Apabila pasangan mula bercakap soal kahwin, salah satu perkara penting untuk difikirkan adalah hantaran kahwin. Ia bukanlah wajib tetapi sudah menjadi adat istiadat orang kita yang dianggap sebagai simbolik tanda terima kasih kepada satu sama lain.
Biasanya, ia bergantung kepada apa yang bakal pengantin inginkan untuk dijadikan sebagai barang hantaran. Tetapi, agak rambang mata sebenarnya ya untuk kita pilih barang apakah yang sesuai dan menarik untuk diletakkan di atas dulang hantaran.
Lebih-lebih lagi apabila pihak lelaki yang menyerahkan segalanya kepada bakal isteri untuk memilih barangan tersebut. Pasti pening kepala dibuatnya!
Jika anda masih tidak tahu apa yang patut diberikan kepada pasangan, kami kongsikan beberapa contoh untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin.
Isi Kandungan
Tips Pemilihan Barang Hantaran Kahwin
Terdapat jumlah yang ditetapkan atas budi bicara keluarga sekadar untuk menyerikan lagi majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selalunya, pertukaran dulang hantaran ialah ganjil dibalas ganjil.
Pihak lelaki akan memberikan hantaran dalam nombor ganjil dan dibalas lebih 2 dulang dari pihak lelaki. Sebaiknya buat satu senarai ringkas barang untuk dikongsikan dengan pasangan supaya boleh mencapai kata sepakat.
Ia juga bagi mengelakkan anda tidak tersalah pilih dan tiada satu pun yang tertinggal. Kesilapan memilih hantaran kahwin hanya akan membuatkan majlis nampak serabut dan lari dari tema yang dirancang.
Berikut ialah cara pemilihan barang hantaran kahwin yang bagus untuk anda jadikan sebagai panduan.
1. Bajet hantaran
Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu menentukan berapa bajet paling maksimum untuk membeli barang hantaran. Dari situ, anda boleh berbelanja mengikut perancangan supaya peruntukan untuk perkara lain tidak lari.
Ambil kira juga faktor lain seperti pembelian atau sewa dulang, caj gubahan dulang dan barang untuk diletakkan atas hantaran.
2. Saiz & Jenis dulang
Pemilihan jenis dulang perlulah mengikut konsep perkahwinan supaya tidak lari dengan tema yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika tema yang dipilih adalah ala inggeris, sudah pasti pelamin dihiasi dengan bunga-bungaan seperti dalam taman dengan pengantin berpakaian kot dan gaun labuh.
Jadi, dulang jenis kaca merupakan pilihan yang paling sesuai selari dengan tema perkahwinan yang moden. Begitu juga dengan saiz dulang yang dipilih sebaiknya bersesuaian dengan saiz barang hantaran supaya terletak elok.
Lebih menarik jika anda dapat memilih saiz dan jenis dulang yang sama untuk semua hantaran kahwin, lagi nampak grand.
3. Pilih tema warna
Jangan gabungkan terlalu banyak warna untuk barang hantaran. Pilih 1-3 warna sahaja yang supaya barang hantaran tidak nampak berserabut dan lari dari tema majlis.
Jadi, elakkan buat kejutan untuk pasangan dengan memberikan barang yang mungkin tidak digunakan selepas berkahwin nanti.
4. Tetapkan jumlah hantaran
Kalau boleh elakkan letak terlalu banyak dulang hantaran kerana nanti anda terpaksa perlukan khidmat ‘dulang girls’ yang terlalu ramai.
Sekiranya mereka ditanggung, maka bertambahlah juga bajet yang perlu anda belanjakan nanti.
8 Idea Barang Hantaran Kahwin Untuk Bakal Pengantin
Lagi lama berfikir lagi buntu untuk membuat pemilihan barang sedangkan masa sedang berjalan. Di sini ada beberapa cadangan idea untuk hantaran kahwin yang praktikal dan sesuai untuk djadikan barang hantaran untuk bakal pengantin, tidak kira lelaki atau perempuan.
WISHDOIT Couple Watch Set
Terbaik Tanda Ingatan
|
Beli di Shopee |
ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant
Terbaik Set Wangian
|
Beli di Shopee |
Qalyma Al-Quran
Terbaik Dengan Ukiran Nama
|
Beli di Shopee |
Paris & Classic Handbag
Terbaik Untuk Kegunaan Harian
|
Beli di Shopee |
Al-Iman Sejadah Premium
Terbaik Alas Untuk Solat
|
Beli di Shopee |
GoPro Hero 10 Black
Terbaik Gajet Elektronik
|
Beli di Shopee |
BAD LAB Personal Care Set
Terbaik Untuk Set Penjagaan Diri
|
Beli di Shopee |
Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas
Terbaik Untuk Dibawa Solat
|
Beli di Shopee |
WISHDOIT Couple Watch Set
Hantaran Kahwin Terbaik Tanda Ingatan
Hantaran jam tangan mungkin kedengaran biasa tetapi pasti jadi lebih menarik jika anda padankan jam tangan yang sama dengan pasangan. Ia bukan sahaja berguna untuk menunjukkan masa, malah sebagai simbolik tanda mengingati masa dan waktu yang diluangkan bersama.
Jam tangan dari WISHDOIT ini boleh menjadi pilihan anda kerana dilengkapi dengan fungsi kalendar dan rekaannya yang kelihatan sama seperti jenama terkemuka. Sesuai dijadikan sebagai aksesori tambahan buat pasangan yang suka bergaya tetapi tetap tampil elegan dan sofistikated.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat dari bahan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi.
- Tahan lasak dan tak mudah rosak.
- Pelbagai pilihan warna yang menarik seperti biru, putih dan hitam dengan salutan emas dan perak.
- Datang dengan satu set dengan dua utas tangan untuk lelaki dan perempuan.
ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant
Hantaran Kahwin Terbaik Set Wangian
Tak lengkap hantaran jika tanpa set wangian. Pasti berbunga-bunga hati isteri jika anda hadiahkan menjelang hari bahagia. Apatah lagi jika dapat satu set lengkap dari jenama terkemuka seperti Elianto.
Set wangian ini mengandungi deadorant dan didatangkan dengan minyak wangi yang bersaiz mini dan besar. Ia mempunyai haruman vanila dan citrus dengan campuran buah-buahan yang lain seperti strawberi, peach, grapefruit dan beri.
Bukan hanya perempuan, Elianto juga mempunyai rangkaian set wangian untuk lelaki, Eros dengan bauan woody untuk elemen tarikan maskulin yang luar biasa.
Apa yang kami suka?
- Didatangkan dengan set rangkaian untuk lelaki dan perempuan.
- Harga yang mampu milik.
- Boleh pakai lama.
- Bau tahan sehingga 8 jam pemakaian.
Qalyma Al-Quran
Hantaran Kahwin Terbaik Dengan Ukiran Nama
Dulang hantaran pasti menjadi lebih menarik dengan adanya senaskah al-Quran. Set Al-Quran Qalyma ini mempunyai ukiran nama laser yang menjadikan barang hantaran tampak lebih menarik & eksklusif.
Selain itu, setiap pembelian ukir nama atau tagging akan dapat percuma kotak khas, jadi anda tidak perlulah berhias berlebih-lebihan.Hanya letakkan pada dulang sudah terlihat cantik.
Apa yang kami suka?
- Terdapat pelbagai pilihan warna menarik.
- Engrave nama pasangan.
- Lengkap dengan terjemahan memudahkan pasangan untuk mengaji.
- Corak minimalis dan reka bentuk simple sesuai dengan mana-mana tema majlis.
Paris & Classic Handbag
Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Kegunaan Harian
Untuk hantaran kahwin perempuan, hadiahkan pasangan anda dengan seutas beg tangan yang comel Paris & Classic. Dengan rekaan minimalis, beg tangan ini akan menyerlahkan gaya feminis si pemakai.
Beg tangan ini juga antara jenama yang sering menjadi pilihan pengantin kerana saiznya yang muat elok sahaja pada dulang hantaran. Jangan cari beg tangan yang terlalu besar atau terlalu berat untuk mengelakkan dulang hantaran tidak seimbang dan tenggelam.
Apa yang kami suka?
- Pelbagai warna dengan rona lembut dan warna earth-tone.
- Harga yang murah
- Mudah digayakan dengan apa-apa jenis pakaian.
- Sesuai untuk dijadikan hantaran kahwin.
Al-Iman Sejadah Premium
Hantaran Kahwin Terbaik Alas Untuk Solat
Satu lagi barang yang wajib diletakkan pada hantaran kahwin lelaki mahupun perempuan ialah sejadah. Sebagai pasangan muslim, sudah tentunya anda akan menggunakan sejadah sebagai alas untuk solat.
Tidak salah sekiranya gantikan sejadah yang sedia ada dengan sejadah yang baharu untuk digunakan bersama pasangan dengan solat berjemaah.
Sejadah tenun ini siap dengan bekas cantik dan unik ini, menjadikan dulang hantaran lebih eksklusif dan tersusun. Anda boleh pilih sama ada ingin menggubah sejadah yang lembut ini atau biarkan begitu sahaja.
Apa yang kami suka?
- 6 pilihan warna menarik
- Kain lembut dan mudah digubah
- Boleh basuh mesin dan ringan
- Sesuai untuk bawa travel
GoPro Hero 10 Black
Hantaran Kahwin Terbaik Gajet Elektronik
Bakal pasangan suka ambil video dan merakamkan momen yang manis bersama, tak rugi jika tambahkan GoPro 10 Black dalam dulang hantaran. Kamera aksi kini bukan sekadar untuk rakaman aktiviti lasak, malah sesuai untuk kegunaan harian.
Ia membolehkan anda membuat gambar untuk vlog dan penggunaan yang serupa dengannya. Dengan penstabilan gambar digital Hyper Smooth 4.0 menghasilkan video yang lebih smooth dan stabil tanpa gimbal.
Apa yang kami suka?
- Dilengkapi sensor 23-Megapixel , merakam video berkualiti tinggi dengan resolusi 5.3K 60FPS atau 4K 120FPS
- Kalis air dengan kedalaman mencapai 10 meter.
- Kawalan menggunakan arahan suara dan skrin sesentuh
- Kapasiti bateri 1720mAh tahan lama untuk jangka masa panjang dengan sekali cas.
BAD LAB Personal Care Set
Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Set Penjagaan Diri
Inilah peluang untuk anda hadiahkan kepada si dia set penjagaan diri BAD LAB, jenama penjagaan lelaki yang menawarkan pelbagai produk dari atas hingga bawah. Antara produk yang turut disediakan dalam set ini adalah pencuci muka, syampu rambut dan sabun badan, deadoran, syampu dan krim pencukur.
Apa yang kami suka?
- Harga yang berpatutan.
- Jenama yang dipercayai.
- Memberikan bau maskulin.
Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas
Hantaran Kahwin Terbaik Untuk Dibawa Solat
Jangan lupa juga letakkan telekung Siti Khadijah signature Sari Mas untuk hantaran kahwin nanti. Menggunakan renda kapas poli kebar berkualiti tinggi dengan corak yang diilhamkan daripada manuskrip Melayu kuno sekitar tahun 1850 an.
Selain mudah didapati, telekung juga mudah digubah dan selesa dipakai untuk beribadah.
Terdapat pelbagai pilihan warna telekung untuk dipilih, tetapi untuk hantaran kahwin kami syorkan supaya anda memilih warna putih yang melambangkan kesucian dan keharmonian rumah tangga yang bakal dibina.
Ada banyak material untuk dipilih, untuk jenama ini langsung tidak pernah mengecewakan si pemakai kerana materialnya yang sejuk dan selesa untuk dipakai lama.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat dari bahan asas poplin.
- Tahan lama dan kedutan.
- Material yang sejuk dan rekaan minimalis.
- Mempunyai penutup dagu lycra sesuai untuk semua jenis muka.
Perbandingan Harga Barang Hantaran Kahwin
Jenama | Harga |
WISHDOIT Couple Watch Set | RM 62.50 |
ELIANTO Vanilla Sugar & Gentleman EDP Perfumed Deodorant | RM 170.00 |
Qalyma Al-Quran | RM 189.00 |
Paris & Classic Handbag | RM 59.90 |
Al-Iman Sejadah Premium | RM 24.00 |
GoPro Hero 10 Black | RM 1,299.00 |
BAD LAB Personal Care Set | RM 95.00 |
Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas | RM 160.00 |
Tips Jimat Bajet Perkahwinan
1. Tetapkan jumlah tetamu
Pastikan tiga bulan sebelum majlis berlangsung, tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda boleh merancang bajet perkahwinan dengan baik.
Apabila anda sudah tetapkan bilangan dan senaraikan nama tetamu, anda dapat mengira bajet unutk makanan, doorgift, kad kahwin dan lain-lain.
2. Sewa pakaian lebih baik dari menempah pakaian baru
Daripada menempah yang baru, lebih baik anda mengambil khidmat menyewa pakaian yang lebih murah. Selain menjimatkan kos, anda juga tidak perlu berbelanja lebih untuk perkara yang hanya digunakan dalam satu hari sahaja.
Anda juga boleh memilih untuk menyewa pakaian yang baru secara terus melalui butik perkahwinan. Pastinya rekaan tersebut masih mengikuti trend semasa.
3. Majlis nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama.
Untuk menjimatkan kos, anda boleh melakukan akad nikah pada waktu pagi dan persandingan pada waktu tengah hari.
Sekrang pun sudah jadi trend yang mana pengantin mengadakan majlis persandingan pada belah malam kerana suasana yang lebih romantik dan masa yang lebih panjang untuk meraikan hari terindah anda dan pasangan.
Diharapkan semoga artikel ini membantu anda sedikit sebanyak dalam mempersiapkan majlis perkahwinan yang tidak lama lagi.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kahwin tanpa hantaran, lelaki ini kongsi kisahnya yang amat mengharukan
Baca juga: Tak Tahu Nak Bagi Apa Untuk Ibu? Ini 5 Idea Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu!
Baca juga: Hari Jadi Suami Semakin Dekat, Nak Belikan Dia Hadiah Apa Ya?
Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.