Suami pura-pura jujur dan tak curang, itu lebih BAHAYA DAN MENYAKITKAN

Lebih sakit dan kecewanya hati isteri, bila suami dalam diam menyimpan rasa cinta terhadap wanita lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan nak menuduh, tapi zaman sekarang ini, ramai para suami yang kurang menjaga perasaan isteri. Sedangkan, hati seorang istri yang terluka itu boleh menjadi parut berpanjangan dan memainkan emosi isteri jika suami tidak cuba memperbaiki kesilapan diri.

Hal yang sering kali dikaitkan adalah isu orang ketiga dalam perkahwinan.

Bukan yang tengah bercinta saja gatal miang berlaku curang, tapi si suami yang sudah ada anak berderet pun berperangai yang sama. Alahai!

Sebelum berceloteh lebih jauh, apakah yang dimaksudkan dengan bermain emosi isteri itu? Ia adalah situasi apabila suami menganggap wanita lain lebih berharga atau mengutamakan orang lain berbanding pasangan sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, malah berani juga berfantasi seksual dan orang tersebut sentiasa berada dalam fikiran hingga kedudukan pasangan dalam hati digantikan dengan yang lain. Amboi!

Pendek kata, macam nak tampal nama perempuan itu dalam hati sampai nama isteri pun tak ingat! Kes parah ini.

Tapi disebabkan ingin menghormati pasangan, anda memutuskan supaya tidak meluahkan sebarang perasaan yang timbul pada individu berkenaan.

Namun, bagus ke pendam perasaan terhadap orang lain walhal sudah ada pasangan yang telah mengharungi susah senang dengan anda?

Hati seorang istri yang terluka, fakta kenapa menduakan pasangan secara emosi lebih membawa keburukan

# 1. Hati seorang istri yang terluka – Ia membabitkan perasaan

Menduakan pasangan secara emosi membabitkan perasaan yang lebih mendalam yang sepatutnya diserahkan pada pasangan kita saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ini terjadi, ia boleh menyebabkan jarak emosi yang ketara antara suami dan isteri.

Meskipun perasaan itu boleh dikendalikan dengan baik. Namun anda tak mampu membohong diri tentang keinginan untuk bertemu dan menghabiskan masa dengan individu tersebut.

#2. Hati seorang istri yang terluka – sukar untuk dikesan

Jika suami menduakan isteri secara fizikal, isteri senang nak mengesannya melalui telefon bimbit kalau ada mesej romantik tertentu atau pun ada kesan lipstik di pakaian suami.

Selain itu, suami malas melakukan hubungan kelamin dengan isteri pun boleh jadi dia sedang berlaku curang atau ada wanita lain di belakang anda.

Maka dia tidak lagi tertarik dengan isteri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, menduakan isteri melalui emosi ini susah nak dikesan. Boleh jadi, dalam diam suami senang jatuh cinta dengan rakan sekerjanya.

Paling tidak, suami mengajak wanita tersebut makan lunch bersama-sama atau selalu melihat profil peribadi wanita itu di Facebook. Hmmm memang tak boleh dipercayai! 

#3. Hati seorang istri yang terluka – ada rasa ragu-ragu dengan suami

Jika suami pernah menduakan isteri dengan melakukan hubungan terlarang bersama wanita lain, mudah untuk dikesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi jika dia menyimpan perasaan terhadap wanita lain, dia akan sekeras-kerasnya menidakkan tohmahan anda itu. Kemudian, anda merasa ragu-ragu adakah tiada lagi cinta di hati suami?

#4. Hati seorang istri yang terluka – ia jauh lebih menyakitkan

Curang dan tidak jujur dengan perasaan ini lebih menyakitkan. Malah, anda tidak dapat berhenti fikir bagaimana cintanya boleh berpaling terhadap wanita lain.

Bahkan, anda tidak dapat berbuat apapun kerana tiada bukti jelas tentang perasaannya itu walhal dia sedang memendam perasaan cinta dengan orang lain.

#5. Hati seorang istri yang terluka – perlukan lebih masa untuk sembuh

Kredit: lifestyle okezone

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika suami berpura-pura tidak mencintai orang lain, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan api asmaranya pada wanita lain itu sedang membuak-buak.

Namun, jauh disudut hati, anda tahu hatinya sukar untuk dikembalikan bersama kalian lagi.

Hal ini yang membuatkan isteri tidak kuat untuk jatuh cinta lagi kerana perasaan itu pernah dirobek dan diduakan oleh insan yang bernama suami.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga