Suami Lebihkan Kawan Daripada Isteri? Hati-Hati, Boleh Tutup Pintu Rezeki Kalau Isteri Terasa!

Ya, memang selalu kita dengar suami lebihkan ibu mertua, lebih keluarga, lebihkan isteri muda namun suami lebihkan kawan atau lebih mementingkan kawan juga memberi masalah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahu tak hati isteri yang terluka ni cukup besar impaknya pada rumah tangga. Situasi ini selalu berlaku jika suami tidak berlaku adil. Ini bukan saja masalah bagi suami yang berpoligami, malah turut berlaku untuk suami yang sentiasa melebihkan kawan daripada isteri. 

Ya, memang selalu kita dengar suami lebihkan ibu mertua, lebih keluarga, lebihkan isteri muda namun suami lebihkan kawan atau lebih mementingkan kawan juga memberi masalah. 

Kalau tak keluar lepak bersama kawan-kawan tu seperti satu masalah besar, namun nak bawa isteri dan anak-anak keluarga bercuti atau keluar ke mall pun susah. 

Susah juga nak menegur suami yang kurang ilmu mengenai pintu rezeki ni. Bagi mereka sebab isteri ni selalu saja depan mata maka tidak perlu sangat diberi perhatian. Bak kata orang ‘take things for granted’. 

Tapi bahaya tau kalau suami-suami bersikap begini, takut nanti susah rezeki nak masuk kalau hati isteri yang terluka. Kerana pintu rezeki akan terbuka luas kalau suami menjaga rezeki mereka dengan isteri.

‘Rezeki’ yang dimaksudkan ini pula bukanlah bercirikan wang semata, ia termasuklah perhatian, masa dan kasih sayang. 

Kesan hati isteri yang terluka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang membuatkan pintu rezeki tertutup itu adalah disebabkan perkara-perkara berikut.

Ingatlah satu perkara yang anda buat silap ia akan berkait dengan masalah lain, disebabkan itulah kata orang di sebalik suami yang berjaya, ada isteri yang sentiasa menyokong mereka dibelakang. 

#1. Isteri rasa kurang bersyukur

Setiap perilaku suami yang membuat hati isteri yang terluka dan terasa dizalimi akan menjadikan doa mereka ini termakbul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkan isteri sentiasa bersedih jadi dalam hatinya tiada apa yang boleh buat dia bersyukur, maka lebih susahlah rezeki nak masuk.

Jadi dalam soal ini, isteri perlu pujuk hati sendirikah untuk rasa bersyukur? Bukan mudah bukan?

#2. Isteri tak ikhlas melayan suami

Sudahlah hatinya terguris, kena pula melayan suami. Terus segalanya jadi tak ikhlas. Nak menyediakan makan minum pun rasa berat hati, nak siapkan pakaiannya pun rasa malas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oh suami, cubalah fahami isteri anda, tak pernah dengar ke pepatah ‘happy wife happy life’?

#3. Isteri berdendam

Yang ini paling kronik, bila isteri dah mula berdendam, tiada apa yang bagus lagi dalam perkahwinan. Minta dijauhkan ya.

Ini semua bermula bila satu persatu perilaku suami buat isteri terasa, tetapi macam biasalah ia dipendam sampai jadi dendam. Tiap kali nak dibawa berbincang pula seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

#4. Isteri tak berdoa untuk suami

Suami yang baik akan sentiasa ada dalam doa isterinya. Ingatlah doa isteri untuk suaminya yang mithali cukup mustajab. Siapa lagi yang boleh mendoakan mereka menjadi ketua keluarga yang baik, menjadi seorang yang sukses kalau bukan daripada isteri sendiri.

Bukan kawan-kawan suami yang akan mendoakan kejayaan anda ya. Mereka pun ada keluarga sendiri. Jadi ini kepentingannya melebihkan isteri dahulu berbanding kawan-kawan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang isteri akan menyokong suaminya dalam apa keadaan sekalipun

Hidup ini kan umpama roda? Mana ada kejayaan tanpa kegagalan. Tapi dalam kegagalan pun, seorang isteri akan teguh berdiri di belakang suaminya.

Mereka tidak pernah berputus asa, malah mereka yakin, setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Seorang isteri juga tidak akan mengharapkan apa-apa balasan di atas segala pengorbanannya. Cukuplah dengan kasih sayang murni dari seorang suami.

Dengan doa yang ikhlas, dan tanggungjawab yang dijalankan dengan solehah, nescaya hati suami pun akan lebih tenang untuk mengharungi pelbagai cabaran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pesona Pengantin

Kredit gambar: Mikhail Nilov/Pexels

Baca juga: “Kalaulah Aku Hargai Dia Dari Dulu…” – Kisah Suami Curang Ini Benar-Benar Membuka Mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan