Bakal raja sehari tentunya mengimpikan majlis pernikahan dan resepsi yang cukup indah supaya dapat dijadikan kenangan paling manis dalam hidup mereka. Disebabkan ingin merealisasikan impian itu, ramai golongan anak muda ini akan mula lakukan apa sahaja cara simpan duit kahwin supaya majlis yang dinantikan itu berjalan lancar.
Namun, tak kurang juga yang ambil jalan pintas dengan berhutang semata-mata untuk membuat majlis yang gah dan gemilang, tapi akhirnya memakan diri sendiri. Ini kerana, lepas habis majlis, hutang tersebut perlu dibayar dan tentunya ia membebankan diri.
Ini rupanya cara simpan duit kahwin – mudah sahaja!
Sebenarnya, rugi kalau berhutang tapi apa kata anda ikut tips yang dikongsikan oleh seorang gadis bernama Shaa Ismail yang berjaya mengumpul hampir RM12,000 dalam masa setahun sebelum menjelang perkahwinannya.
Menurutnya, ada lima cara simpan duit kahwin yang dikongsikan dan ia boleh diguna pakai oleh mereka yang ingin menyimpan wang simpanan terutama mereka yang hendak mengadakan majlis besar seperti perkahwinan.
Namun, Shaa turut berpesan agar majlis yang diadakan itu mengikut kemampuan masing-masing. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.
Formula cara simpan duit kahwin menurut Shaa Ismail
Ini cara dan formula yang dilakukan Shaa untuk mengumpul duit belanja perkahwinannya yang bermula 1 sehingga 30 haribulan pada setiap bulan. Wah, memang berdisiplin sungguh dia kumpul duit. Sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk kita, kan?
- 1hb -RM1
- 2hb -RM2
- 3hb -RM3
- 4hb -RM4
- 5hb -RM5
- 6hb -RM6
- 7hb -RM7
- 8hb -RM8
- 9hb -RM9
- 10hb -RM10
- Buat sampai 30hb -RM30
Cara simpan duit kahwin 1:
Total 1 hari bulan RM 1, 2 haribulan RM 2, 3 hari Bulan RM 3, sampai 30 haribulan akan dapat RM 465 seorang. Kalau pasangan kita pun buat yang sama × 2 dapat RM 930.00 sebulan.
Andai kata ada 31 haribulan buat sampai 31 haribulan jadi total RM 496 seorang kalau campur pasangan kita, RM 992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM 11,904.00.
Cara 2:
1 haribulan RM 2, 2 haribulan RM 2, 3 haribulan RM 2, buat dari 1 haribulan sampai 30 haribulan ada RM 60.00, kalau pasangan kita buat sekali total RM 120 sebulan, RM 120 x 12 bulan boleh dapat RM 1,440 setahun.
Cara 3:
1 haribulan letak RM 30, 2 haribulan letak RM 29, 3 haribulan letak RM 28. Amaun yang sama dengan cara 1, cuma cara terbalik.
Cara 4:
1 haribulan RM 1, 2 haribulan RM 1, 3 haribulan RM 1, buat sampai 30 haribulan dapat RM 30.00. Kalau buat dengan pasangan dapat RM 60.00 sebulan × 12 bulan dapat RM 720.00.
Cara 5:
Kalau mampu letak sekepuk (penuh) bagi pada pasangan untuk simpan. Kalau macam Shaa ada rumah sewa kena bayar, ada motor kena bayar, Shaa simpan sikit-sikit.
Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang. Jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung. Kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik. Cara menyimpan ni Shaa dapat sebab selalu boros.
Then memang habis je duit dalam bank. So cara macam ni simpan dalam tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit. Satu untuk belanja harian, satu untuk simpanan.
Menurutnya lagi, gaji yang diperolehi setiap bulan adalah dua minggu sekali. Manakala suaminya pula pada hujung bulan jadi dia akan bagi penuh pada waktu tersebut.
Bahkan, dia turut memasukkan sejumlah wang simpannya ke dalam Tabung Haji. Baginya, simpanan di Tabung Haji adalah terbaik kerana menggunakan buku jadi tidaklah kita “gatai tangan” nak pergi ambil duit.
Duit tabungan ini adalah lebih baik perempuan yang pegang. Sementara lelaki pula monitor sahaja.
Kesimpulannya, siapa cakap nak kahwin ini susah sebab poket kosong? Asalkan anda berdisiplin, sahut cabaran dan berjimat cermat untuk kumpul duit kahwin. Cara simpan duit kahwin ada pelbagai, semuanya bergantung kepada usaha dan tahap kesabaran anda.
Ha, bukan untuk majlis kahwin saja tapi untuk anda yang sudah ada anak pun boleh guna kaedah ini bagi menampung perbelanjaan keluarga, membeli keperluan diri, isteri dan anak-anak.
Apapun, diharap perkongsian ini membantu anda yang bakal berkahwin tak lama lagi. Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Saja ‘Halal’, Ini 15 Sebab Mengapa Bersama Selepas Kahwin Lebih Baik
Baca juga: Ibu Ayah, Jom Sediakan Simpanan Untuk Anak Di Salah Satu Dari 5 Akaun Junior Ini!
Baca juga: Hikmah Perkahwinan Tanpa Anak, Ramai Suami Isteri Tetap Bahagia Meskipun Hidup Berdua
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!