Ketika ada waktu terluang bersama keluarga ataupun rakan, pastinya anda akan berborak dan bergurau bagi merapatkan lagi hubungan dengan mereka. Apa kata kali ini main teka teki yang lawak bagi menguji kemampuan berfikir di luar kotak.
Tidak dinafikan bahawa setiap soalan teka teki ini pastinya ada jawapan yang mungkin tak tercapai dek akal. Sebab itulah kadang-kadang ada yang geram bila dapat teka teki susah dan jawapannya sedikit merapu.
Senarai yang lawak dan kelakar

Berikut beberapa teka teki yang boleh anda jadikan sebagai hiburan ketika bersama dengan tersayang.
1: Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.
2: Kenapa dinosaur tak boleh tepuk tangan?
Jawapan: Sebab dinosour dah pupus.
3: Kenapa biri-biri jalan lambat?
Jawapan: Sebab kalau dia jalan laju, nama dia buru-buru.
4: Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).
5: Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa paling banyak guna air?
Jawapan: Rumah terbakar panggil bomba.
6: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa tiada kepala, tiada ekor, tiada mulut?
Jawapan: Bebola ikan.
7: Dalam banyak-banyak bantal, bantal apa tidak boleh pakai?
Jawapan: Bantal yang dibuang.
8: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.
9: Kenapa keyboard penat? (keyboard laptop/komputer)
Jawapan: Dia ada dua Shift
10: Dalam keyboard tu key apa yang paling sweet?
Jawapan: Enter. Kerana enter sama ana ditakdirkan bersama.
11: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang banyak mata?
Jawapan: Ikan bilis 1kilo.
12: Apa persamaan antara Siti Nurhaliza dengan Michael Jackson?
Jawapan: Dua dua tak kenal kau.
13: Pak Aji kalau terkejut jadi apa?
Jawapan: G-shock.
14: Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.
15: Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.
16: 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.
17: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia perempuan?
Jawapan: Ikan patin (Fatin).

18: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang jantina dia lelaki?
Jawapan: Ikan bakar.
19: Ulat bulu kalau dia nak lalu, dia kata apa?
Jawapan: Ketepila (Caterpillar)
20: Gajah lalu titi, titi tu patah, kambing lalu pulak apa yang patah?
Jawapan: Patah balik.
21: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan: Bil api
22: Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).
23: Sekolah apa yang tak gurunya tak ada, muridnya pun tak ada?
Jawapan: Sekolah cuti la.
24: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow.
25: Kenapa doktor tutup mulut dan hidung tiap kali buat pembedahan?
Jawapan: Yela, kalau tutup mata tak nampak la nak buat pembedahan.
Teka teki paling susah
26: Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.
27: Benda ini sangat berharga, tetapi setiap orang pun ada. Mudah dibuang, tak mungkin disimpan.
Jawapan: masa
28: Dia gunting rambut setiap hari, tetapi rambutnya masih ada. Siapakah dia?
Jawapan: Tukang Gunting
29: Apakah makanan yang boleh buka, tetapi tak boleh tutup?
Jawapan: Telur
30: Masa itu berharga. Tetapi ada sesuatu masa yang tiada orang mahu, apakah dia?
Jawapan: Masalah
31: Gajah terbang dengan apa?
Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah
Teka teki yang lucu

32: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
33: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
34: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan.
35: Apa benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam
36: Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh di angkat?
Jawapan: Kotak penalti
Manfaat permainan teka teki untuk anak
Pakar mengesyorkan teka-teki untuk kanak-kanak sebagai sesuatu yang membantu meningkatkan keupayaan berfikir dan kreativiti mereka.
Teka-teki seronok dan juga memberi peluang untuk belajar. Adalah perlu bahawa minda muda mendapat banyak peluang untuk berfikir dan berkembang. Apabila berfikir, mereka akan mula mewujudkan pelbagai idea serta jawapan.
Kebanyakan teka-teki untuk kanak-kanak adalah pendek, tepat dan mudah dibaca dan difahami. Ini membantu mereka untuk lebih banyak membaca dan menjadi latihan untuk otak.
Ketawa adalah ubat yang terbaik: Kanak-kanak mungkin bosan dengan aktiviti sama setiap hari. Justeru dengan permainan teka teki kelakar ini, mereka dapat ketawa dan menjadi sejenis senaman yang baik untuk mereka.
Juga, ketawa adalah ubat yang terbaik, yang bermaksud ia juga bagus untuk kesihatan mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 30 Teka Teki Lawak (Sekali Jawapan) Yang Senang & Boleh Hiburkan Hati Anak-Anak
Baca juga: Anak Suka Bermain Sambil Belajar, Ibu Berilah Kebebasan Supaya Otak Berkembang!
Baca juga: Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!