Helah Getah Ikat Rambut Viral - Bantu Ibu Bapa Mengurangkan Tekanan

Helah mengikat rambut ini mungkin sesuai untuk anda jika anda seseorang yang sentiasa cuba untuk memastikan rambut anda diikat kemas sambil melatih kesabaran diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Helah getah ikat rambut ini mungkin sesuai untuk anda jika anda seseorang yang sentiasa cuba untuk memastikan rambut anda diikat kemas sambil melatih kesabaran diri.

Pada 16 Mei, seorang ibu bernama Shuana Harvey berkongsi teknik yang membantu beliau “bersabar dengan anak beliau yang berumur 4 tahun ” di Facebook

Getah ikat rambut: Helah 1 getah, 1 kesabaran

“Saya memakai 5 getah ikat rambut di pergelangan tangan saya sejak saya bangun sehingga anak saya tidur. 5 ikat rambut itu mewakili setiap kali saya hilang kesabaran saya atau mengatakan sesuatu tidak baik kepada anak saya,” jelas Harvey.

Setiap kali ini berlaku, saya alihkan satu getah ke pergelangan tangan yang lain.

Untuk ‘mendapatkan getah itu semula,’ anda perlu melakukan 5 aktiviti positif dengan anak anda. 

Sama ada membuat parti tarian, nyanyian lagu bersama-sama, membaca bersama-sama, dan lain-lain.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu itu berkata dia merancang untuk menggunakan helah ikat rambut ini sehingga ia menjadi habit.

“Saya mendapati diri saya begitu tertekan. Saya tidak faham mengapa anak saya berkeras untuk tidak menghormati saya dan tidak mahu mendengar kata-kata saya,” tulisnya.

“Saya menangis sekurang-kurangnya sekali setiap hari.”

Tips sabar: Pastikan jumlah di tangan sama di penghujung hari

Selepas menamatkan hari dengan kesemua lima ikat rambut di pergelangan tangan asal, Harvey berkata dia berasa bangga dengan dirinya sendiri kerana dapat tahan sabar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya tahu ia hanya satu hari, tetapi saya berharap ini akan membantu kemahiran komunikasi dan hubungan kami,” katanya membuat kesimpulan.

“Jika anda mendapati diri anda seorang ‘Ibu Yang Selalu Marah,’ cubalah helah ini!”

Status Facebooknya telah dikongsi sebanyak 11,500 kali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikutan sambutan yang viral, Harvey menyatakan bahawa dia mendapat helah itu dari blogger Kelly Holmes “The (Reformed) Idealist Mom.”

Dalam post blog asal Holmes, “Helah Getah Ikat Rambut Yang Akan Buat Anda Berubah dari Ibu Marah Kepada Ibu Ceria,” beliau berkongsi pengalaman peribadi beliau.

Dia juga menawarkan tips untuk ibu bapa yang ingin melaksanakan idea beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melihat post penyebaran viral Harvey di seluruh media sosial, blogger itu menulis di Facebook:

“Setiap kali saya melihat post asal dikongsikan di laman sosial, saya memikirkan berapa banyak lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak yang akan menjadi rapat dan melalui pengalaman yang seronok bersama-sama kerana trick mudah ini.”

Rencana diterjemahkan daripada Huffington Post

Baca juga: 

Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Tahun 2021, Rugi Kalau Tengok TV Saja, Jom Semak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh