TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room

31 Mar, 2022
Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room

Suami kena marah beri teka-teki sewaktu isteri sedang tahan sakit kontraksi bersalin. Siap disuruh diam dalam bilik bersalin

Macam-macam gelagat boleh dilihat sewaktu suami teman isteri bersalin. Kadangkala, lelaki sudah tidak tahu cara bagaimana mahu membantu isteri yang sedang menahan kesakitan. Jadi ‘terkeluarlah’ ayat-ayat kelakar sambil berjenaka sedangkan hati mereka pun risaukan keadaan isteri, akhirnya suami kena marah.

Apa yang anda boleh baca dalam cerita ini

  • Suami kena marah beri teka-teki masa isteri tengah tahan sakit
  • Netizen terhibur suami kena marah
  • Apa yang boleh suami bantu ketika teman isteri bersalin

Seperti yang dilakukan lelaki ini, dia memberikan teka-teki sewaktu isterinya sedang menahan kesakitan. Perkongsian video itu dimuat naik pada akaun TikTok lelaki tersebut, Hairi Hussain sekali gus mencetuskan gelak tawa daripada netizen.

Suami kena marah beri teka-teki masa isteri tengah tahan sakit

suami kena marah

Pada perkongsian video itu, si suami bertanyakan kepada isteri iaitu “banyak-banyak nasi, nasi apa boleh bergerak?”

Bagaimanapun, sebaliknya lelaki itu dimarahi oleh isterinya yang sedang menahan sakit kontraksi.

“Sakit…sakit, diamlah!”

Lelaki itu hanya ketawa dan memberikan jawapan, “nasi goreng pattaya sebab ada 4 tayar,” ujarnya sambil memujuk isteri.

Netizen terhibur suami kena marah

suami kena marah

Tindakan lelaki tersebut turut mendapat maklum balas netizen yang terhibur dengan gelagatnya menemani isteri di hospital.

“Nasib baik kena ‘diamlah’. Kalau kena hempuk, berpinar mata. Semoga dipermudahkan urusan isteri anda, aminn..”.

“Sempat lagi bagi teka-teki. Bini dia dah tak boleh jawab dah tu, hahahaha”.

“Hahahaha, member nak bersalin dia bagi teka-teki”.

Apa yang boleh suami bantu ketika teman isteri bersalin

suami kena marah

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abduk Razak pada hantaran Facebook, terdapat cara terbaik untuk suami memberi sokongan kepada isteri sewaktu mengharungi detik yang mungkin mencabar dalam hidupnya.

1- Pastikan anda tahu apa yang isteri mahukan

Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih.

Sebelum sakit bersalin itu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baik. Jangan ditanya isteri masa dia tengah sakit, silap hari bulan boleh kene penumbuk.

2- Bawa barang keperluan anda sendiri

Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan diri sendiri. Jika mahu bermalam di hospital atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawa segala keperluan anda bersama.

Contohnya, bawa baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain. Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting.

3- Tahu apa yang harus dijangkakan

Bila sakit bersalin sudah bermula, tak sempat nak Google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran. Lebih afdal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka.

Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. Tiadalah terpinga-pinga melopong bila doktor menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.

4- Fleksibel

Proses kelahiran ini bukan berlaku dalam masa yang singkat, ia mengambil masa yang cukup lama. Anda kena bersabar dan fleksibel untuk menempuh apa yang berlaku. Bukannya menggesa doktor untuk mempercepatkan proses kelahiran sebab tak sanggup menunggu, katanya penat nak tunggu.

Buat pembacaan sedikit mengenai proses bersalin sebelum marah kakitangan dewan bersalin. Mereka juga manusia seperti anda, punya hati dan perasaan. Perlu masa untuk makan, ke tandas dan sebagainya

Kami tiada kuasa sakti boleh mengeluarkan bayi segera dan tahu bila bayi akan dilahirkan. Wallahualam

5- Cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian

Stories Rakan Kongsi
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya

Melahirkan anak biasanya adalah satu tugas yang sukar dan prosesnya panjang. Pada satu ketika semasa kelahiran yang panjang, anda dan isteri akan mengenal pasti sesuatu yang dia boleh fokuskan perhatiannya semasa datangnya kontraksi.

Tugas anda ialah untuk membantu isteri anda mengalihkan perhatian isteri untuk berperang dengan kesakitan ini atau dia sudah mula nak surrender.

Contohnya, urut tapak kaki isteri, urut belakang isteri. Kaedah-kaedah lain yang anda mungkin pelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.

TikTok, Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!

Baca juga: Suami Jangan Lari, Bantu & Teman Isteri Dalam Dewan Bersalin Barulah Proses Melahirkan Jadi Lancar

Baca juga:  6 Tips Mudah & Berkesan Kurangkan Rasa Sakit Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham