Princess Charlotte Nampak Sedikit Gugup Di Hari Pertama Masuk Sekolah, Comelnya!

Yeay, Princess Charlotte kini sudah masuk ke alam persekolahan! Tentu dia teruja nak belajar semua benda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum sedia maklum, Duke dan Duchess of Cambridge mempunyai tiga orang anak dan salah seorangnya adalah seorang puteri yang diberi nama Princess Charlotte. Namun sedar tak sedar, puteri comel ini sudah mulakan hari pertama masuk sekolah. Wah, pasti dia teruja, kan? 

  

Buat pengetahuan, Charlotte kini telah berumur empat tahun dan merupakan pewaris kelima dalam keluarga diRaja Britain. Dalam video yang dikongsikan CNN, kelihatan Charlotte dan abangnya, Prince George bersama-sama menghadiri sesi sekolah di London sambil ditemani Kate Middleton dan Prince William.

William berkata, puteri kesayangannya itu sangat teruja untuk memulakan hari pertama masuk sekolah.

Hari pertama masuk sekolah bagi Princess Charlotte

Setelah sampai di hadapan School Of Thormas's Battersea, keluarga diRaja ini disambut oleh Ketua Sekolah rendah iaitu Helen Haslem. Kemudian, Duke dan Duchess of Cambridge membawa anak perempuan mereka ke kelas barunya di mana Charlotte adalah salah seorang daripada 21 murid.

Dalam Twitter Kensington Palace, sebuah video yang dikongsikan memperlihatkan Charlotte kelihatan gugup namun dia tetap nampak comel dengan seragam sekolahnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

School of Battersea Thomas ini mempunyai murid seramai 560 orang yang terdiri daripada kanak- kanak lelaki dan perempuan di antara umur 4 hingga 13 tahun. Yuran yang diperuntukan adalah kira-kira £ 6,429 (kira-kira $ 7,900) yang diambil dari laman web sekolah.

Walaubagaimanapun, disebabkan George turut belajar di sekolah yang sama jadi yuran Princess Charlotte dapat dikurangkan kepada £ 6,305.

4 Punca Anak Menangis Di Hari Pertama Sekolah

#1. Belum kenal orang sekeliling

Apabila ramai orang yang tak dikenali, secara tak langsung ia memberi kejutan pada anak hingga membuatnya rasa terasing dan takut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Nangis untuk hilangkan rasa takut

Bila melihat ada kawan yang menangis sedikit sebanyak mereka mudah terpengaruh. Jadi mereka akan tiru aksi menangis kawan-kawan mereka untuk hilangkan rasa takut.

#3. Hantar di pagar sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa hari pertama sekolah, ibu bapa hanya hantar di pagar sekolah atau di kelas sahaja dan tidak menunggu lama lantas membuatkan mereka rasa takut.

#4. Lapar dan mengantuk

Apabila dua keadaan ini bersatu secara tak langsung ia turut mempengaruhi emosi anak untuk menangis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, ibu ayah jangan terlalu bimbang kerana cikgu akan sentiasa memantau keadaan murid. 

Seterusnya doakan proses belajar anak-anak menjadi lebih mudah sekaligus membuatkan guru rasa seronok mengajar ilmu buat mereka.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: CNN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan