Memandangkan cuti sekolah kali ini ramai yang merancang pergi bercuti bersama keluarga ataupun bonding di rumah sahaja, apa kata ibu ayah selitkan aktiviti teka teki lawak dan lucu untuk menghiburkan anak-anak.
Tidak hanya mampu menguji keupayaan otak untuk berfikir dan membuatkan si kecil tertanya-tanya, ibu dan ayah juga rasa seronok melihat gelagat masing-masing untuk mencari jawapan yang tepat.
Teka teki lawak dan senang untuk anak-anak

Perjalanan yang jauh serta mengambil masa yang lama dalam kereta boleh buat anak-anak bosan. Mulalah mereka tunjuk perangai nak itu dan ini.
Ataupun menghambat ibu bapa dengan soalan “bila nak sampai” “jauh lagi ke” dan macam-macam lagi.
Seorang ibu, Hanim Rosli telah menyenaraikan beberapa permainan teka teki lawak dengan anak-anak. Masa bosan di atas kereta atau di rumah pasti bertukar ceria.
Mereka pasti bergelak ketawa mendengar soalan yang tidak difikirkan akal dan jawapan yang kelakar. Sebenarnya lagi ramai peserta, suasana jadi lagi meriah. Pelbagai jawapan yang kelakar pasti membuatkan suasana menjadi girang.
Jom bergembira. Ada 30 teka teki lawak untuk dicuba. Jawapan pun ada disertakan bersama!
#1. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam. Maka ayam jadi apa?
Jawapan teka teki lawak: Ayam jadi banyak
#2. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Kereta kabel
#3. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Udang iaitu U dan G
#4. Tak ada kepala, ada leher ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki
Jawapan: Baju
#5. Permainan apa yang paling berat sekali?
Jawapan: Catur (sebab kena bawa raja, permaisuri, kuda dan sebagainya)
#6. Benda apa kepala bujur dan ada satu kaki?
Jawapan: Raket Badminton
#7. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk
Jawapan teka teki lawak: stone cold
#8. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan: Pokok pisang

#9. Dia lembu, tapi bukan lembu
Jawapan: Gambar lembu
#10. Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan: Ubat nyamuk
#11. Negara apakah yang ejaaannya huruf berganda?
Jawapan: Uganda
#12. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan teka teki susah: Lidah buaya
#13. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan: Tilapia
#14. Benda apa bila cabut, nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping dan kaki besar?
Jawapan: Pelita
#15. Benda apa bila masuk segi tiga, bila keluar bergulung-gulung
Jawapan: Seluar dalam
#16. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan: Pokok pisang
#17. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan: Lilin semasa sambut hari lahir
#18. Bila kita letak kepala, dia rendah. Bila kita angkat kepala dia jadi tinggi sedikit. Apakah benda itu?
Jawapan: Bantal
#19. Apakah makhluk yang ada 2 tangan, 8 kaki dan 3 kepala?
Jawapan teka teki: Koboi naik kuda bawa ayam
#20. Buah apakah kalau kita nak makan, kena langkah dahulu?
Jawapan: Buah dam
#21. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan: Kotak penalti
#22. Bila kita nak ambil susah. Bila kita sudah dapat, kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan: Tahi hidung
#23. Benda apakah yang mempunyai banyak gigi
Jawapan teka teki: Sikat rambut

#24. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang SEKALI. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakus. Seman yang berada berhampiran Udin berasa amat takut.
Setelah harimau membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa buat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau lari menyelamatkan diri. Semakan jadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya?
Jawapan: Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan dalam cerita.
#25. Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa. Kecil di China, besar di Arab. Ada di sana tiada di sini. Ada besar, tiada kecil. Dua di atas dan dua di bawah. Dua di kanan tiada di kiri. Satu pada emak, dua pada ayah.
Ada dekat ayam tiada pada itik, tidak rindu tapi lebih pada sayang. Apakah dia?
Jawapan: Huruf A
#26. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan: Kalau angkat dua kaki, macam mana bangau hendak berdiri
#27. Pintu apa yang 10 orang pun tak boleh nak tolak?
Jawapan: Pintu tarik
#28. Apakah dia ”jauh di mata, dekat di hati?”
Jawapan: Usus
#29. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan: Stoking
#30. Dia ada banyak kaki, tapi bukan binatang. Dia lalu ikut landasan tapi dia bukan kereta api. Apakah dia?
Jawapan: Zip
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: 7 Idea Eksperimen Sains Yang Mudah Dibuat Di Rumah, Aktiviti Best Cuti Sekolah
Baca juga: Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room
Baca juga: Main Sudoku, Teka Silang Kata Antara 8 Cara Atasi Masalah Pelupa Ketika Hamil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!