Hari Asyura 2024: Kelebihan Hari Asyura, Tarikh & Puasa Hari Asyura

Hari Asyura 2024 semakin dekat dan ini merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu bagi menyambut hari penuh berkah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia. Pada hari ini, Rasulullah SAW bakal berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali sebagai puasa Asyura sebagai amalan sunatnya. Mari kita berkenalan dengan Hari Asyura dengan lebih mendalam.

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalender Islam dan ia sangat istimewa dalam agama Islam. Antara kelebihan bulan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, Rasulullah SAW turut menyebut bulan Muharram ketika menjelaskan empat bulan haram. Baginda bersabda:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

Riwayat al-Bukhari (184)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan dua ayat di atas, ia menunjukkan bulan Muharram merupakan bulan mulia kerana ia termasuk dalam empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan berkenaan. Amalan soleh pada bulan-bulan haram juga sangat besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga menjadi lebih besar.

Tarikh Hari Asyura & Jadual Puasa Sunat Bulan Muharam 1445H / 2024

Umat Islam amatlah digalakkan utnuk berpuasa pada bulan ini kerana ia merupakan awal tahun Hijriah. Oleh itu, amat digalakkan untuk membuka tahun baru ini dengan amalan yang paling utama iaitu berpuasa.

Bagi tahun 2024, tarikh Hari Asyura  dan Hari Tasu’a adalah seperti berikut:

  • Puasa Tasu’a: 9 Muharram (17 Julai 2024 – Rabu)
  • Puasa Asyura: 10 Muharram (18 Julai 2024 – Khamis)
  • Puasa Hari Putih: 13, 14, 15 Muharram (21,22 & 23 Julai 2024)

1. Galakan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharam)

Disunatkan untuk umat Islam berpuasa pada 9 Muharram atau 11 Muharram berserta dengan puasa Hari Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa Asyura, lalu baginda bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.

Riwayat Muslim (1162)

2. Galakan Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

Abdullah bin Abbas RA meriwayatkan:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada  Hari Asyura dan menyuruh umat Islam berpuasa pada  Hari Asyura, para sahabat berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Kristian. Rasulullah SAW pun bersabda: Tahun depan, insya-Allah kita akan berpuasa pada hari ke-9 bulan Muharram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibn Abbas berkata: Tetapi pada tahun berikutnya, Rasulullah SAW telah wafat.

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1134)

Contoh Amalan Sunat Hari Asyura

1. Memperbanyakkan Doa

Hari Asyura merupakan hari yang banyak peristiwa penting berlaku pada nabi terdahulu yang diselamatkan Allah SWT. Antaranya ialah:

  • Nabi Nuh a.s dan pengikutnya diselamatkan daripada banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah SWT dari api Raja Namrud
  • Nabi Ayu a.s. disembuhkan dari penyakitnya
  • Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelah Laut Merah

2. Berpuasa Sunat

Rasulullah SAW pernah bersabda: Dan puasa di Hari Asyura saya berharap kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. (HR Muslim)

3. Sedekah

Amalan lain yang boleh dilakukan adalah bersedekah di hari Asryua. Dari hadis Abi Said Al-Khudhri, Rasulullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Siapa yang meluaskan belanja kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan atasnya belanja selama setahun”

Niat Puasa Asyura & Tasu’a 2024

1. Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ التَسُوعَاءِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu souma ghodin  ‘an ada i sunnati tasu’a i lillahi ta’ala

Maksud: Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.

2. Niat Puasa Hari Asyura (20 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ عَاشُورَاء لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu souma ghodin ‘an ada i sunnati ‘asyura lillahi ta’ala

Maksud: Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.

Adakah Puasa 10 Muharram Perlu Disertai Dengan Hari Selepasnya? – Pejabat Mufti WP

Perintah Supaya Menyelisihi Yahudi

Walaupun umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, namun kita turut diperintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum atau selepasnya. Ini bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Ini berdasarkan hadis riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صُومُوا  يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada  hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Riwayat Ahmad (2154)

Oleh itu, sebagai umat Islam jangan lepaskan peluang untuk menjalankan amalan sunat ini pada hari Asyura agar hidup lebih diberkati. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aurat Lelaki Terdedah Ketika Solat Kerana Baju Terselak Bila Sujud Atau Rukuk, Sah Tak Ibadah?

Baca juga: Surah Yusuf Ayat 4 – Doa Penyeri Wajah, Elok Wanita Amalkan Lebih Manis Dan Bertambah Seri

Baca juga: Cara Solat Sunat Istiqa: Niat Dan Panduan Doa Minta Hujan

Penulis

Anis