Cubit Hidung Bayi Boleh Jadi Mancung? Betul Atau Tidak?

Comelnya hidung anak pesek tapi kalau boleh bagi mancung apa salahnya, mesti lagi comel! Kata orang tua-tua waktu bayi lahir hidung masih lembut jadi bila diurut naik setiap hari boleh jadi mancung!

Betul ke bayi yang lahir hidung pesek bila kita cubit hidungnya hari-hari boleh jadi mancung? Mulanya malu nak akui tapi sebenarnya dulu saya pun pernah mencuba teknik ini! 

Yalah, comelnya hidung anak pesek tapi kalau boleh bagi mancung apa salahnya, mesti lagi comel! Kata orang tua-tua waktu bayi lahir hidung masih lembut jadi bila diurut naik setiap hari boleh jadi mancung!

Tapi tahu tak sebenarnya perbuatan mencubit hidung bayi ada bahayanya! Mengikut artikel Orami Parenting, bayi mungkin berasa tidak selesa dan jika dibuat terlalu agresif, boleh mendatangkan kecederaan!

Ini apa yang anda perlu tahu sekiranya anda obses mencubit hidung bayi nak bagi mancung!

#1. Perkembangan hidung bayi terganggu

Tidak ada bukti bahawa dengan menarik, mencubit, atau mengurut hidung bayi akan membuat hidung mereka lebih mancung. Sebaliknya, para pakar menyatakan perbuatan itu akan menyakiti si bayi kecil yang masih lembut itu.

Biarkan hidung si kecil terbentuk dengan sendiri adalah lebih baik. Ya, memang betul saat bayi lahir bentuk hidungnya belum terbentuk sepenuhnya. Jadi mungkin tampak sedikit pesek.

Hidung bayi adalah antara anggota badan yang paling awal terbentuk, iaitu dalam lima hingga lapan minggu kehamilan lagi.

Dan menjelang minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran, sebahagian besar hidungnya sudah pun terbentuk tapi bukan sepenuhnya.

Pakar menyatakan hidung bayi yang baru lahir adalah bersifat sementara, ia akan memakan masa dalam satu bulan untuk melihat hidungnya yang terbentuk sempurna.

Jadi dengan mencubit atau menarik hidung si manja secara tidak langsung menganggu proses perkembangan hidung bayi.

#2. Berpotensi cedera

Kalau elok jadinya tidak mengapalah, tapi jika tercedera dan menganggu pernafasan si kecil bagaimana?

Dr. Michelle Beckford, Pakar Pediatrik dari Constant Spring Medical Center mengingatkan para ibu bapa supaya elakkan mencubit dan menarik hidung bayi dengan kerap ini akan menyebabkan ketidakselesaan bayi dan bimbang akan mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini.

Malah, dia juga menekankan bahawa, tidak akan ada perubahan dari segi bentuk sekiranya anda kerap mencubit dan menarik hidung mereka.

Ia hanya akan menyebabkan tekanan pada otot-otot si kecil yang masih lembut lantas berisiko untuk cedera dan mengakibatkan salah perletakan hidungnya.

#3. Bentuk hidung bayi adalah faktor genetik

Fungsi hidung bukan setakat bernafas sahaja, malah ia juga berfungsi untuk menghidu, mempengaruhi suara dan mencegah infeksi.

Malah ia akan kekal berkembang sedari lahir hingga dia membesar.

Ya, struktur hidung bayi anda adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Jika pesek hidung ibu bapanya maka anak pun turut ikutlah.

sekiranya ibu bapa mempunyai hidung mancung dan bayi yang lahir pula hidungnya kelihatan pesek jangan risau. Ini keran tulang hidung bayi mungkin belum mengeras sepenuhnya.

Jadi janganlah obses untuk terus menarik dan mencubit hidung bayi agar terbentuk hidung mancung!

Antara petua lain untuk 'mencantikkan' bayi:

  • Pakaikan anak  celak mata : Ini supaya mata anak anda nanti tampak lebih galak dan bundar! Dan celak yang digunakan orang tua-tua dulu sememangnya dari Mekah. Jadi mungkin bahannya lebih semula jadi dan selamat.
  • Trim bulu mata bayi : Dengan memotong sedikit hujung bulu mata bayi dapat memberi ruang untuk bulu mata tumbuh lebih lebat dan lentik!
  • Lukis kening bayi : Nak kening anak anda terbentuk semula jadi bila dia besar nanti? Katanya pakaikan juga celak mata pada kening. Tapi orang dulu-dulu menggunakan celak dari Mekah.
  • Cukur rambut bayi : Yang ini agak biasa dikalangan muslim, ini kerana selain ia adalah sunnah Nabi, ia juga dikatakan dapat menjadikan rambut bayi yang tumbuh nanti lebih lebat. 

 

Sumber: Orami Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

my.theasianparent.com/cara-hilangkan-batuk-bayi