X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!

6 min bacaan
9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!

Tempat menarik di Kundasang wajib dilawati bersama keluarga bagi melengkapkan percutian anda ketika berkunjung di Negeri Dibawah Bayu

Memandangkan tidak lama lagi akan bermula cuti sekolah, kebanyakan ibu ayah pastinya mengambil peluang ini untuk keluar bercuti ataupun melakukan aktiviti bersama keluarga. Jika anda merancang ke Sabah, ada beberapa tempat menarik di Kundasang yang wajib dikunjungi.

Tidak dinafikan bahawa negeri di bawah bayu ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Sekali-sekala tidak salah bawa pasangan dan anak-anak merasai pengalaman menaiki kapal terbang, pasti mereka berasa sungguh teruja dan gembira.

Senarai tempat menarik di Kundasang

#1. Desa Cattle Dairy Farm

tempat menarik di kundasang 2022

Tempat menarik di Kundasang yang wajib anda kunjungi adalah Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara.

Ramai yang mengatakan suasana di sana persis berada di New Zealand dan para pengunjung juga berpeluang melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain.

Untuk memudahkan urusan, anda dinasihatkan untuk menempah tiket secara atas talian. Di kawasan ini memiliki kemudahan parking yang luas dan juga tandas.

Pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat proses susu lembu diperah. Bukan itu sahaja anda juga boleh menikmati susu segar dengan pelbagai perisa, aiskrim, yogurt dan juga pastri yang begitu sedap. 

#2. Culvert view

culvert view sabah

Culvert View merupakan salah satu tempat menarik di Kundasangan. Ia merupakan tarikan terbaharu di negeri ini dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong.

Untuk memasuki tempat ini, anda perlu membeli minuman yang berharga RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak. Terdapat pilihan air dan aiskrim untuk pengunjung.

Perjalanan ke sini mungkin sedikit mencabar. Anda perlu memandu secara berhati-hati kerana keadaan jalan yang sedikit berbukit.

Ruang parkir disediakan dan pengunjung hendaklah mendaki tangga bagi sampai ke tempat yang memiliki pemandangan sungguh memukau.

Antara tarikan yang terdapat di Culvert View ialah:

– Udara yang segar
– Selesa
– Terdapat tempat BBQ dan Steamboat
– Mirror In The Sky
– Buaian
– Tempat mengambil gambar
– Kandang arnab dan kura-kura

#3. Sosodikon Hill

sosodikon hill sabah

Lokasi hiking yang santai berlatarkan Gunung Kinabalu dan warna-warni bunga-bungaan. Sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. Ia agak mudah jika dibandingkan dengan lokasi hiking yang lain.

Anda boleh datang bersama-sama keluarga dan anak kecil. Hiking santai sambil menikmati permandangan alam bagi melengkapkan lagi percutian anda di Kundasang, Ranau.

Masa yang terbaik untuk hiking adalah sewaktu ‘Golden hour‘ iaitu 1 jam bermula disaat matahari mula terbit (6 Pagi) dan 1 jam sebelum matahari terbenam (5 petang).

Ketika ini kualiti cahaya amat baik untuk anda mengambil gambar.

#4. D' Mesilau Rabbit Garden

D’Mesilau Rabbit Garden adalah salah satu taman arnab yang perlu anda kunjungi jika anda datang ke Kundasang @ Ranau.

Menariknya, ia terletak di aras ketinggian 1,538m menjadikan Mesilau Rabbit Garden ini taman arnab yang tertinggi di Malaysia.

taman arnab sabah

Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pilihan terbaik jika anda datang bersama keluarga.

Arnab-arnab yang comel dan jinak ini pasti menarik perhatian dan membuatkan anak kecil gembira. Anda boleh duduk dikerusi yang disediakan dan ia akan datang mendekat.

Persekitaran yang sejuk juga membuatkan destinasi ini sesuai untuk dikunjungi sepanjang masa. Anak juga boleh memberi makanan kepada arnab kerana ia tersedia di kaunter tiket masuk.

#5. Alpaca Club Mesilou, Kundasang

Alpaca Club terletak di Jalan Cinta Mata, Kampung Mesilou menempatkan haiwan Alpaca yang berasal dari Amerika Selatan. 

Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Pengunjung akan diberikan slot masa melawat untuk mengelakkan kesesakan. Masa melawat ialah 20 minit.

alpaca club sabah

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Sepanjang 20 minit ini, pengunjung akan diberikan maklumat tentang Alpacas, menyentuh, memberi suapan dan mengambil gambar untuk kenangan.

Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM15, manakala kanak-kanak RM10.

Tips ketika berkunjung ke Alpaca Club:

  • Haiwan ini agak kurang mesra pengunjung kerana mereka tidak suka bising. Jika ia berasa terancam, Alpaca akan meludah atau menendang.
  • Elakkan berada di hadapan atau di belakang Alpaca apabila menghampiri.
  • Alpacas tidak suka dipegang secara kasar, terutamanya di sekitar telinga dan ekor.
  • Jika hujan, lawatan akan dibatalkan. Sila rancang perjalanan anda.

#6. Hamster World Ranau

tempat menarik di kundasang 2022

Selain taman arnab dan kampung kucing, Kundasang juga menempatkan sebuah kawasan yang khas dan dihias dengan penuh keceriaan untuk si comel hamster.  Lokasinya adalah di Hamster World Ranau yang terletak di Kampung Kibbas.

Di sini terdapat pelbagai jenis hamster yang diletakkan di dalam kawasan bertemakan kota-kota di serata dunia yang bersaiz mini seperti Turki, Mesir, Perancis, Mexico dan banyak lagi. Memang unik!

#7. Luanti Fish Spa

luanti fish spa sabah

Luanti Fish Spa ini terletak di Kampung “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti di daerah Ranau. Tagal bermakna ‘tidak memancing’ dalam dialek tempatan Kadazan Dusun dan ia adalah satu usaha kolektif dari masyarakat kerajaan dan tempatan untuk memelihara alam sekitar dan ekosistem sungai.

Ianya terletak bersebelahan dengan pintu masuk Sabah Tea Garden di jalan raya untuk Sandakan Kampung Luanti.

Ikan disini dibiarkan hidup bebas dan sudah pasti akan memberikan anda satu pengalaman ‘urut dan rawatan spa’. Kebanyakannya jenis ‘Ikan pelian’ atau ikan kelah yang hidup dalam habitat semula jadi mereka.

Ikan-ikan juga ada yang bersaiz besar tetapi sangat lembut dan tidak bertaring. Setiap pengunjung diperuntukkan masa 15 minit untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempunyai mereka rawatan “spa” oleh ikan.

#8. Jambatan Gantung Tamparuli

tempat menarik di sabah

Terletak bersebelahan dan lebih tinggi daripada jambatan untuk kenderaan adalah Jambatan Gantung Tamparuli yang dibawahnya mengalir air sungai yang jernih.

Jambatan ini populor di Sabah disebabkan oleh lagu dan cinta tiga segi. Kalau mengikut kisah orang tempatan, jambatan untuk kenderaan sebenarnya dibina oleh jurutera British selepas perang (sekitar tahun 1950an).

Struktur pembinaan jambatan ini terus-menerus roboh. Walau apapun yang dilakukan ia tidak dapat menahan arus sungai terutamanya pada waktu hujan.

Pada masa yang sama jurutera ini juga telah jatuh cinta dengan seorang anak dara tempatan. Akan tetapi beliau bertambah kecewa sebab bukan sahaja jambatannya roboh, tapi hatinya juga hancur apabila mendapat tahu bahawa buah hatinya bermain kayu tiga.

Pada satu hari beliau menemui seorang pawang dan bertanyakan tentang masalah jambatan beliau. Beliau diberitahu bahawa semangat sungai itu mahukan korban seorang anak dara.

#9. Rumah Terbalik Tamparuli

bercuti di sabah

Bagaimana rasanya kalau segala di dunia ini terbalik kecuali badan kita? Terasa seperti diawang-awangan sebaik anda melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik Tamparuli.

Semuanya yang terdapat di dalam rumah ini terletak di dalam keadaan terbalik. Beginilah agaknya kalau berumah di angkasa lepas.

Semoga bermanfaat!

Tempat menarik, Goranau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Menarik Di Selangor 2022, Paling Best & Viral Sesuai Untuk Family Outing!

Baca juga: 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

Baca juga: Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dikunjungi Ketika Bercuti, Paling Best Mesra Keluarga!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!
Kongsikan:
  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

  • Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

    Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

  • Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

    Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.