Tarikh Hari Ibu 2024 Di Malaysia, Ucapan Hari Ibu & Hukum Sambutan

Sempena Hari Ibu ini, apa kata anda selami 5 fakta dan rahsia penciptaan hari yang istimewa untuk meraikan wanita yang bergelar ibu ini :)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ibu atau bahasa Inggerisnya Mother’s Day disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Tarikh Hari Ibu 2024

Untuk tahun ini tarikh hari ibu jatuh pada 12 Mei 2024. Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.

Contoh Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Mama Tersayang

  1. Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi. Selamat Hari Ibu!

  2. Kasih ibu tiada ganti, tidak akan ada seperti sehangat kasihmu. Terima kasih ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini.

  3. Selagi mentari menyinari,
    Selagi itu mengalir doamu hari demi hari,
    Selagi purnama silih berganti,
    Selagi itu kasih sayangmu tidak akan pernah berhenti.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Semoga Allah memberkati hidup ibuku. Terima kasih ibu.

  4. Buat insan yang bernama Ibu, semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu dalam memimpin keluargamu ke jalan yang diredhai Allah serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang di setiap usahamu. Mudah-mudahan pengorbananmu untuk keluarga akan sentiasa diberkati Allah dengan rahmat Nya yang Maha Luas serta mendapat Syafaat dari Rasulullah saw.

  5. Aku mencintai ibu kerana dia telah memberikan aku cinta, dia mengorbankan aku jiwanya, dan yang paling penting – dia memberi aku seluruh waktunya. Terima kasih ibu!

  6. Hanya Ibu yang tahu saat aku menyembunyikan sedihku di balik senyumanku.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  7. Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Daripada engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari lahir, ibu. Terima kasih untuk segalanya.”

  8. Selamat hari ibu. Tiada lain yang ku doakan agar ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kemudahan didalam setiap urusan ibu. I love you, ibu!

  9. Ibu, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu memahamiku sebaik dirimu. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaan ibu. Selamat hari ibu.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  10. To my supermom – Semoga ibu akan terus kuat dan sihat untuk mengerjakan segala aktiviti harian ibu, ibadah dan hobi yang paling ibu suka. Semoga ibu akan kekal bahagia dibawah kasih sayang dan rahmat daripada-Nya. Selamat Hari Ibu!

Hukum Sambutan Mother’s Day Dalam Islam

Hukum sambutan Mother’s Day ada kalanya menjadi isu di Malaysia kerana perkaitannya dengan budaya Barat atau agama lain.

Namun, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Menurut beliau dalam Irsyad Al-Fatwa ke-11 sambutan ini tidak dianggap sesuatu yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Menganggap Hari Ibu atau Mother’s Day sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  2. Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
  3. Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sejarah Hari Ibu Yang Disambut Seluruh Dunia Setiap Tahun

Baca juga: Tak Tahu Nak Bagi Apa Untuk Ibu? Ini 5 Idea Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu!

Baca juga: Tengah Cari Idea Untuk Hadiah Bakal Ibu? Ini Dia 14 Produk Yang Berbaloi Jadi Hadiah Untuk Baby Dan Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris