Cara Melegakan Hidung Tersumbat Pada Anak Yang Masih Kecil, Ibu Cuba Langkah Urutan Ini!

undefined

Hidung bayi tersumbat adalah masalah yang biasa berlaku sewaktu si manja jatuh sakit atau selsema. Ada beberapa langkah untuk mengatasinya

Apabila hidung bayi tersumbat akibat selesema, ada cara ibu ayah boleh redakannya. Ada yang mungkin khuatir seringkali memberi ubat, jadi boleh cuba alternatif lain melegakannya. 

Bayi hidung tersumbat boleh mengganggu dan menyebabkan mereka susah untuk tidur. Kasihan juga kalau tidak diberi ubat, kan? Lebih susah bila ibu-ibu atau ayah yang terpaksa berjaga malam untuk melayan ragam anak yang kurang sihat.

Penyebab hidung bayi tersumbat

bayi hidung tersumbat

Selain itu apabila bayi hidung tersumbat, proses penyusuan turut terjejas kerana mereka sukar bernafas. Akibatnya, bayi  akan cepat merengek dan tidak dapat menyusu badan dengan tenang. 

Untuk pengetahuan ibu ayah, sebenarnya terdapat pelbagai punca yang mendorong masalah hidung bayi tersumbat, namun ia bukanlah bermakna semuanya disebabkan jangkitan penyakit.  Ini antara 5 punca biasa yang sering menyebabkan hidung bayi anda tersumbat:

#1. Saluran hidung kecil

Button nose pada bayi anda yang baru dilahirkan adalah agak kecil, justeru sedikit lendir sahaja boleh menyekat saluran hidung.

Jika si manja anda makan atau menyusu badan tanpa sebarang masalah atau kelihatan sihat sahaja, mungkin tidak banyak yang tersumbat. Jadi ibu ayah tidak perlu terlalu bimbang.

#2. Bayi tidak boleh menghembus

Kanak-kanak dan orang dewasa boleh menghembus lendir ke tisu dengan mudah. Walau bagaimanapun, bayi tidak boleh melakukannya, dan mereka memerlukan cara lain untuk membantu membersihkan saluran hidung mereka.

#3. Faktor persekitaran

Minyak wangi, asap rokok, bulu haiwan peliharaan, debunga, atau habuk semuanya boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran hidung.

Justeru jauhi perkara-perkara ini dan pastikan persekitaran si manja adalah bersih untuk mengelakkan bayi selsema atau jatuh sakit.

#4. Bayi selsema

Ketika proses tumbesaran, bayi dan kanak-kanak cenderung mendapat jangkitan penyakit memandangkan sistem ketahanan tubuh yang masih lemah.

Dalam hal ini sekiranya ada ahli keluarga anda mengalami demam atau selsema, maka risiko bayi selsema juga tinggi. 

Pastikan anda mengasingkan anak yang tidak sihat di ruang berlainan dan pantau pergerakan mereka agar tidak mendekati adik-beradiknya yang sihat.

#5. Bayi mengalami penyakit lebih serius

Respiratory syncytial virus (RSV) boleh menyebabkan bayi hidung tersumbat, yang disertai bersama gejala batuk, dan mengalami beberapa tahap kesukaran bernafas.

Keadaan ini seterusnya mewujudkan penyakit yang dipanggil sebagai bronchiolitis. Ia biasanya disertai dengan tanda-tanda lain seperti demam, kerengsaan dan kurang selera makan.

Influenza dan radang paru-paru juga merupakan jangkitan yang boleh menyebabkan kesukaran pernafasan dan harus dipantau dengan teliti dan dirawat.

Apabila bayi berasa sangat sakit dan tidak dapat bernafas dengan baik, mereka akan mengalami masalah menyusu dan boleh menyebabkan dehidrasi, terutama apabila si manja demam panas.

Cara melegakan hidung tersumbat melalui teknik urutan

Apabila hidung bayi tersumbat, apa kata kalau ibu ayah cuba dulu cara mengurut? Ibu bapa ayah perlu ikut panduan bergambar di bawah ini. Caranya sangat senang dan hanya mengambil masa kurang dari 1 minit!

Minyak bayi, minyak kelapa dara ataupun minyak angin khas untuk bayi boleh digunakan semasa mengurut untuk memanaskan badan bayi.

Walau bagaimanapun, jangan guna terlalu banyak kerana ibu perlu melakukan urutan pada bahagian hidung si manja. 

Cara melegakan hidung tersumbat: Langkah 1

hidung bayi tersumbat, bayi selsema, cara hilangkan hidung tersumbat, cara hilangkan hidung tersumbat bayi, ubat hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara melegakan hidung tersumbat

 

Sapukan minyak pada tangan, kemudian letakkan tangan pada dada bayi. Lakukan urutan hidung tersumbat dengan betul dan lembut dalam bentuk ‘love’ secara perlahan-lahan.

Ketika mengurut bayi dengan lembut, tenangkannya dengan sedikit nyanyian atau alunan zikir.

Langkah 2

hidung bayi tersumbat, bayi selsema, cara hilangkan hidung tersumbat, cara hilangkan hidung tersumbat bayi, ubat hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara melegakan hidung tersumbat

 

Seterusnya, cara melegakan hidung tersumbat bayi adalah dengan melakukan urutan bahagian dada anak dengan gerakan tangan menyilang pula.

Lakukan urutan hidung tersumbat ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

Langkah 3

hidung bayi tersumbat, bayi selsema, cara hilangkan hidung tersumbat, cara hilangkan hidung tersumbat bayi, ubat hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara melegakan hidung tersumbat

 

Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Buat urutan hidung tersumbat secara perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Senang sahaja bukan cara nak hilang hidung tersumbat ini? Apabila hidung bayi tersumbat, ibu ayah bolehlah ikhtiar melalui urutan bagi melegakan pernafasan si manja.

Jika ibu bapa masih kurang pasti cara nak hilang hidung tersumbat yang betul, anda boleh rujuk video tutorial di sini:

 

 

Cara hilangkan selsema bayi atau hidung tersumbat

Memberi ubat sebenarnya bukanlah sesuatu tindakan yang tidak baik terutama sekali untuk bayi berusia bawah satu tahun.

Hal ini kerana kadang-kadang ia adalah bagus untuk anda membiarkan imun anak melawan penyakit yang menyerang tubuh mereka.

Sekiranya baby selsema atau demam, ibu bolehlah cuba beberapa ikhtiar di rumah:

  1. Gunakan semburan salt water yang biasa dijual di farmasi bagi melegakan masalah bayi selsema atau hidung tersumbat
  2. Cara hilangkan selsema bayi: Kerap susukan bayi dan berikan anak minum air yang secukupnya untuk membantu kahak cepat cair.
  3. Ibu ayah juga boleh menggunakan air humidifier di bilik anak-anak bagi menambahkan sedikit kelembapan kepada udara yang kering.
  4. Jika dengar pernafasan baby selsema seolah berbunyi seperti wisel, anda harus membawa si kecil cepat-cepat berjumpa doktor. Ini kerana, rawatan lain harus diberikan untuk membuka semula saluran pernafasan anak yang mengecil itu.
  5. Cara mudah yang boleh dilakukan untuk baby selsema adalah meninggikan sedikit bantal anak sewaktu dia sedang berehat atau tidur. Posisi tidur bayi selsema ini dapat mengurangkan masalah menjadi lebih teruk.

Jika si manja anda demam, kurangkan demam mereka dengan menggunakan ubat seperti paracetamol. Tapi perlu menggunakan dos yang tepat melalui ukuran berat badan mereka.

Jika ibu mendapati keadaan si manja tidak semakin pulih, pastikan anda segera membawanya ke klinik berdekatan dan dapatkan pemeriksaan doktor.

Cara lain hilangkan selsema dan hidung tersumbat kanak-kanak 

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat kanak-kanak:

#1. Humidifier

Udara kering dari pemanas atau pendingin hawa di rumah anda boleh menyebabkan hidung menjadi kering dan kemudian mengeluarkan lendir tambahan.

Masalah ini berlaku terutamanya pada musim sejuk. Gunakan humidifier di dalam bilik bayi anda untuk melembapkan membran mukus di hidung, hilangkan selsema dan hidung tersumbat kanak-kanak.

#2. Stim

Kaedah stim juga boleh membantu mengeluarkan lendir di dalam hidung bayi anda. Tutup pintu bilik mandi dan siramkan pancuran air panas untuk menjadikan bilik berwap.

Kemudian matikan air dan duduk di dalam bilik berwap bersama bayi anda selama 5-10 minit untuk membiarkannya menembusi lubang hidung.

Anda juga boleh mencuba vaporizer untuk menghasilkan wap hangat di dalam bilik tidur bayi bagi kesan yang sama semasa tidur.

Petua hilangkan selsema bayi secara tradisional

  • Minyak bawang putih

Sapukan minyak bawang putih tersebut pada tapak kaki anak anda, pada belakangnya, dada dan juga di hidung untuk melegakan selsema.

Nak buat minyak ini pun mudah sahaja. Bakar terlebih dahulu, ketuk sedikit dan kemudian campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara sambil lenyek sedikit. Dah siap.

Minyak bawang putih juga dikatakan berkesan sebagai salah satu cara hilangkan batuk bayi.

  • Gunakan air kunyit hidup

Jangan tak tahu kunyit juga salah satu petua hilangkan selsema bayi yang berkesan. Ia adalah antibiotik selsema.

Dapatkan air kunyit dengan gosok kunyit hidup tersebut pada permukaan kasar atau apa-apa yang anda boleh lakukan. Anda nak tumbuk kunyit hidup pun boleh dan sapukan pada belakang dan bahagian dada.

  • Guna bawang merah

Petua hilangkan selsema bayi yang seterusnya adalah menggunakan bawang merah. Caranya adalah dengan mengupas bawang merah sehingga bersih dan tumbuk sehingga keluar air.

Kemudian, letakkannya berdekatan dengan tempat tidur bayi. Anda juga boleh beri bayi hidu bawang merah sebab ia dipercayai dapat mengeringkan hidung yang selsema. 

Jenis penyedut hingus bayi

Memandangkan anak yang masih kecil tidak pandai untuk mengeluarkan sendiri lendiran hingus atau kahak yang ada pada rongga pernafasan, ibu ayahlah yang perlu membantu mereka.

Untuk lebih mudah, gunakan beberapa jenis penyeduit hingus bayi ini untuk melegakan pernafasan si manja.

#1. Guna nasal spray

Salah satu cara hilangkan hidung tersumbat bayi adalah dengan menggunakan saline nasal spray. Saline nasal spray membantu membuang lendir yang tersumbat dan melegakan hidung bayi anda.

Pakar pediatrik biasanya mengesyorkan cara ini untuk bayi, kerana ia boleh membantu mengawal jumlah yang akan diberikan kepada serta daya yang digunakan pada hidung. 

Selain itu, nasal spray ini juga menjadi salah satu cara buang tahi hidung bayi dengan mudah dan selamat. 

#2. Bulb syringe

Cara hilangkan hidung tersumbat bayi yang seterusnya adalah dengan bulb syringe. Bulb syringe direka khas untuk membersihkan bahagian hidung si kecil.

Sebelum menggunakannya, baringkan bayi di atas permukaan yang rata dan menghadap ke atas. Pastikan si manja selesa dan santai sebelum anda mengeluarkan lendir dari dalam hidungnya.

#3. Penyedut hingus bayi 

Anda boleh menggunakan penyedut hingus bayi untuk mengeluarkan lendir yang ada di dalam hidung si kecil.

Cara untuk menggunakan penyedut hingus bayi adalah:

  1. Pegang bayi di atas riba anda.
  2. Sekiranya si manja sudah boleh mengeraskan badan atau menolak, sebaiknya pakaikan bedun.
  3. Secara perlahan-lahan masukkan bahagian muncung penyedut hingus bayi di dalam hidungnya
  4. Sedut hingus bayi dengan berhati-hati. Untuk kesan yang lebih baik, lakukannya pada waktu pagi atau selepas mandi.

Posisi tidur bayi selsema atau tersumbat

Ketika anak tidak sihat, ibu hendaklah tidur bersama mereka. Tiada yang lebih memberikan rasa aman dan selamat melainkan dengan merasa kehadiran ibu di sisi.

Sebagai alternatif, alihkan katil bayi supaya hampir dengan katil ibu tidur supaya ibu dapat memantau dan memberikan perhatian yang diperlukan ketika bayi sedang sakit.

Justeru, posisi tidur bayi selsema yang terbaik dan paling selamat adalah secara menelentang. Posisi tidur untuk bayi selsema ini mampu mengelakkan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini sekaligus membantu bayi tidur lena.

Bila perlu jumpa doktor

  • Simptom pada bayi anda tidak berakhir walaupun selepas seminggu
  • Kondisi hidung bayi anda semakin teruk setiap hari
  • Semua cara yang digunakan tidak berkesan
  • Hidung terus tersumbat, dan anda syak ia disebabkan alergi
  • Kulit, bibir atau kuku bayi anda kelihatan kebiruan
  • Bayi anda sukar untuk bernafas
  • Bayi anda demam dan batuk yang teruk
  • Kurang selera untuk menyusu sehingga menyebabkan dehidrasi
  • Bimbang benda asing tersangkut pada hidung bayi anda

Semoga bermanfaat!

  1. Mom Loves Best. (Nov 13, 2021). How to Clean Your Newborn’s Nose. momlovesbest.com/clean-baby-nose
  2. Healthline. (Aug 25, 2020). Cleaning Baby’s Nose: Your How-To Guide. www.healthline.com/health/baby/cleaning-babys-nose#takeaway
  3. Doctoroncall. (Julai 30, 2021). 8 Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Pada Bayi Yang Anda Perlu Tahu. www.doctoroncall.com.my/health-centre/keibubapaan/hidung-bayi-tersumbat
Artikel ini telah mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Tanda Kulat Susu Pada Bayi, Ini Cara Anda Hilangkannya Dengan Mudah & Selamat

Baca juga: Bayi Baru Lahir Alami Mata Merah Berdarah? Jangan Risau, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Buat

Baca juga: 5 Petua Untuk Merawat Jangkitan Kulat Pada Puting Semasa Menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!