TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pesanan Dari Suami Buat Suami: Cabar Diri Teman Isteri Bersalin, Baru Kamu Tahu Besarnya Pengorbanan Isterimu!

23 Nov, 2021
Pesanan Dari Suami Buat Suami: Cabar Diri Teman Isteri Bersalin, Baru Kamu Tahu Besarnya Pengorbanan Isterimu!

Suami di luar sana perlu teman isteri bersalin. Baru anda tahu besarnya pengorbanan isteri. Jadi bagi yang takut, cubalah cabar diri anda!

Jadi suami kenalah berani. Jika mahu tahu bagaimana besarnya pengorbanan isteri ketika dia lahirkan anak, ini yang anda perlu lakukan iaitu teman isteri bersalin!

Kalau nak tahu, suami antara sumber kekuatan isteri ketika dia melahirkan zuriat anda. Walau tangan anda digenggam bagai nak putus, ada juga yang kena marah dengan isteri malah tak kurang juga yang dicakar hingga berdarah, tetapi ketahuilah, anda adalah penguat isteri untuk keluarkan seorang manusia dari rahimnya.

Seperti perkongsian lelaki ini di laman tiktoknya, Mukhlis Rosdi, katanya kepada mana-mana suami yang takut dan tak pernah teman isteri masa nak bersalin sebab gerun atau tak kuat semangat, perlu cabar diri anda. Temanlah isteri semasa dia nak bersalin.

Teman isteri bersalin, baru tahu besarnya pengorbanan dia!

Kehamilan memang satu fasa yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita yang berkahwin. Namun, setiap kemanisan pasti terselit cabaran. Bila sudha mengandung, untuk melahirkan itu antara yang mencabar.

Kesakitan seperti 20 tulang rusuk dipatahkan bersekali adalah perumpaan kepada sakitnya rasa sakit bersalin ini. Jadi memang tidak hairan jika ada wanita yang memang tidak mahu bersalin lagi selepas mengalaminya buat pertama kali.

Perkongsian lelaki ini yang mengajak suami di luar sana supaya lihat dan teman isteri bersalin supaya tahu bagaimana pengorbanan isteri lahirkan anak pasti mendapat persetujuan rata-rata kaum isteri di luar sana. 

Sementara itu, isteri kepada lelaki ini yang turut berkongsi di laman instagramnya memaklumkan yang beliau bersalin secara normal tanpa jahitan. Menjengah ke ruang komen memang ramai yang minta tips.

Tips bersalin tanpa koyak

Teman isteri bersalin

Menurut wanita ini, semasa melahirkan anak pertama juga tiada koyakan. Jadi anak kedua juga tiada. Apa yang beliau buat adalah:

#1. Jangan angkat punggung

teman isteri bersalin

Anda perlu sabar. Ikut arahan doktor ketika meneran. Jika anda tidak sabar itulah jadinya anda akan angkat punggung dan akibatkan koyakan lebih besar.

#2. Dengar arahan, sabar!

Pastikan anda pasang telinga. Sabar. Dengar betul-betul arahan doktor. Jika suami ada di sisi, suami ulang semula apa yang doktor cakap kerana kadangkala bila sudah sakit sangat kita jadi tak sedar dengan keadaan sekeliling.

Doktor kongsi tips meneran semasa bersalin

Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Dr Sharina Mohd Razali berkata cara yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar.

Ibu perlu menghindari teran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.

12 tips cara meneran ketika bersalin dari doktor

Teman isteri bersalin

  • Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
  • Mata memandang ke arah perut.
  • Tangan pegang pergelangan kaki.
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
  • Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
  • Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
  • Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  • Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
  • Dengar arahan jururawat dan doktor
  • Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.

Postur badan ketika meneran

  • Postur badan perlu dipastikan sesuai supaya memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;
  • Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
  • Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
  • Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.
  • Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: mukhlis rosdi, nazreen nazura

Baca juga: 45 Tahun Kahwin, Isteri Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 70 Tahun, Jadi Ibu Tertua Di Dunia

Baca juga: Betul ke wanita punggung besar lahirkan anak yang lebih bijak?

Baca juga: Lahirkan Anak Sendirian Di Hospital, Bayi Hampir Terjatuh Dari Katil

Stories Rakan Kongsi
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pesanan Dari Suami Buat Suami: Cabar Diri Teman Isteri Bersalin, Baru Kamu Tahu Besarnya Pengorbanan Isterimu!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham