Selamat Hari Guru Buat Barisan Cikgu-cikgu! Ibu-ibu Ini Kongsi Hadiah Lucu Dan Menarik Untuk Pendidik Anak Di Sekolah

Sempena hari guru tahun ini, ibu siapakan apa untuk anak hadiahkan pada cikgu di sekolah? Ini hadiah lucu para ibu kongsi untuk hari guru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sempena hari guru pada hari ini, ibu-ibu siapkan apa untuk hadiah hari cikgu buat anak hadiahkan kepada guru sekolah? Boleh kata ramai juga barisan ibu yang excited berkongsi apa yang hadiah mereka siapkan untuk pendidik anak-anaknya sebagai tanda menghargai didikan cikgu itu.

Menerusi grup Kami Suri Rumah di Facebook, rata-rata boleh dilihat yang mana ramai ibu-ibu yang berkongsi gambar hadiah apa yang mereka berikan. Ada di antaranya yang berkongsi tentang kisah lama di mana zaman persekolahannya menghadiahkan guru-guru dengan sabun buku yang dibalut dengan surat khabar. Sangat mengimbas nostalgia zaman persekolahan dahulu!

Malah ada juga ibu-ibu yang meninggalkan komen kisah lucu tatkala masih di bangku sekolah semasa hari guru.

“Dulu mak kita keluarkan pinggan mangkuk dia cawan-cawan, sabun LUX buku yang panjang tu bagi cikgu seorang seketul Dari kecik sampai sekolah menengah. Dah masuk sekolah menengah ada tahun baru mak isi dalam paper beg pen-pen semua,” kongsi pengguna Facebook di dalam grup itu, Anna Othman. “Saya bagi pasu atau mangkuk kecil yang orang bagi kenduri kawin tu Mak saya suka simpan, sekali dengan bunga telur mak saya simpan, tiap kali hari guru ambil yang itu je bagi pada cikgu.  Dulu tak macam sekarang, macam-macam hadiah mak budak sediakan, dulu-dulu susah mak kita tak mampu nak beli so kita ambil apa yang ada je kat rumah ,” kata Nadia Abdullah.

Adanya yang berkongsi hanya membelikan gurunya pen sebatang yang dibeli di kedai koperasi di sekolah. Sungguh lucu apabila kita mendengarnya semula pada masa sekarang ini.

Antara hadiah-hadiah yang ibu-ibu di dalam grup ini kongsikan adalah sepaket ikan bilis yang diletakkan di dalam beg kertas bercorak bunga, sebalang aksesori menulis, adanya memberikan mangkuk serta sudu plastik, coklat, pastri, dan banyak lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untungnya apabila cikgu-cikgu yang mendapat seakan sejambak bunga berserta coklat, hamper yang dipenuhi dengan coklat dan alatan menulis, dan kek yang boleh dinikmati. Nyata macam-macam idea yang ibu-ibu ini persiapkan, berbeza dengan ibu-ibu zaman dahulu kala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pun, kami di theAsianparent mengucapkan selamat hari guru buat barisan pendidik yang tidak henti mendidik, mencurahkan ilmu yang banyak manfaatnya buat anak didik apabila mereka besar itu nanti kelak.

Facebook Group Kami Suri Rumah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad