Tanya Sis Min: Saya Mengandung Luar Nikah & Nak Buang Kandungan Ni, Apa Perlu Saya Buat?

Hamil luar nikah merupakan masalah sering terjadi dalam kalangan remaja pada hari ini. Ketahui ada cara penyelesaian yang terbaik untuk anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mendapat tahu diri hamil luar nikah, sudah tentu sekali anda berasa cukup terkejut dan dalam pada yang sama takut untuk menghadapi hari-hari mendatang. Mana tidaknya dengan usia yang muda atau masih belajar, anda perlu menghadapi perkara sebegini.

Perjalanan melangkah ke alam orang dewasa banyak onak duri. Jika tersalah langkah, kembalilah semula ke jalan yang benar kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas.

Perkara yang perlu anda lakukan sekiranya hamil luar nikah

foto: the bump

Bagi anda yang tersepit dengan masalah hamil luar nikah, perkara pertama adalah anda perlu kuatkan hati dan elakkan membuat tindakan yang boleh menjadikan keadaan bertambah rumit.

Usah terlalu mengharapkan untuk si ‘bapa’ bertanggungjawab kerana ia boleh membuatkan anda bertambah tertekan jika dia enggan berbuat demikian.

#1. Maklumkan kepada ibu bapa

Masalah besar sebegini sebaiknya dimaklumkan kepada kedua-dua orang tua anda kerana mereka lebih tahu dalam menentukan keputusan yang seterusnya. Usah takut untuk berterus-terang.

Elakkan dari merahsiakan kehamilan anda kerana lama-kelamaan perut akan semakin membesar dan jelas kelihatan. Mungkin pada awal anda berterus-terang, mereka akan berasa sangat kecewa.

Namun percayalah tidak ada ibu bapa di atas dunia ini tidak akan memaafkan anak mereka meskipun beberapa kali tersilap langkah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berkahwin dengan pasangan

Apabila sudah terlanjur dan hamil luar nikah, jalan yang ramai orang pilih adalah berkahwin kerana ingin menutup aib. Akan tetapi ia memerlukan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak.

Jika pasangan lelaki anda bersetuju untuk bertanggungjawab, hal yang perlu anda tahu ialah status anak dalam kandungan tetap luar nikah, tidak boleh dinasabkan kepada bapanya, tiada hak pusaka, walinya adalah hakimi dan tidak menjadi mahram dalam keluarga.

#3. Elak pilih tindakan gugurkan atau buang bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Takut dimarahi keluarga dan diugut oleh pasangan sering menjadi penyebab wanita bertindak untuk gugurkan atau buang kandungan. Dalam hal ini, anda perlu menyedari bahawa bayi dalam kandungan adalah tidak berdosa dan dia berhak membesar seperti kanak-kanak yang lain.

Melakukan persetubuhan tanpa nikah atau zina adalah dosa besar. Jika anda bertindak melulu dan berhasrat membuang anak luar nikah, ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah sama seperti dosa membunuh. 

Justeru jagalah anak dalam kandungan ini sebaiknya. Sentiasa mohon pengampunan dari Allah kerana Dia Maha Pengampun dan sentiasa memberi peluang buat hambaNya memperbaiki diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Dapatkan sokongan dari rumah perlindungan

Sekiranya ibu ayah tidak dapat menerima diri anda, teman lelaki enggan bertanggungjawab, jalan yang terakhir adalah anda dapatkan bantuan di rumah-rumah perlindungan.

Dalam negara kita, kerajaan telah mewujudkan beberapa rumah perlindungan bagi membantu para wanita yang terlanjur dan mengandung luar nikah. Mereka sememangnya membuka pintu dan menerima kehadiran anda. 

Di sini, anda akan mendapat sokongan moral dari tenaga pengajar agama serta penghuni lain agar sentiasa positif. Pelbagai aktiviti disediakan termasuklah belajar al-quran dan mengikuti ceramah agama bagi mendekatkan diri kepadaNya.

#5. Menghubungi pejabat Jabatan Kebajikan Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sekiranya malu dan buntu, anda boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 bagi mendapatkan perlindungan segera termasuklah bimbingan kaunseling dan khidmat nasihat. 

Luahkan segala perkara yang terpendam agar anda dapat mencari jalan penyelesaian sewajarnya. Usah menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan anda kerana mereka belum tentu dapat membantu menyelesaikan masalah.

Setiap insan sudah tentunya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Dalam hal ini anda hendaklah tidak terus-menerus terlanjur dan hidup dalam bergelumang dengan dosa.

Segeralah bertaubat, menyesali dan berazam untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama kerana Allah S.W.T sentiasa menerima taubat daripada hambaNya. Sabda Rasulullah S.A.W:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

عن إبن عمر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يأيهاالناس! توبوا إلى الله، فإنى أتوب فى اليوم إلية مرة {رواه الإمام مسلم}

Maksudnya:

Daripada Ibni Umar ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Wahai manusia! Bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Terlanjur Dengan Kekasih, Ibu Pula Ugut Gugurkan Kandungan Jika Ingin Berkahwin