X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

18 Jul, 2023
Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Awal Muharram menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam.

Awal Muharram menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.

Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang. Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Amalan Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun

Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. Hukum berdoa ini seperti disebut ulama, ia termasuk sebagai perintah Allah SWT dan ia tidak ditentukan masa untuk melaksanakannya.

Maka, dalam persoalan boleh atau tidak membaca doa akhir dan awal tahun, ia tidak menjadi masalah walaupun bukan amalan Rasulullah SAW. Adalah lebih baik doa ini dibaca dan dihayati bersama dengan kefahaman kita terhadap takwim serta amalan hijrah itu sendiri.

Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah berserta penerangan waktu untuk mula membaca doa tersebut.

Doa Akhir Tahun 1444H

Doa Akhir Tahun 1444H Doa akhir tahun (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444 Hijrah bersamaan 18 Julai 2023 Masihi (Selasa)

Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Doa Awal Tahun 1444H

Doa awal tahun (1445H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1444 bersamaan 18 Julai 2023 (malam 1 Muharram 1445H)

Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Amalan Berpuasa Sunat Pada Bulan Muharram

Kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat pada bulan mulia ini kerana sebaik-sebaik puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, solat apakah yang paling utama setelah solat maktubah (wajib)? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadan? Maka Baginda menjawab: Sebaik-baik solat setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada sepertiga akhir malam dan sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadan adalah puasa di bulan Muharam.
(HR Muslim, hadis sahih)

Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharram ialah:

1. Puasa sunat Isnin dan Khamis

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”
(HR Tirmizi, hadis hasan gharib)

2. Puasa Sunat Tasu’a

Puasa Tasu’a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis’ah) yang bermaksud sembilan. Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharram).”
(HR Muslim, hadis sahih)

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana Allah Ta’ala”.

3. Puasa Sunat Asyura

Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu عَشَرَة (‘asyarah) yang bermaksud sepuluh. Hari Asyura adalah hari yang ke sepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.

Pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari tersebut. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Lafaz Niat Puasa Asyura
نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari ‘Asyura pada besok hari kerana Allah Taala”.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan

4. Puasa Sunat Hari Putih (AYYAMUL BIDH)

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun”.
(HR Abu Daud, hadis sahih)

Lafaz Puasa Sunat Ayyamul Bidh
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

Sinarplus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hukum Potong Kuku Ketika Haid Dalam Islam, Dibenarkan Atau Tidak?

Baca juga : Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

Baca juga : 7 cara membahagiakan isteri seperti dibuat Rasulullah, kan best jika suami ikut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham