Tahukah anda yang Hari Ibu akan disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun? Perayaan ini disambut oleh seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Pada Hari Ibu ini, kita akan dapat melihat sambutan dan tanda penghargaan yang akan diberi kepada setiap wanita yang bergelar ibu.
Bukan anak-anak saja yang meraikan keistimewaan ibu dalam hidup mereka, malah, para suami pun menyambut Hari Ibu demi isteri mereka!
Inilah satu-satunya saat di mana setiap anak atau insan (tak kira tua atau muda) yang akan bersemangat untuk membeli hadiah dan memberi penghargaan untuk ibu mereka.
Namun, tahukah anda tentang 5 fakta menarik mengenai Hari Ibu ini? Kami pasti anda tak pernah dengar tentang fakta berikut sebelum ini!
5 fakta menarik tentang Hari Ibu yang kita tidak tahu sebelum ini
1. Pencipta Hari Ibu bukanlah seorang ibu
Kredit gambar: Getty images/ NY Post
Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia adalah pejuang yang memperjuangkan golongan ibu-ibu.
Namun, beliau dikatakan tidak mempunyai seorang pun zuriat. Akan tetapi, ibunya, Ann Reeves Jarvis pula memiliki hampir 13 orang anak!
2. Asal usul Hari Ibu telah wujud sejak Perang Saudara lagi
Ann Reeves, ibu kepada Anna Marie, merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu. Kelab ini mengangkat dan menyuarakan isu semasa berhubung golongan ibu.
Sepanjang kerjayanya dengan kelab itu, Ann Reeves telah menyumbang idea untuk meraikan Mother’s Day dan mengumukan cuti umum di Amerika Syarikat!
3. Hari Ibu yang pertama disambut pada 10 Mei 1908 dan jambangan bunga sempena Mother’s Day lagi banyak dari Hari Valentine!

Tarikh itu merupakan tarikh 3 tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia. Anaknya, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya.
Penganjuran majlis itu juga diangkat untuk semua golongan ibu-ibu di seluruh dunia. Maka, terciptalah Hari Ibu!
Menurut Pusat Penyelidikan Yew, jambangan bunga sempena Mother’s Day lagi banyak dari Hari Valentine.
4. Anna Marie benci sambutan Hari Ibu
Menurut Anna Marie, sambutan Hari Ibu yang terlampau komersial, dengan pelbagai kad ucapan dan jambangan bunga “menghilangkan” mesej awal perayaan tersebut.
Anna Marie berkata “kad dicetak tidak membawa sebarang maksud. Ia hanya menunjukkan yang anda terlalu malas untuk menulis kepada wanita yang telah menjaga anda sejak anda lahir.”
5. Presiden Woodrow Wilson tukar tarikh asal itu

Walaupun 10 Mei telah diangkat sebagai Hari Ibu di seluruh dunia, namun Presiden Woodrow akhirnya memutuskan yang Mother’s Day harus jatuh pada hari Ahad kedua setiap bulan Mei.
Jadi, tidak kisahlah berapa tarikhnya, jika jatuh hari Ahad kedua bulan Mei, itulah Hari istimewa untuk wanita bergelar ibu!
***
Ha… sekarang anda sudah tahu 5 fakta menarik tentang Hari Ibu, apa tunggu lagi? Berilah penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu kepada anda dan anak-anak anda.
Tanpa wanita-wanita ini, siapalah kita? 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Astro Awani
Kredit gambar: Fortune
Baca juga:
https://my.theasianparent.comidea-hadiah-hari-ibu-yang-unik-untuk-ibu-ibu-di-luar-sana/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!