Nak Hantar Anak ke Pengasuh? Ini Tips Persediaan Penting Yang Anda Patut Tahu

Ibu risau dan bimbang bila nak hantar anak ke rumah pengasuh? Jangan bimbang! Ikuti tips persediaan penting untuk anda sebelum hantar ke pengasuh disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedih pula hati ibu nak hantar anak ke rumah pengasuh. Tapi, apakan daya apabila kerja menuntut si ibu untuk keluar mencari rezeki dan meninggalkan anak-anak. Buat si ibu yang perlu menghantar anak ke rumah asuhan, bersabarlah kerana anda sedang melakukan yang terbaik untuk anak-anak anda. Bagi ibu yang sudah biasa menghantar anak ke rumah, ia mungkin satu perkara yang tidak asing bagi anda. 

Tetapi, untuk ibu yang tidak mempunyai pengalaman menghantar anak ke rumah pengasuh, ini sememangnya satu cabaran untuk si ibu. Anda pasti gusar memikirkan bagaimana keadaan anak anda di sana, adakah anak anda dijaga pengasuh dengan baik, atau adakah anak anda selamat sepanjang ditinggalkan disana? Segala kerisauan ini membuatkan si ibu bertambah bimbang dan khuatir untuk menghantar anak ke rumah asuhan. Lagi-lagi apabila sudah banyak sangat berita mengenai kisah anak yang didera di rumah asuhan dan kecuaian pengasuh sehingga anak cedera. Minta dijauhkanlah daripada berita-berita begini.

Buat ibu yang baru pertama kali nak hantar anak ke rumah pengasuh, sememangnya berita-berita ini sangat menakutkan. Mulalah si ibu rasa resah gelisah. Tapi tidak mengapa ibu, kami akan kongsikan beberapa tips persediaan penting yang anda perlu tahu sebelum hantar anak anda ke rumah pengasuh. 

Tips persediaan penting sebelum ibu hantar anak ke rumah pengasuh

Kredit: Pexels

Ibu bapa boleh menyediakan anak sebelum anda menghantar anak anda ke rumah asuhan. Tips-tips ini boleh ibu bapa praktikkan terlebih dahulu sebelum menghantar anak anda. Tak adalah anak anda terkejut kan nanti? 

#1 Cuba ajar anak dengan tinggalkannya

Kredit: Pexels

Bunyi macam kejam tetapi tidak sebenarnya ibu! Meninggalkannya bukanlah bermakna anda tinggalkan sebegitu sahaja tetapi anda sebenarnya sedang mengajar anak anda untuk membiasakan diri bila anda tiada. Kalau tidak, 24 jam nak berkepit sahaja kan? Bagaimana nak hantar anak ke pusat jagaan tu kalau lagaknya dah macam tu. Alamatnya asyik menangis sahajalah nanti di rumah asuhan. Ibu pun mula risau. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh tinggalkan anak anda sekejap untuk dijaga oleh ayahnya ataupun mak ayah anda ke. Sebagai satu latihan untuk menyiapkan diri anak anda. Tak adalah anak anda tercari-cari anda jika berada di tempat baru.

#2 Bawa anak berjumpa dengan orang lain

Kredit: Pexels

Jika anak anda jarang bertemu dengan orang lain dan anda biasa tidak membawa anak anda ke mana-mana, besar kemungkinan anak anda tidak dapat bergaul dengan baik bersama orang lain. Macammana nak bergaul kan kalau anak anda takut dengan orang lain? Tak biasa pulak tu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan memberitahu anak anda bahawa anak anda akan mendapat kawan baru di taska atau di pusat jagaan kalau ada rakan-rakan sebaya dengannya. Bolehlah anak ada teman untuk bermain kalau tidak dekat rumah sunyi sahaja. Cuba bercerita dengan anak anda mengenai tempat baru. Anda kena beritahu anak anda awal-awal kalau tidak, susah anak anda nak terima. Kalau yang masih kecil lagi, mungkin anda boleh perlahan-lahan ceritakan.

#3 Lawat taska atau rumah pengasuh

Salah satu kesilapan yang ibu bapa buat adalah mereka tidak memeriksa terlebih dahulu taska atau rumah asuhan. Ini adalah perkara paling penting yang ibu bapa perlu tahu. Anda kena lihat dulu bagaimana keadaan tempat tersebut. Adakah ia nampak selamat? Berapa ramaikah budak jagaan dalam pusat asuhan dan adakah taska tersebut berdaftar? Apakah faktor keselamatan yang diambil oleh pihak pengasuh sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Masa inilah anda kena rujuk juga dengan jiran-jiran terdekat dan tanyakan bahawa adakah pusat satu rumah asuhan ini okey untuk anak anda. 

Cuba baca tips untuk cari pengasuh disini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga:  Ibu Dah Mula Kerja? Checklist Cari Pengasuh Anak, #7 Ramai Selalu Terlepas Pandang!

#4 Buat lawatan mengejut

Ibu bapa mesti tertanya-tanya apa beza poin nombor 3 dengan nombor 4 ini. Apabila anda sudah melawat ke rumah asuhan atau taska, apa kata anda datang lagi sekali lagi. Tapi, kali ini anda datang tanpa membuat temu janji. Kira lawatan mengejutlah. Tujuannya satu sahaja iaitu kita nak lihat perbezaan. Ada beza tak rumah asuhan ini dengan taska sewaktu anda datang masa temu janji dan sewaktu tiada temu janji. Kalau beza sangat tu dan anda rasa seperti ketara sangat seperti rumah jadi bersepah teruk dan anak asuhan tidak terurus, anda sendiri boleh pilih sama ada nak pilih mereka atau tidak. 

#5 Persediaan barangan anak

Selepas anda sudah memilih rumah asuhan yang anda rasakan bersesuaian, bolehlah anda menyiapkan keperluan anak anda secukupnya sebelum anda hantar anak anda ke rumah asuhan. Selain itu, apa yang anda boleh lakukan adalah anda boleh berbincang dengan penjaga mengenai keperluan anak anda. Anak kan berbeza-beza keperluannya? Jadi, bila anda bincang dengan pengasuh terlebih dahulu, penjaga anak anda akan lebih bersedia untuk memenuhi keperluan anak anda.

#6 Jalin hubungan baik dengan pengasuh

Pastikan anda menjalinkan hubungan baik dengan pusat jagaan dan jangan lupa minta nombor telefon mereka untuk membincangkan mengenai perihal anak. Pengasuhlah yang akan menjaga anak anda sepanjang ketiadaan anda. Jadi pastikan anda sentiasa berhubung dan berbaik-baik dengan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Ceritasihat dan AdilahIsmail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman