TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tarikh Hari Ibu 2024 Dah Dekat, Ini Apa Anda Boleh Lakukan Buat Insan Kuat Ini

4 min bacaan
Tarikh Hari Ibu 2024 Dah Dekat, Ini Apa Anda Boleh Lakukan Buat Insan Kuat Ini

Tarikh Hari Ibu 2024 dah dekat! Dah rancang ke nak bagi apa kepada ibu atau pasangan anda sempena hari istimewa ini?

Tarikh Hari Ibu 2024 sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 12 Mei. Dah rancang ke nak bagi apa kepada ibu atau pasangan anda sempena hari istimewa ini? Jangan risau, hari ini kami akan kongsikan bagaimana anda boleh buatkan Hari Ibu lebih istimewa!

▲▼Isi Kandungan

  • Tip Dari Orang Dalam: Tak Buat Keputusan, Tak Buat Perancangan 
  • Mudahkan Hari Istimewa Mereka!
  • Sediakan Semua Barang
  • Berikan Hadiah Mudah: Kad Dan Bunga
  • Pandangan Dari Para Ibu
  • Sentuhan Terakhir: Sediakan Bunga Dengan Betul

Tip Dari Orang Dalam: Tak Buat Keputusan, Tak Buat Perancangan 

Sebenarnya jawapan untuk soalan apakah hadiah yang paling diingini oleh seorang wanita bergelar ibu sudah ada di depan mata anda.

Mereka mahukan satu hari di mana mereka tidak perlu melakukan sebarang keputusan ataupun perancangan! Sedar atau tidak, seorang ibu merupakan insan yang terkuat kita pernah jumpa.

Lagi-lagi ibu yang turut bekerja sepenuh masa. Mereka perlu memastikan semua kerja di rumah dan di pejabat selesai dan pada masa yang sama kena pastikan juga pasangan dan anak-anak gembira.

Jadi para ibu memang perlukan masa di mana mereka tak perlu buat apa-apa keputusan atau perancangan untuk rehatkan minda mereka.

Mudahkan Hari Istimewa Mereka!

Kepada suami, ambil alih perancangan Hari Ibu! Jangan tanya apa yang isteri anda mahukan tapi rancang aktiviti hari istimewa ini sendiri.

Tak kisahlah anda nak bawa isteri anda ke zoo, berjalan bersama-sama, atau mengadakan piknik di taman, ambil alih dan rancang semuanya.

Selain daripada merehatkan minda isteri anda, ia juga akan membuatkan mereka rasa lebih dihargai bagi hari isitmewa ni.

Sediakan Semua Barang

Untuk jadikan Hari Ibu benar-benar tanpa stress kepada pasangan anda, lakukan semua persiapan barang seperti barangan anak anda, memasukkan barang ke dalam kereta dan juga menyediakan anak-anak anda.

Lakukan semua ini tanpa bantuan daripada isteri anda dan pastinya mereka akan dapat menikmati hari istimewa mereka ini tanpa perlu berasa tertekan.

Berikan Hadiah Mudah: Kad Dan Bunga

Apabila memikirkan tentang hadiah, berikan para ibu sesuatu yang ‘simple’ tapi bermakna dan ikhlas dari hati anda. Sebagai contoh, berikan mereka kad yang menyatakan rasa sayang anda dan ucapan terima kasih atas segala pengorbanannya serta sejambak bunga.

Sudah pasti, hadiah mudah seperti ini akan membuatkan para ibu untuk tersenyum. Para ibu tak akan lihat betapa mahalnya hadiah yang anda beri namun mereka akan melihat usaha dan keikhlasan anda dalam menyediakan hadiah itu.

Tarikh Hari Ibu 2024 Dah Dekat, Ini Apa Anda Boleh Lakukan Buat Insan Kuat Ini

Pandangan Dari Para Ibu

Tapi perlu kita ingat, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dalam apa jua sambutan istimewa buat mereka.

Mungkin ada ibu yang mahu anda selesaikan hal-hal di rumah tanpa bantuan mereka, namun ada juga yang mahukan masa bersendirian dan ada yang memilih untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

Apapun pilihan mereka, sebagai pasangan dan ahli keluarga anda perlu memahami kemahuan mereka dan pastikan anda rancang Hari Ibu mengikut hasrat mereka.

Sentuhan Terakhir: Sediakan Bunga Dengan Betul

Apabila bercakap tentang bunga, seorang wanita yang bergelar ibu pasti mempunyai citarasa sendiri apabila diberikan hadiah bunga.

Jadi, ambil sedikit masa untuk sediakan jambangan bunga dan letakkannya di dalam pasu untuk menambah sentuhan keanggunan tambahan kepada hadiah anda.

Lagipun, butiran kecil yang membuatkan Hari Ibu pasangan anda berbeza!

Jadi rancang Hari Ibu buat insan tersayang anda dari sekarang! Jangan bila Hari Ibu dah dekat, baru anda mahu sediakan rancangan.

Hari Ibu adalah hari di mana anda menunjukkan penghargaan buat ibu anda dan buatkan mereka rasa disayangi serta dihargai. Untuk tahun ini, lupakan rancangan untuk bawa ibu anda ke tempat restoran mewah atau sediakan hadiah-hadiah mahal.

Pilih untuk sambut hari istimewa ini dengan hadiah yang mudah dan ‘simple’ seperti yang kami tulis di atas dan fokus dengan apa yang lebih penting iaitu meluangkan masa bersama sebagai keluarga.

Semoga bermanfaat!

Penulis asal Matt Doctor. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Baca juga: 5 Perkara Yang Membatalkan Puasa Suami Isteri, Hati-Hati Jangan Sampai Bernafsu

Baca juga: Nak Kumpul Duit RM12,000 Dalam Masa Setahun Sahaja? Ini Caranya!

Baca juga: Kenali Apa Itu Swinger/ Swinging, Trend Tukar Pasangan Suka Sama Suka Untuk Puaskan Nafsu

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tarikh Hari Ibu 2024 Dah Dekat, Ini Apa Anda Boleh Lakukan Buat Insan Kuat Ini
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

powered by
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham