Walaupun setiap kali melakukan pemeriksaan kehamilan di klinik telah menunjukkan banyak tanda sihat, namun ibu mungkin berasa agak risau bila menyedari hamil perut kecil sedangkan telah memasuki trimester kedua.
Tidak dinafikan bahawa ukuran perut ibu mengandung menjadi salah satu perkara penting bagi menandakan bahawa janin telah berkembang sesuai dengan usia kehamilan.
Hamil perut kecil, adakah ia keadaan yang normal?
Secara umumnya, setiap perut ibu hamil akan membesar mengikut usia kandungannya. Disebabkan oleh setiap wanita berdepan pengalaman yang berbeza, ada ibu hamil perut kecil dan ada juga baru empat bulan sudah kelihatan besar.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mempengaruhi ukuran dan saiz perut ibu mengandung meskipun anda kini sudah berada pada trimester kedua. Antaranya ialah:
#1. Mengandung anak pertama
Pada kemudian hari kelak, anda mungkin menyedari bahawa pengalaman kehamilan pertama dan kedua adalah sangat berbeza. Untuk ibu hamil anak sulung, bentuk perut anda akan lebih kecil.
Hal ini kerana otot perut dan rahim masih ketat serta tidak terlalu longgar. Keadaan ini sekaligus membuatkan anda berdepan rasa tegang seperti kekejangan perut.
#2. Organ perut menyesuaikan rahim
Ketika sedang berbadan dua, ada banyak perubahan yang terjadi pada bahagian perut. Tidak hanya diduduki oleh janin, perut anda juga akan berisi plasenta, air ketuban dan tali pusat.
Kesemua itu akan sama-sama berkembang bersama bayi di dalam rahim, akhirnya ia membesarkan semua organ seperti usus, perut dan bahagian lain mengikut pertambahan minggu kehamilan.
#3. Faktor ketinggian ibu hamil
Setiap perempuan mengandung yang tinggi atau pendek akan mempunyai bentuk perut berbeza ketika berbadan dua. Biasanya, wanita pendek akan memiliki perut yang lebih besar dan terdorong ke hadapan.
Perkembangan rahim juga akan terlihat lebih cepat ke depan berbanding ke atas. Hal ini sesuai dengan fizikal ibu hamil kerana tidak banyak ruang untuk janin.
Semua ini akan terjadi sejak awal hingga usia kandungan melebihi 4 bulan. Bagi ibu yang memiliki ketinggian badan yang ideal atau sangat tinggi, rahimnya cenderung berkembang ke atas. Inilah menjadi penyebab perut ibu mengandung tetap kecil walaupun sudah memasuki fasa trimester kedua.
#4. Ukuran janin
Ketika berada di trimester kedua, biasanya bayi sudah hampir sempurna namun masih belum memiliki sistem organ yang lengkap. Sekiranya terjadi kelahiran pramatang, maka bayi berisiko mengalami beberapa komplikasi.
Sekiranya ibu hamil perut kecil, selalunya ia tidak menjadi tanda bahaya pada janin kecuali jika anda merasakan janin tidak membesar dan segera perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
#5. Faktor air ketuban
Air ketuban akan dihasilkan oleh tubuh ibu hamil ketika 20 minggu pertama kehamilan. Kemudian, janin sendiri yang akan menghasilkannya.
Air ketuban sebenarnya berasal dari urin dan cecair paru-paru bayi. Ada sesetengah ibu hamil memiliki air ketuban yang terlalu sedikit sehingga menyebabkan bentuk perut lebih kecil.
Ketika menjalani pemeriksaan antenatal, doktor akan melihat adakah jumlah air ketuban normal ataupun tidak. Sekiranya tiada ciri-ciri air ketuban kering atau pecah, maka kehamilan anda akan dianggap normal.
#6. Kedudukan bayi yang bergerak
Ketika usia kehamilan sudah memasuki akhir trimester kedua, biasanya janin akan lebih aktif bergerak dan selalu berada di posisi bawah.
Kadang-kadang janin juga boleh bergerak dengan membongkokkan badan. Ketika dalam posisi ini, perut ibu hamil akan terlihat lebih rata dan punggung terasa nyeri. Janin yang berada terlalu ke bawah turut menyebabkan anda berasa kurang selesa.
Hal ini kerana berlaku halangan darah untuk mengalir dari jantung ke bahagian kaki.
#7. Kelainan genetik pada janin
Penyakit genetik boleh menyebabkan bayi lahir cacat dan juga kelainan kongenital non genetik. Keadaan ini hendaklah mendapatkan pengawasan dari doktor yang merawat.
Sesetengah bayi berdepan masalah dengan perkembangan berat badan yang rendah. Masalah genetik boleh terjadi kerana faktor keturunan ibu ayah atau kelainan kromosom pada janin.
Sumber: Bellybelly
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!