Gelagat menarik anak-anak selebriti pada hari pertama persekolahan 2018!

Antara perkara menarik yang dilihat pada hari pertama sekolah 2018 adalah telatah si kecil. Pasti ada yang terlalu bersemangat. Tak kurang juga yang bersedih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedar tak sedar, cuti sekolah sudah pun berakhir. Pasti ibu ayah seronok dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Kini, hari pertama sekolah 2018 sudah pun bermula.

Selain daripada kita, ada juga beberapa selebriti ibu ayah di Malaysia yang berkongsi gambar dan gelagat anak mereka di hari pertama persekolahan di Instagram.

Mari kita lihat beberapa perkongsian yang berjaya kami kumpulkan. Yang pastinya, hari pertama sekolah 2018 pasti memberikan seribu satu memori manis buat ibu ayah yang pertama kali menghantar anak ke sekolah!

Gelagat anak selebriti di hari pertama sekolah 2018

1. Arrian – Anak Tomok

Kredit: IG ayu_abas

Anak cilik yang pintar ini, Arrian, sudah pun memulakan hari pertama sekolah 2018.

Menurut perkongsian ibunya, Ayu Abas, dahulu Arrian selalu meragam tidak mahu ke sekolah. Sekarang, boleh siap tersenyum dan tunjuk peace. 

Bella – Anak angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: IG Drsheikhmuszaphar

Ayah yang terkenal dengan dedikasi terhadap anak-anak ini, Dr. Sheikh Muszaphar, turut sibuk pada hari pertama sekolah 2018.

Menurut perkongsiannya di Instagram, beliau terpaksa bergegas dari satu sekolah ke satu sekolah untuk memastikan keadaan kedua-dua anaknya, Bella dan Tasha, baik-baik sahaja.

Anak-anak Dato’ Aliff Syukri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shahidadherbs

Kisah hari pertama persekolah untuk anak-anak Dato’ Aliff Syukri juga tidak kurang menariknya. Menurut perkongsian isterinya, Datin Shahida, beliau terlupa untuk menyemak email.

Rupa-rupanya, sesi persekolahan untuk anak-anaknya belum bermula. Terpaksalah pulang semula ke rumah selepas melihat sekolah kosong.

Baasit Al-Haq – Anak pelakon Sari Yanti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: IG Sariyanti

Ini pula gelagat anak kepada pelakon Sari Yanti. Sudah besar dan nampak matang sekali adik ini.

Si ibu ada berkongsi gambar di profil IGnya dan mendoakan anaknya semoga berjaya menempuhi hari pertama sekolah 2018!

Khalish – Anak Faizal FBI

Kredit: Faizalfbi76

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang ini pula, telatah anak dan bapa, adik Khalish dan Faizal FBI. Faizal ada berkongsi beberapa gambar di IG yang menunjukkan bagaimana dia meluangkan masa di sekolah anaknya pada hari pertama persekolahan.

Dari bilik darjah sehingga ke kantin sekolah, Faizal tetap mengekori setiap detik perjalanan hari pertama si kecilnya itu.

Bella Deluna – Anak Stacy dan Akim

Kredit: IG Beyshal

Santai sekali wajah si comel Bella ini, atau nama manjanya, Biyya. Anak kepada pasangan penyanyi Stacy dan Akim memulakan hari pertama di sekolahnya dengan bersemangat bangun awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stacy bergurau di IG dengan meletakkan hashtag “jangan first day saja mau semangat bey”!

Nurul Iman – Anak pengacara Amin Idris

Kredit: IG Amin_idris

Comel sekali wajah anak perempuan kepada pengacara dan pakar motivasi, Amin Idris. Saling tak tumpah dengan wajah bapanya.

Amin Idris ada berkongsi gambar hari persekolahan pertama anak perempuannya itu. Semoga jadi anak bijak dan solehah ya!

Mia Sara sekeluarga

Kredit: Therealmiasara

Ini pula detik hari pertama persekolahan untuk pelakon cilik, Mia Sara dan adik-beradiknya.

Sedar tidak sedar, Mia Sara kini sudah pun bergelar pelajar sekolah menengah. Selamat maju jaya, Mia!

Lah Ahmad dan anak perempuannya

Kredit: IG Lah_ahmad

Penyanyi Lah Ahmad turut tidak ketinggalan berkongsi detik hari pertama sekolah 2018 dengan para pengikutnya di IG.

Antara pesanan ringkas dari seorang ayah untuk anak perempuannya adalah: “belajar rajin-rajin dan dengar kata cikgu”.

Yusuf Iskandar – Anak Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Kredit: IG Haniszalikha

Eh, si kecil yang bijak dan lincah Yusuf Iskandar pun sudah mula bersekolah? Tidak kisahlah, yang pastinya si kecil ini turut bersemangat untuk memulakan harinya, lengkap dengan kasut dan beg sekolah!

Untuk adik-adik yang kini sudah pun memulakan sesi persekolah 2018, selamat menuntut ilmu.

Semoga membesar menjadi insan yang berjaya dan menggembirakan ibu ayah!

Bagaimana pula pengalaman hari pertama persekolahan anda? Jom berkongsi cerita menarik di ruangan komen ya!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

24 Foto Persahabatan Bayi Dan Kucing Yang Akan Buat Hati Anda Cair

Penulis

Noor