Jika anda memiliki kenderaan bermotor seperti motosikal atau kereta, anda mesti mempunyai lesen memandu. Lesen memandu itu sendiri mempunyai tempoh sah, di mana apabila tempoh sah tamat tempoh anda wajib memperbaharuinya dengan segera mengikut harga renew lesen memandu terbaru.
Tempoh kesahan lesen memandu itu disesuaikan dengan hari lahir pemilik dan tempoh memperbaharui lesen memandu hanya dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.
Maklumat bagi harga dan dokumen yang diperlukan bagi memperbaharui lesen memandu adalah seperti berikut :
Harga Renew Lesen Kereta Terkini
• 1 tahun – RM30
• 2 tahun – RM60
• 3 tahun – RM90
• 4 tahun – RM120
• 5 tahun – RM150
Harga Renew Lesen Motosikal Terkini
• 1 tahun – RM20
• 2 tahun – RM40
Harga untuk urusan perbaharuan lesen memandu bagi kategori lain-lain adalah seperti berikut :
Cara Renew Lesen Secara Walk In Di JPJ, Pejabat Pos Dan UTC
Cara Renew Lesen Memandu Secara Walk-In
- Hadir ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan.
- Sila bawa MyKad/Pasport asal dan lesen memandu asal/salinan dan sediakan wang secukupnya mengikut tempoh yang diinginkan. Buat individu yang baru pertama kali perbaharui lesen, anda perlulah bawa slip lesen bersama.
Cara Perbaharui Lesen Online Melalui MySikap
Pengguna perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu untuk melakukan urusan atas talian di MySikap. Cara mendaftar adalah seperti berikut:
1. Layari laman web Mysikap di portal MySikap . Tekan pada Log Masuk Kali Pertama untuk daftar akaun.
2. Isi semua maklumat yang diperlukan bertanda * dan masukkan kod sekuriti yang diberikan.
3. Semak semua maklumat dan pastikan betul. Kemudian, ‘tick’ pada kotak pengesahan dan tekan butang Hantar.
4. Satu mesej akan dikeluarkan. Pilih Ya.
5. Setelah pendaftaran akaun berjaya, anda akan diberikan kata laluan pertama ke e-mel
Nota: Kata laluan yang diberkan hanya sah untuk 7 hari sahaja. Jika melepasi tempoh, anda perlulah daftar semula.
Cara Renew Lesen Di MyEG
1. Untuk mulakan, klik pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
2. Kemudian tekan pula pada Baharui Lesen Memandu
3. Isikan maklumat selengkapnya.
4. Buat pembayaran secara online.
5. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar.
Denda Lewat Renew Lesen Memandu
Bermula 1 Januari 2022, jika masih ingkar di mana bagi kesalahan lesen memandu yang telah tamat tempoh akan kena denda dan saman seperti di bawah:
- Melebihi tempoh antara 1 – 15 HARI : Saman RM70
- Melebihi tempoh antara 16 hingga 30 HARI : Saman RM120
- Melebihi tempoh antara 31 – 60 HARI : Saman RM150
Lesen memandu adalah bukti pendaftaran dan pengenalan yang diberikan oleh JPJ kepada seseorang yang telah memenuhi keperluan pentadbiran, secara fizikal dan mental, memahami peraturan lalu lintas dan mahir memandu kenderaan bermotor.
Oleh itu, lesen memandu sangat penting. Untuk mengelakkan saman polis dan menenangkan anda ketika memandu kenderaan, sila segera renew lesen memandu anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Ibu Ini Kongsi Tips Memandu Sendirian Jarak Jauh Bersama 2 Anak-Anak Kecilnya, Hebat Betul!
Baca juga : Bila Lakukan Perjalanan Jauh, Ibu Hamil Harus Elak Meriba Anak&Perlu Kerap Ubah Posisi Duduk
Baca juga : 10 Tips Untuk Perjalanan Jauh Dengan Kereta Bersama Kanak-Kanak