TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!

4 min bacaan
Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!

Suami teman isteri bersalin dibenarkan ketika fasa endemik bermula 1 April 2022 ini, namun ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi

Setelah lebih dua tahun dunia dilanda ancaman Covid-19, seluruh masyarakat terpaksa meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Pelbagai sekatan perlu dijalankan bagi mengekang penularan seperti tidak dibenarkan solat rapat saf, operasi perniagaan dihadkan dan juga tidak dibenarkan para suami teman isteri bersalin di hospital.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Negara beralih fasa endemik 1 April ini, KKM benarkan suami teman isteri bersalin
  • Syarat suami teman isteri bersalin di hospital
  • Mengapa isteri amat memerlukan suami ketika di dalam wad bersalin

Disebabkan oleh sekatan ini, ramai para isteri tmengadu bahawa ianya adalah salah satu waktu paling mencabar dan menyedihkan. Mereka perlu kuatkan diri menahan sakit kontraksi sehingga dapat melahirkan cahaya mata tanpa sokongan suami di sisi.

Negara beralih fasa endemik 1 April ini, KKM benarkan suami teman isteri bersalin

sop suami teman isteri bersalin

Pada tarikh 8 Mac 2022, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa endemik di mana rakyat Malaysia akan menyaksikan lebih banyak kelonggaran.

Antaranya kedai-kedai boleh beroperasi 24 jam, rakyat dibenarkan keluar masuk negara dan begitu juga pelancong luar, dan dibolehkan suami teman isteri bersalin di hospital seperti sebelum wujudnya pandemik ini.

Bagaimanapun KKM telah berkongsi melalui laman Facebooknya bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat  menemani isteri ketika dalam wad bersalin tertakluk pada syarat-syarat yang tertentu.

Para suami perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut KKM, polisi tersebut bersifat dinamik di mana kebenaran diberikan bergantung kepada situasi Covid-19, serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memberi laluan kepada para petugas kesihatan untuk melakukan tanggungjawab mereka dengan efisien dan selamat.

“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.” jelasnya

Sekiranya para suami atau waris kepada isteri hendak menemani si ibu ketika proses bersalin, adalah dinasihatkan untuk memeriksa polisi kebenaran melawat dengan hospital yang dipilih.

Syarat suami teman isteri bersalin di hospital

kebenaran suami teman isteri

Oleh sebab wabak Covid-19 diambil dengan serius, terutamanya dengan kenaikan kes yang terus-terusan meningkat, para bapa baharu atau waris perlulah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KKM agar dibenarkan untuk menemani si ibu.

  • Suami/ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu
    • 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca
    • 28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson
  • Suami/ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian

ATAU

  • Suami/ahli keluarga membeli kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.

Mengapa isteri amat memerlukan suami ketika di dalam wad bersalin

Sokongan seorang suami ketika di dalam wad bersalin lebih penting dari yang dijangka. Terdapat beberapa sebab mengapa suami sepatutnya temani isteri ketika isteri sedang bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata anda berdua.

sebab suami perlu teman isteri bersalin

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
  • Memberi sokongan secara emosi. Walaupun suami tidak dapat berkongsi kesakitan anda secara fizikal, namun dia masih menyokong anda secara emosi. Kami faham bahawa sakit bersalin itu tiada tandingannya, tetapi dengan kehadiran suami tercinta di sebelah anda, tidak mustahil untuk anda berasa lebih tenang.
  • Membuka mata si suami. Sekiranya suami temani isteri etika bersalin, ia pasti akan membuka mata mereka untuk lebih menghargai anda sejak mereka mengalami bagaimana sukar dan besarnya pengorbanan seorang ibu hendak melahirkan zuriat.
  • Memberi kesan positif kepada perkembangan kognitif bayi. Kajian telah menunjukkan bahawa seorang ayah yang hadir ketika anaknya sedang dilahirkan menyebabkan perkembangan kognitif yang positif pada bayi. Selain itu, bapa tersebut juga dapat membina hubungan yang kuat dengan si manja sejak dari usia awal.

kredit foto: lynndamya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Harian Metro, Sinar Harian 

Baca juga: Suami Jangan Lari, Bantu & Teman Isteri Dalam Dewan Bersalin Barulah Proses Melahirkan Jadi Lancar

Baca juga: Harungi Detik Cemas Bawa Wanita Bersalin, Lelaki Nekad Turun Kereta Minta Bagi Laluan

Baca juga: Bagaimana Rasa Kontraksi Yang Sebenar Dengan Palsu? Ibu WAJIB Tahu Sebelum Bersalin!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!
Kongsikan:
  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham