Hari Ibu sering kali diraikan dengan penuh meriah, namun ramai yang terlupa akan Hari Bapa yang bakal tiba tidak lama lagi. Berikut adalah jenis-jenis hadiah untuk ayah yang boleh diberikan untuk mengenang jasa dan pengorbanannya selama ini.
Hari Bapa Beri Kejutan Melalui Hadiah Untuk Ayah Tersayang
Berikut adalah senarai hadiah yang sesuai dan bermakna untuk ayah sempena Hari Bapa:
1. Jam Tangan
Jam tangan adalah hadiah yang klasik dan berguna.
Pilih jam yang sesuai dengan gaya dan keperibadian ayah anda untuk menjadikan Hari Bapa lebih bermakna dan istimewa.
2. Telefon Pintar
Jika anda mempunyai bajet besar, apa salahnya sekali-sekala buat kejutan dengan memberikan ayah hadiah berupa telefon pintar, tablet, atau alat elektronik lain yang mungkin diperlukan atau diinginkan oleh ayah yang sentiasa berhubung dengan teknologi.
3. Dompet
Sesetengah ayah tidak merasakan bahawa menukar dompet adalah satu keperluan. Kalau boleh, belikan ayah dompet yang berkualiti tinggi supaya tahan lama dan tahan lasak.
4. Smartwatch
Mungkin pilihan jam pintar atau Smartwatch adalah pilihan yang tepat supaya ayah boleh memantau tahap kesihatannya seperti tekanan darah, jantung, mod bersenam dan sebagainya.
5. Tali Pinggang
Tali pinggang kulit atau tali pinggang berkualiti tinggi adalah hadiah untuk ayah yang menarik dan bergaya.
Ia bukan sekadar mengetatkan seluar tetapi lebih kepada pelengkap gaya.
6. Helmet Motor
Helmet motor adalah hadiah yang penting untuk keselamatan ayah jika ayah kerap menunggang motosikal berbanding kereta.
Anda lebih rasa selamat dan tidak lagi risaukan tentang keselamatan ayah ketika di jalan raya.
7. Set Memancing
Set memancing lengkap adalah hadiah yang ideal untuk ayah yang suka memancing di masa lapang. Ops, rahsiakan dari pengetahuan ibu, ya.
8. Peralatan BBQ
Jika ayah anda suka memasak atau memanggang, peralatan memasak atau set barbeku yang berkualiti adalah pilihan yang baik.
9. Buku
Pilih buku dengan topik yang diminati ayah, seperti biografi, buku motivasi, novel, atau buku berkaitan hobi.
10. Minyak Wangi
Bukan sahaja ibu sukakan barang wangian, ayah turut tidak terkecuali. Hadiahkan ayah tersayang dengan minyak wangi kesukaannya.
Haruman yang tahan lebih lama dan bau yang maskulin pasti disukainya.
Hadiah yang diberikan tidak perlulah mahal tetapi cukuplah ia bermakna. Sebagai anak, jangan biarkan Hari Bapa berlalu tanpa mengingati jasa dan pengorbanan mereka.
Jom kita raikan Hari Bapa dengan penuh rasa cinta dan terima kasih, sama seperti kita meraikan Hari Ibu.
Dengan cara ini, kita dapat memastikan bahawa kedua-dua ibu dan bapa dihargai dan dikenang dengan setara.
eCentral
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ayah Sentiasa Menjadi HERO Kepada Anak, Hargailah Dia Selagi Masih Ada
Baca juga: Hari Bapa Bakal Tiba, Cipta Kejutan Dengan Hadiah Dari Dyson Ini, Si Ayah Pasti Suka!
Baca juga: Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!