TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

9 Sep, 2019
Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

Jika mahu anak-anak ada adab, anda yang perlu tunjukkan contoh yang baik kepada mereka ya!

Adab merupakan sesuatu yang sangat penting dalam masyarakat. Ia bukan sahaja perlu dititikberat dalam rumah, malah di mana-mana sahaja. Salah satu daripadanya adalah buang sampah di tempat yang betul dan tidak menyusahkan orang lain!

Kadangkala perkara yang mudah dijadikan seolah-olah satu halangan yang berat, menyebabkan sesetengah orang mengambil jalan mudah. Ini yang berlaku terhadap seorang lelaki yang tertangkap buang sampah secara terbuka dalam rakaman dash cam di sebuah tempat parkir Singapura.

Buang Sampah Lampin Pakai Buang Atas Kereta Orang Lain!

Pada 24 Ogos 2019 lalu, Jonathan Lee telah berkongsi di laman Facebook tentang pengalaman buruknya di tempat parking kereta. Sebaik sahaja sampai di keretanya untuk keluar dari bangunan tersebut, dia Lee mendapati ada satu bungkusan lampin pakai buang terpakai berada di atas boot keretanya!

buang sampah

Mujurlah, kejadian tersebut telah berjaya dirakam dari dash-cam kenderaannya dan dia dapat mengenalpasti suspek yang melakukan perkara tidak beradab itu.

Menurut Lee, insiden itu berlaku di tempat letak kereta Tampines Mall kira-kira pukul 1:42 petang. Berdasarkan rakaman video, ia bermula dengan pasangan suami isteri yang sedang bersiap untuk meninggalkan tempat letak kereta.

Tidak lama kemudian, kelihatan si wanita menghulurkan lampin pakai buang yang terpakai kepada lelaki yang berada di belakang kereta. Lelaki itu kemudiannya melihat sekeliling, menutup pintu kereta dan terus melemparkan lampin tersebut ke atas kereta yang diletakkan di belakangnya!

Berikut posting di Facebook berkenaan isu ini:

https://www.facebook.com/john3330/posts/10156907346178285

Walau bagaimanapun, Lee telah memadam video tersebut kerana lelaki tersebut telah menghantar mesej memohon maaf atas perbuatannya. Berikutan kejadian tersebut, dia dan keluarganya telah menerima tekanan daripada kecaman netizen.

Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

Wah senangnya bang! Bukannya susah pun nak buang lampin di tempat yang disediakan.

Menghadapi Situasi Anak Perlu Tukar Lampin Di Tempat Awam

Sebagai ibu bapa, pasti anda pernah mengalami keadaan di mana si kecil perlu menukar lampin di kawasan awam. Kadangkala persekitaran tidak disediakan tong sampah berdekatan pula untuk anda buang lampin terpakai itu.

Bagi menghadapi situasi ini, kami sarankan jangan sekali-kali melakukan tindakan yang dilakukan oleh lelaki di atas ya. Ini kerana ia merupakan sikap tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain.

Berikut beberapa tips yang anda boleh lakukan apabila berada dalam situasi sebegini:

  1. Sentiasa sediakan lampin tambahan di dalam kereta dan dalam beg anda.
  2. Bawa 2-3 plastik kecil setiap kali anda keluar rumah bersama bayi untuk membungkus lampin yang terpakai.
  3. Jika lupa bawa plastik, bungkus dengan kertas pun okay! Terutamanya jika anak buang air besar.
  4. Buang dalam tong sampah berdekatan. Kalau tong sampah jauh, apa salahnya anda jalan sedikit, asalkan tidak campak merata-rata.
  5. Sekiranya tiada langsung tong berdekatan, simpan dahulu dalam kereta untuk dibuang kemudian.
  6. Jangan buang di tong sampah berdekatan tempat makan.
  7. Akhir sekali, jangan tukar lampin anak di kawasan terbuka pula ya, kalau boleh soroklah sedikit ‘adegan’ tukar lampin tu!

Beringat ya parents, jika mahu anak-anak ada adab, anda yang perlu tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-baik

Stories Rakan Kongsi
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Little Étoile Mothers’ Care: Pregnancy‑Suitable Skincare That Goes Beyond Beauty
Little Étoile Mothers’ Care: Pregnancy‑Suitable Skincare That Goes Beyond Beauty
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kurang Adab, Lampin Terpakai Dicampak Atas Kereta Orang Macam Sampah!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham