Kecur Air Liur Melihat Lamb Chop? Bolehkah Wanita Hamil Makan Daging Kambing Tanpa Membahayakan Janin?

Kalau dah mengidam, macam macam kita nak makan kan? Lagi-lagi apabila terlihat orang makan daging. Kecur air liur! Anda mesti tertanya-tanya boleh ke ibu hamil makan daging kambing? Jom kita semak apa jawapan pakar.

Banyak pantang larang makanan untuk ibu hamil yang menyebabkan mereka ragu-ragu dan takut untuk makan makanan tertentu. Persoalan yang paling kerap kita dengar adalah bolehkah ibu hamil makan daging kambing?

Ada yang beranggapan daging kambing mengandungi kolestrol yang tinggi yang boleh membahayakan janin. Namun ada yang menyatakan boleh sahaja ibu hamil makan daging kambing, sekiranya berpada-pada.

Keliru pula jadinya! Hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan mengupas bolehkah ibu hamil makan daging kambing?

Bolehkah Ibu Hamil Makan Daging Kambing?

hamil makan daging kambing Kredit: Freepik

Ibu mungkin pernah dengar beberapa kepercayaan mengenai pemakanan semasa hamil, contohnya ibu hamil makan daging kambing boleh menyebabkan keguguran.

Tetapi sebenarnya sehingga kini, masih belum ada kajian yang membuktikan hal tersebut!'

Sekiranya dimakan dengan berpada, sebenarnya ada beberapa manfaat yang boleh didapati antaranya: 

#1 Daging Kambing Kaya protein

Daging kambing bukan sahaja lazat dan empuk, malah ia merupakan sumber protein yang baik! Protein diketahui dapat membantu penyembuhan luka dengan pantas.

Malah sekiranya diambil dengan tidak berlebihan, daging kambing dapat memenuhi keperluan protein seharian sepanjang kehamilan.

#2 Daging Kambing Merupakan Sumber Zat Besi

Daging kambing juga kaya dengan zat besi yang baik untuk menjaga kadar hemoglobin dalam darah. Hemoglobin sendiri memiliki peranan utama bagi membantu proses pembentukan sel darah merah yang boleh menghindarkan anda dari anemia!

#3 Daging Kambing Kaya Dengan Zink

Kecur Air Liur Melihat Lamb Chop? Bolehkah Wanita Hamil Makan Daging Kambing Tanpa Membahayakan Janin? Kredit: Food52

Kandungan zinc yang ada dalam daging kambing dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh anda, malah pada janin juga.

#4 Daging Kambing Merupakan Sumber Vitamin

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran sangat digalakkan untuk membekalkan vitamin dalam badan manusia, namun anda juga boleh mendapatkan sumber vitamin dari daging kambing!

Daging kambing yang mengandungi lemak ini ada sumber vitamin yang salah satunya adalah vitamin B12. Vitamin B12 menjadi nutrisi utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf, sel darah merah dan keseluruhaan kesihatan tubuh.

Di samping itu, vitamin B dalam 1 hidangan daging kambing juga berfungsi membakar lemak, maka ibu boleh mengawal berat sepanjang kehamilan dan mengurangkan risiko obesiti.

#5 Melindungi Janin

Salah satu mitos makan daging kambing semasa kehamilan ini adalah ia boleh menyebabkan keguguran.

Sebenarnya makan daging kambing boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi. Tambahan lagi, daging kambing kaya dengan kalsium yang boleh menjaga kesihatan tulang janin dalam kandungan.

Aturan Makan Daging Kambing Semasa Hamil

hamil makan daging kambing Kredit: iStock

Kelebihan daging kambing semasa hamil mungkin membuatkan anda teringin makan daging kambing untuk hari ini, bukan? Boleh saja, tetapi anda harus ambil kira beberapa perkara ini:

  • Jumlah Hidangan

Jumlah hidangan yang bersesuaian adalah penting kerana daging kambing mengandungi kandungan lemak yang boleh meningkatkan kadar kolestrol, dan membuatkan peningkatan degupan jantung.

  • Cara Masakan Yang Sesuai

Pastikan cara masak daging kambing bersesuaian dan selamat untuk kesihatan janin. Masakan hendaklah cukup matang, dimasak dalam tempoh masa yang cukup lama dan tidak mentah.

Daging kambing yang masih mentah boleh membahayakan janin, salah satunya toxoplasmosis. Toxoplasmosis adalah sejenis parasit yang boleh menyebabkan keguguran atau still birth.

Sebaiknya ibu mengelak makan sate kambing yang berkemungkinan tidak dimasak dengan cukup lama. Daging kambing yang dimasak dengan santan juga tidak digalakkan jika diambil secara berlebihan.

  • Seimbangkan Dengan Pengambilan Sayur dan Buah

Kecur Air Liur Melihat Lamb Chop? Bolehkah Wanita Hamil Makan Daging Kambing Tanpa Membahayakan Janin? Kredit: Freepik

Setelah makan daging kambing, tambahkan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan segar bagi mendapatkan nutrien seimbang.   

Kandungan vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran seperi brokoli dan bayam akan menjadikan perkembangan janin lebih sihat.

Jangan lupa untuk minum air kosong yang banyak untuk meneutralkan lemak dalam tubuh setelah makan dgaing kambing.

Ibu tak perlu khuatir lagi tentang pengambilan daging kambing semasa hamil selagi tidak berlebihan ya! Selagi bayi aktif bergerak maka ia tidak menjadi sebarang masalah kepada kandungan anda.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!