X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ayah Yang Menarik & Bermakna Sempena Hari Bapa

3 min bacaan
Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ayah Yang Menarik & Bermakna Sempena Hari Bapa

Hari Bapa bakal disambut 16 Jun ini. Buntu nak belikan hadiah apa kami senaraikan jenis-jenis hadiah untuk ayah yang simple tetapi bermakna.

Hari Ibu sering kali diraikan dengan penuh meriah, namun ramai yang terlupa akan Hari Bapa yang bakal tiba tidak lama lagi. Berikut adalah jenis-jenis hadiah untuk ayah yang boleh diberikan untuk mengenang jasa dan pengorbanannya selama ini.

Hari Bapa Beri Kejutan Melalui Hadiah Untuk Ayah Tersayang

Berikut adalah senarai hadiah yang sesuai dan bermakna untuk ayah sempena Hari Bapa:

1. Jam Tangan

 Jam tangan adalah hadiah yang klasik dan berguna.

Pilih jam yang sesuai dengan gaya dan keperibadian ayah anda untuk menjadikan Hari Bapa lebih bermakna dan istimewa.

2. Telefon Pintar

 Jika anda mempunyai bajet besar, apa salahnya sekali-sekala buat kejutan dengan memberikan ayah hadiah berupa telefon pintar, tablet, atau alat elektronik lain yang mungkin diperlukan atau diinginkan oleh ayah yang sentiasa berhubung dengan teknologi.

3. Dompet

Sesetengah ayah tidak merasakan bahawa menukar dompet adalah satu keperluan. Kalau boleh, belikan ayah dompet yang berkualiti tinggi supaya tahan lama dan tahan lasak.

4. Smartwatch

Mungkin pilihan jam pintar atau Smartwatch adalah pilihan yang tepat supaya ayah boleh memantau tahap kesihatannya seperti tekanan darah, jantung, mod bersenam dan sebagainya.

5. Tali Pinggang

Tali pinggang kulit atau tali pinggang berkualiti tinggi adalah hadiah untuk ayah yang menarik dan bergaya.

Ia bukan sekadar mengetatkan seluar tetapi lebih kepada pelengkap gaya.

6. Helmet Motor

Helmet motor adalah hadiah yang penting untuk keselamatan ayah jika ayah kerap menunggang motosikal berbanding kereta.

Anda lebih rasa selamat dan tidak lagi risaukan tentang keselamatan ayah ketika di jalan raya.

7. Set Memancing

Set memancing lengkap adalah hadiah yang ideal untuk ayah yang suka memancing di masa lapang. Ops, rahsiakan dari pengetahuan ibu, ya.

8. Peralatan BBQ

Jika ayah anda suka memasak atau memanggang, peralatan memasak atau set barbeku yang berkualiti adalah pilihan yang baik.

9. Buku

 Pilih buku dengan topik yang diminati ayah, seperti biografi, buku motivasi, novel, atau buku berkaitan hobi.

10. Minyak Wangi

Bukan sahaja ibu sukakan barang wangian, ayah turut tidak terkecuali. Hadiahkan ayah tersayang dengan minyak wangi kesukaannya.

Haruman yang tahan lebih lama dan bau yang maskulin pasti disukainya.

Hadiah yang diberikan tidak perlulah mahal tetapi cukuplah ia bermakna. Sebagai anak, jangan biarkan Hari Bapa berlalu tanpa mengingati jasa dan pengorbanan mereka.

Jom kita raikan Hari Bapa dengan penuh rasa cinta dan terima kasih, sama seperti kita meraikan Hari Ibu.

Dengan cara ini, kita dapat memastikan bahawa kedua-dua ibu dan bapa dihargai dan dikenang dengan setara.

eCentral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayah Sentiasa Menjadi HERO Kepada Anak, Hargailah Dia Selagi Masih Ada

Baca juga: Hari Bapa Bakal Tiba, Cipta Kejutan Dengan Hadiah Dari Dyson Ini, Si Ayah Pasti Suka!

Baca juga: Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Acara
  • /
  • Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ayah Yang Menarik & Bermakna Sempena Hari Bapa
Kongsikan:
  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

  • 20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

    20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

  • Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

    Pantun Hari Raya 2025 - Koleksi Pantu Kreatif Untuk Dikongsikan Bersama Rakan & Keluarga

  • Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

    Ucapan Hari Lahir Dalam Islam (Sanah Helwah) Yang Indah Dan Bermakna

  • 20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

    20 Hadiah Krismas Untuk Menambat Hati Orang Tersayang, Mereka Pasti Suka!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham