Walaupun Anaknya Baby Pramatang & Kuning, Ibu Ini Tabah Hadapi Cabarannya!

Wah, tak disangka anaknya lahir lebih awal yang dijangka. Namun lebih mencabar apabila bayi pramatang ini disahkan kuning pula!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya mengandungkan anak ketiga pada tahun 2020. Banyak dugaan dan dugaan saya hadapi. Kesihatan yang tidak mengizinkan dan perlu bekerja.

Due date sepatutnya 14 April 2021 namun saya dimasukkan ke hospital pada 8 Mac 2021 kerana air ketuban pecah.

Jadi ini menyebabkan saya terpaksa tinggal di hospital selama 12 hari.

Pada 19 Mac 2021, saya melahirkan baby pramatang, seorang anak lelaki. Baby pramatang saya dimasukkan ke NICU.

Maka saya terpaksa ulang alik untuk beri susu badan untuk bayi saya. Bayi saya juga ada kuning yang tinggi sehingga 294 bacaan sebab saya dan suami darah O.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi terpaksa ditahan di wad sekali lagi. Saya terpaksa ulang alik dalam pantang. Memang dugaan sungguh.

Sekarang bayi saya sudah hendak masuk usia 8 bulan. Alhamdullillah, beratnya telah hampir mencapai 9kg. Dah normal. Dah lakukan pemeriksaan pendengaran.

Alhamdullilah semua normal. Tumbesaran bayi saya pun normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuma satu sahaja pesanan saya tentang baby pramatang ini. Dia akan  memerlukan susu badan yang cukup, penjagaan dan kebersihan yang rapi.

Bagi ibu yang mempunyai bayi pramatang, saya nasihatkan jangan mudah untuk berputus asa. InshaAllah anak kita akan membesar dengan normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuatkan semangat kita untuk menjaga bayi pramatang terutamanya dalam tempoh 6 bulan pertama. Semoga artikel ini memberi kekuatan pada ibu-ibu di luar sana.

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Norhidayah binti Rosli untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?

Baca juga: 2 doktor dipecat selepas sahkan bayi pramatang ini mati, tapi dia masih hidup!

Baca juga: Penjagaan Bayi Pramatang Perlu Lebih Perhatian, Ibu Ayah Perlu Pastikan 5 Perkara Ini