Kemurungan Tak Boleh Lari Dari Wanita, Jangan Malu Dan Salahkan Mereka!

Ramai yang ingat proses hamil atau bersalin adalah momen gembira, jadi ibu takkan kemurungan. Tapi, sangkaan itu sebenarnya salah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemurungan ketika hamil dan kesihatan mental wanita

Realiti kesihatan mental seorang wanita dan kepercayaan umum tentang kehamilan atau bersalin adalah satu momen yang menggembirakan adalah tidak sama. Oleh sebab itu, apabila 2 perkara ini tidak seimbang, ramai kes kemurungan ketika hamil atau posnatal tidak berjaya didiagnosis dengan tepat.

Itulah penjelasan seorang konsultan senior di Jabatan Psikiatri Hospital Besar Singapura, Dr Chan Herng Nieng tentang kemurungan ketika hamil atau selepas bersalin.

Perkara ini terjadi kerana ramai individu tidak percaya kemurungan boleh berlaku pada wanita, sama ada ketika dia hamil atau selepas bersalin.

Foto ehsan: NPR

Ini kerana seorang ibu hamil dianggap harus rasa gembira sedangkan sebenarnya dia tidak. Ini menyebabkan mereka rasa bertambah teruk kerana tidak mampu rasa gembira seperti yang dilabelkan.

Sedangkan kemurungan juga menjadi punca mengapa ibu hamil ini tidak dapat tidur malam, keresahan dan lesu ketika hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemurungan ketika hamil atau selepas bersalin

Namun disebabkan persamaan semua tanda-tanda kemurungan dengan keadaan hamil yang normal, ia menambah kesukaran untuk mengenalpasti masalah kemurungan pada wanita hamil.

Sama ada kemurungan antenatal atau selepas bersalin, ia berterusan dianggap sebagai taboo terhadap para ibu.

Mereka tidak dibenarkan mengeksperikan kata-kata atau perasaan negatif.

Apabila seorang ibu rasa negatif, mereka dituduh tidak wajar untuk rasa begitu dan ia adalah perbuatan atau perasaan yang salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Daily Mail

Seolah-olah mereka harus rasa malu kerana berasa begitu. Dan orang sekeliling hanya menganggap ia sekadar perubahan hormon ketika hamil.

Pengarah Servis Kesihatan Emosional wanita di National University Hospital, Dr. Cornelia Chee menganggarkan kemurungan di Singapura telah meningkat sebanyak 12%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, ramai wanita memilih untuk tidak tampil dan mendapatkan bantuan.

Jangan fokus pada kesihatan fizikal saja

Semasa hamil, hanya kesihatan fizikal yang diberi perhatian dan bukan kesihatan mental. Namun, para doktor telah menekankan kepentingan mendapatkan bantuan untuk masalah kemurungan.

Saringan kemurungan antenatal dan posnatal telah ditawarkan kepada semua ibu-ibu di National University Hospital dan Hospital Besar Singapura.

Menurut Dr Cornelia Chee lagi, terdapat banyak bukti yang menunjukkan wanita yang tidak dirawat akibat masalah kemurungan ketika hamil akan menghadapi masalah ketika bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan : sketchport

Contohnya bayi lahir tidak cukup bulan kerana mood mereka mempengaruhi tahap kortisol dan hormon stress yang lain yang boleh mempengaruhi janin.

Faktor yang menjadikan kemurungan ketika hamil adalah satu risiko termasuklah kehamilan yang tidak diingini, masalah kewangan, masalah rumah tangga, kurangnya sokongan sosial, didera atau sejarah kemurungan.

Ibu yang mengalami kemurungan berpotensi mempunyai anak yang didiagnos dengan keresahan atau masalah kemurungan juga. Kemurungan selepas bersalin atau kemurungan ketika hamil mempunyai simptom yang lebih kurang sama.

Antaranya seperti sentiasa tidak ada mood, sentiasa menyalahkan diri sendiri, sering menangis, sering rasa tidak berguna dan selalu rasa terganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: BabyCenter

Kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang sering kali dipandang remeh.

Sedangkan sebenarnya kemurungan terutamanya kemurungan selepas bersalin mempunyai impak yang besar terhadap si ibu, si anak serta ahli keluarga sekeliling.

Dan masalah ini harus segera mendapat bantuan!

 

 

Sumber: straittimes

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal

8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka

5 Simptom “Meroyan” Dan Resah Selepas Bersalin Yang Anda Tak Tahu

 

Penulis

Aqma