11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya, No.6 Antara Paling Sukar!

Siapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat bersama pasangan tercinta. Namun, perjalanan ibu hamil anak kembar bukanlah sesuatu yang mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda sedang hamil anak kembar, ini adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca. Membesarkan amanah zuriat pastinya bukanlah tugas yang mudah. Namun sekiranya ia memperoleh kerjasama yang baik antara ibu dan ayah, pastinya dapat dilalui dengan mudah tanpa perlu berhadapan kepenatan melampau.

Bagi wanita yang sudah menantikan cahaya mata setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, apabila dikurniakan bayi kembar adalah penantian berbaloi dan hanya insan tertentu sahaja dapat menikmatinya.

Perjalanan seorang ibu hamil anak kembar

Meskipun orang sekeliling teruja mengetahui khabar gembira anda sedang mengandungkan dua orang bayi sekaligus, namun sebenarnya ada beberapa perkara lain di sebaliknya, iaitu:

#1. Orang sekeliling ingin tahu ‘rahsia’ bagaimana anda dapatkannya

credit to sources

‘’Hamil anak kembar? Wah, bestnya! Bagaimana usaha untuk melakukannya?’’ Pastinya sepanjang kehamilan dan mungkin selepas bersalin mereka akan tertarik dengan persoalan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia seakan-akan tiada penghujung. Namun sebenarnya ia mungkin berlaku mengikut amalan orang-orang dahulu atau perubatan moden seperti rawatan kesuburan, IVF.

#2. Anda segera membuat persiapan untuk bersalin

Semakin bertambah minggu kehamilan, perut anda akan kelihatan lebih besar berbanding ibu yang mengandungkan seorang bayi.

Bukan itu sahaja, orang sekeliling anda juga akan teruja bertanyakan tarikh due date kerana ia mungkin kelihatan akan bersalin bila-bila masa dari sekarang. Justeru, pastikan anda membuat persediaan awal untuk membeli-belah bagi bayi yang bakal lahir sebelum sarat dan sukar untuk berjalan.

#3. Sekiranya bayi kembar seiras, hanya anda sahaja dapat mengenalinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan seorang ibu pastinya akan mengenali setiap anak meskipun memiliki wajah yang serupa.

Setiap tetamu yang datang menziarahi anda dan anak-anak, mungkin sedikit keliuru untuk menentukan si abang atau si adik. Oleh hal demikian, ibu boleh membezakan mereka dengan memakai sarung kaki warna berlainan atau memakai headband bagi bayi perempuan.

#4. Perkataan ‘penat’ tidak akan hilang dalam kamus hidup

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan membesarkan bayi kembar amat memerlukan tenaga yang banyak dan bijak menguruskan masa dengan baik. Jika sebelum ini anda melihat rakan melahirkan bayi tunggal dengan wajah lesu kerana kurang rehat, ini waktu untuk ibu ayah sendiri mengalaminya!

Sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata, anda tidak pernah dapat membandingkan apa yang dilalui dengan parents lain kerana mereka tidak berada di tempat anda.

#5. Cenderung memilih pakaian bayi yang sama

Setiap ibu pastinya akan seronok melihat bayi kembar anda mengenakan baju dengan warna atau corak yang sama. Mana tidaknya, apabila mendukung sahaja mereka pasti akan menjadi tarikan kepada orang sekeliling untuk datang selfie atau cuba mencubit pipi gebunya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apabila sudah dewasa, anak-anak akan ingin bebas memilih pakaian yang ingin dipakai.

#6. Kesukaran untuk keluar bersiar-siar

Sekiranya anda berhajat untuk ‘cuci mata’ di pusat membeli-belah, lupakan sahaja niat itu kerana membawa dua orang bayi sekaligus adalah sesuatu yang berisiko. Bermula dengan menaiki kenderaan, ibu perlu meletakkan mereka dalam carseat dengan betul.

Selepas itu, untuk berjalan-jalan memerlukan anda menolak dua stroller sekaligus. Hal ini pastinya tidak mungkin dilakukan dengan kudrat seorang wanita!

#7. Tiada istilah boleh berkongsi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan membuat kesilapan membiarkan bayi anda berkongsi mainan atau coklat. Buat masa ini, langkah terbaik adalah membeli kedua-duanya untuk mengelakkan mereka berebut. Mungkin anda memerlukan 30 minit bagi memujuk anak-anak agar berhenti menangis.

#8. Ibu ayah perlu sentiasa waspada sepanjang masa

Ketika masih bayi, mungkin tidaklah sangat sukar untuk menjaganya. Namun apabila sudah boleh berjalan sendiri, ibu ayah perlu peka dengan setiap pergerakan mereka agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

#9. Anda menyedari tugas ibu yang sebenar

Setiap ibu mungkin berdepan pengalaman berbeza dalam membesarkan setiap anak kerana memiliki perangai berbeza.

Sekiranya memiliki anak kembar, ibu perlu bijak membuat perancangan rutin harian agar dapat mengurus anak dengan baik. Jika abaikannya, jangan pelik jika anda sering mengeluh sering sibuk sehingga tiada masa untuk diri sendiri!

#10. Suasana dalam rumah seperti pesta

Mempunyai dua orang anak di dalam rumah sudah cukup membuatkan suasana meriah. Hal ini kerana mereka akan menangis, bertengkar antara satu sama lain dan sering berebut untuk mendapatkan perhatian dari ibu ayah.

Situasi ini pastinya tidak akan membuatkan anda berasa bosan. Mereka juga akan ‘banyak mulut’ bercerita tentang kawan-kawan di sekolah atau apa yang dipelajari ketika berada luar rumah.

#11. Ibu tidak akan terus berada di tempat yang sama

Sekiranya jadual tidur dan aktiviti bermain bayi kembar anda berbeza, bersiap-sedialah untuk bertukar menjadi supermom!

Bagi anda yang memegang kerjaya suri rumah sepenuh masa di rumah, pastinya perlu berlari ke sana-sini kerana seorang anak mungkin sedang tidur dalam bilik, seorang lagi menangis minta susu di ruang tamu. Justeru, ketahui cara terbaik untuk melayan mereka dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Mom Junction

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: