Salah satu cabaran membesarkan anak adalah memastikan anak sentiasa dalam keadaan kemas. Ini bermakna membawa mereka ke salon rambut tanpa berhadapan dengan hura-hara! Kalau si kecil tidak dapat duduk diam semasa tukang gunting melakukan kerjanya, lain pula yang jadi nanti.
Jadi apa yang boleh dilakukan bagi memberikan anak pengalaman memotong rambut itu sebagai sesuatu yang tidak menakutkan, dan menyeronokkan buatnya? Kami pasti ramai yang selalunya beri anak iPad atau Youtube untuk menenangkannya, sekurang-kurangnya buat si kecil yang berusia 4 tahun ke bawah.
7 Salon Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang

Bagi membuatkan anak mula berminat untuk ke kedai rambut, pastinya mereka perlu suasana yang menenangkan dan sesuai dengan jiwa mereka.
Apa kata anda bawa si manja ke salah satu salon rambut mesra kanak-kanak yang disenaraikan di bawah bagi memberikan mereka pengalaman yang selesa.
Terdapat beberapa pilihan salon rambut mesra kanak-kanak di sekitar Lembah Klang, antaranya:
#1 Quick Cut
Quick Cut merupakan satu rangkaian kedai gunting rambut profesional dan pantas yang menawarkan perkhidmata potong rambut sepantas 10 minit.
Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempat mencari kedai gunting rambut yang cepat dan murah untuk anak, Quick Cut merupakan pilihan terbaik.
Quick Cut mudah ditemui dan selalunya bertempat di dalam pusat membeli belah. Sesetengah outlet menyediakan kerusi berbentuk kenderaan comel khas buat kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Lokasi: G36 BMC Mall, Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, 1 Utama, Avenue K and 14 lokasi lain.
Telefon: +603 – 9076 1189
Waktu Operaso: Setiap hari 10:00am – 10:00pm
Harga dari: RM18 (Harga bergantung pada lokasi)
#2 Kwik & Ez
Kredit: Kwik & Ez
Kwik & ez menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang pantas dan berpatutan khas di Happy Kids Cut Corner.
Terdapat pelbagai tema kanak-kanak yang disediakan di pelbagai lokasi sekitar KL dan Selangor, termasuklah IOI Mall Puchong, Setia City Mall dan Tesco Kepong Village Mall.
Alamat: Lot Level 2-11 Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, IOI Mall Puchong, Damansara, dan pelbagai lokasi pusat beli-belah yang lain.
Telefon: +603-4295 0000
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00am – 10:00pm
Harga: RM20
Facebook:kwik.ez
#3 Huuk Barbershop
Kredit: Huuk Barbershop
Jika anda ingin membawa anak ke sini, pastikan anda membuat temujanji dahulu ya. Kedai gunting rambut yang bertemakan retro ini bukan sahaja mempunyai tukang gunting yang mesra, malah bijak mengendalikan kanak-kanak.
Jangan risau, mereka masih melayan walk-in juga sekiranya anda tidak sempat membuat temujanji.
Alamat: Lot.B1.03.00, Basement 1, Pavilion Kuala Lumpur, 165, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur and 5 lokasi lain Wangsa Maju, Taman Melawati, MidValley, dan Bukit Bintang
Contact: +603-2110 2961
Open: Daily 10:00am – 10:00pm
Prices from: RM30
Facebook: HuukBarbershop
#4 Joe’s Barbershop
Kedai gunting rambut Joe’s Barbershop diasaskan oleh oleh selebriti hip hop, Joe Flizzow dan rakannya Andy Darmis.
Sejak pembukaan kedai pertama mereka pada tahun 2013, rangkaian popular ini telah berkembang dengan cepat ke 21 lokasi berbeza di seluruh negara.
Untuk keselesaan pelanggan mereka yang lebih muda, kedai ini menggunakan peralatan yang lebih kecil dan selamat untuk kanak-kanak.
Alamat: Plaza Rasta, Off Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur and 20 other locations in Subang Jaya, Bangi, Shah Alam, and nationwide
Telefon: +6013-7873115
Waktu Operasi: Sabtu ke khamis 12:00pm – 11:00pm, Jumaat tutup
Harga dari: RM20
Facebook: Joes47500
#5 GEM Studio
Kredit: GEM Studio
GEM Studio asalnya merupakan sebahagian dari The Parenthood, dan telah berpindah ke premis baru di Sunway Pyramid.
Pilihan warna rekaan dalamnya sangat menarik, dengan hiasan unicorn yang comel pasti menarik perhatian kanak-kanak khususnya si gadis kecil!
Alamat: F1.13 Tingkat 1, Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya
Telefon: +60 11 1669 6492
Waktu Operasi: Isnin hingga ahad 10:00am – 10:00pm
Harga dari: RM25
Facebook: GEMStudio
#6 76STYLE
Asal dari Tokyo, Salon Hair Salon 76STYLE memenuhi keperluan orang dewasa atau kanak-kanak yang bergaya. Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan mendapat faedah seperti potongan rambut percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.
Nikmati diskaun 50% jika anak anda berumur antara 6 hingga 12 tahun, dan 30% untuk mereka yang berusia 19 tahun ke bawah.
Kawasan permainan yang selesa akan membuatkan anak-anak terleka sementara ibu bapa menikmati minuman di Caffe Crema kedai sebelah.
Alamat: E-01-02, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: +603-6203 5111 / 4111
Waktu operasi: Isnin hingga khamis 9:30 am – 9:00 pm; Jumaat hingga ahad/cuti umum 9:30 am – 7:00 pm
Harga: PERCUMA untuk ahli dengan anak berusia 5 tahun ke bawah.
Facebook: 76stylemy
#7 A Cut Above
A Cut Above merupakan salah satu rangkaian kedai gunting rambut utama di Malaysia, dan telah beroperasi selama 30 tahun.
Kerusi berbentuk haiwan yang berwarna-warni di outlet terpilih pasti akan membantu menjaga anak menikmati proses pemotongan rambut dengan selesa.
Alamat: S054 & S055 2nd Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur; 1F-32 Tingkat 1, Bangsar Village II, No. 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur; dan 3 lagi lokasi pusat beli-belah di Lembah Klang, di Bangsar Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan Pavillion Kuala Lumpur.
Telefon: +603 2938 3131; +603 2283 2233
Waktu operasi: Mondays to Sundays 10:00am – 10:00pm; 10:00am to 9:00pm
Harga dari: RM40
Facebook: acutabove.group
Jom buat temujanji anda sekarang!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Kelebihan & Cara Cukur Rambut Bayi Hingga Botak Licin Selepas Lahir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!