di Asia Tenggara, tetapi syarikat di Barat turut menjauhkan diri dari mengambil wanita hamil.  Situasi ini sering memaksa para wanita untuk meninggalkan pekerjaan mereka setelah anak dilahirkan.

Oleh itu, apa cara boleh dilakukan oleh organisasi untuk membantu mengekalkan tenaga kerja berbakat yang dipaksa keluar oleh biologi? Jawapannya sangat mudah iaitu pelajari cara menyokong pekerja hamil.

Cara menyokong pekerja mengandung: Perkara yang boleh majikan lakukan

1) Menetapkan proses faedah yang mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada kertas kerja tidak jelas dan teknikal yang dapat memberi tekanan kepada pekerja hamil anda, pilihlah proses faedah mudah dibaca.

Langkah pertama tentunya merangkumi waktu perbincangan dengan jabatan sumber manusia. Anda harus menerimal pekerja hamil melalui jenis tugasan yang perlu mereka lakukan.

Ia hendaklah merangkumi semua aspek seperti hak pekerja terhadap faedah bersalin, hingga cuti berpantang, membayar gaji, peluang kenaikan pangkat, serta klausa untuk menyertai semula tempat kerja.

Bukan itu sahaja, sebagai syarikat yang tahu bagaimana menyokong pekerja hamil, para eksekutif sumber manusia semestinya memainkan peranan sebaik mungkin. Kongsikan maklumat dengan cara yang mudah dan sering menghubungi pekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2) Menyediakan rangkaian sokongan

Kaedah terbaik untuk memastikan pekerja hamil berasa selesa dan dihargai adalah dengan membina rangkaian sokongan.

Pekerja hamil dapat menerima manfaat positif daripada sokongan pekerja sedia ada yang mungkin bakal menjadi ibu ayah pada masa akan datang. Sebaiknya mulakan platform atau saluran keibubapaan dalam kumpulan rasmi anda. Ini membantu membolehkan para pekerja menanyakan soalan secara peribadi.

Beberapa syarikat telah mempunyai forum keibubapaan dan mengadakan perkongsian pengalaman mengenai keibubapaan antara satu sama lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Bilik khas ibu dan menormalkan penyusuan di pejabat

Semakin banyak tempat kerja kini terbuka untuk idea mewujudkan bilik ibu dan bilik penyusuan. Ini membolehkan pekerja wanita untuk 'mengekspresikan' susu dengan mudah dan selamat tanpa perlu risau sesiapa yang memerhatikannya.

Sebagai majikan, langkah pertama adalah mengenal pasti kawasan yang boleh dijadikan ruang mengepam susu badan. Sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan kantin, bersih dan cukup luas untuk keselesaan bersama.

Ia juga mesti mempunyai kemudahan asas seperti meja, kerusi, singki dan juga peti sejuk untuk menyimpan susu ibu.

Pastikan juga bahawa kelengkapan elektrik untuk pam dan gelombang mikro disediakan untuk mensterilkan peralatan. Akhir sekali, tonjolkan kepada pekerja yang hamil atas sokongan syarikat dan menormalkan pengepaman susu ibu di pejabat secara lebih terbuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4) Mendidik pekerja mengenai soalan ‘adakah anda hamil’

Ketika rakan-rakan di pejabat bertanyakan kehamilan anda, pastinya ia adalah keadaan yang kurang selesa kerana menantikan peluang lebih baik bagi mengadakan pengumuman rasmi.

Namun, ada cara untuk memastikan tidak ada pertanyaan yang muncul. Langkah pertama adalah mendidik pekerja pada awal bahawa kehamilan tidak dianggap sebagai keadaan negatif di syarikat.

Ia adalah sebahagian kehidupan normal bagi kebanyakan orang dan tidak boleh dipandang negatif. Tidak ada alasan untuk majikan berhasrat menghentikan pekerja wanita hanya kerana mereka mengandung.

Tetapkan polisi agar pekerja dapat menjalani pemeriksaan kesihatan semasa kehamilan dengan lebih tertutup.

5) Memberi dorongan dan sokongan mental

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan boleh menjadi tempoh tekanan.Hormon sering berubah dan ibu hamil akan  melalui pelbagai tekanan emosi. Kadang-kadang fizikal menyukarkannya duduk bagi jangka masa yang lama.

Bagaimanapun sebagai syarikat, anda harus bersikap terbuka dan memberikan sokongan mental dan fizikal. Sekiranya anda mempunyai ahli perubatan, dapatkan bantuan mereka mengenai keadaan pekerja dan galakkan komunikasi secara berkala.

6) Bercakap mengenai langkah seterusnya

Sebagai sebahagian daripada polisi, anda mungkin mempunyai garis panduan mengenai proses bersalin, berpantang atau garis masa untuk memasuki semula ke alam pekerjaan.

Sebilangan besar negara menerapkan kebijakan cuti bersalin yang disetujui oleh pemerintah. Bagi kehamilan berisiko tinggi, mereka mungkin dinasihatkan untuk cuti tanpa gaji oleh doktor.

7) Memudahkan proses kembali ke tempat kerja

Periksa dasar kerajaan anda untuk memudahkan proses dan memberitahu pekerja dengan sewajarnya. Sebagai contoh, Akta Kerja 1955 membolehkan pekerja swasta dan kerajaan wanita mengambil cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.

Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris. Ia diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran theAsianparent Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: