''Saya Anggap Madu Adalah Hadiah & BFF,'' Isteri Pertama Dedah Setiap Orang Layak Bahagia

Hidup bermadu bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan tolak ansur dan adil pada isteri pertama dan isteri kedua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini kisah poligami atau suami kahwin baru kerap dilaporkan berlaku dalam masyarakat kita. Meskipun ramai isteri tidak sanggup berkongsi kasih, namun sebenarnya ada wanita yang redha dan terima hidup bermadu dengan hati terbuka.

Tidak dinafikan kehidupan bermadu boleh menjadi cabaran, tetapi juga boleh membawa kebahagiaan jika semua pihak saling menghormati dan berkomunikasi dengan baik.

Hidup Bermadu Atas Kerelaan Sendiri

Menurut perkongsian isteri pertama, Nur Akmal Hassan kepada Harian Metro, dirinya menerima hidup bermadu dengan hati yang ikhlas.

“Saya seikhlas hati menerima kehadiran madu tanpa rasa sangsi, Insya-Allah…Allah SWT sudah aturkan yang terbaik untuk kami dan semua yang berlaku juga adalah dengan izin-Nya,” kata Nur Akmal Hassan.

Nur Akmal, 40, mendapat perhatian selepas berkongsi video gambar perkahwinan suami, Mohd Zahzee Shah Zakaria, 39, dengan isteri kedua, Noorfaizura Ujang, 41, di TikTok yang mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkongsi kisahnya, Nur Akmal berkata, dia memberi kebenaran dengan kerelaan sendiri untuk suami berkahwin buat kali kedua kerana percaya setiap insan layak mendapat kebahagiaan masing-masing.

“Saya baru saja kongsi gambar itu baru-baru ini kerana untuk berkongsi kenangan dan suka-suka saja selepas hampir setahun suami dan madu berkahwin. Saya tak sangka pula ia akan mendapat perhatian dan pujian ramai.

Poligami Bukanlah Sesuatu Yang Buruk

“Saya berterima kasih dengan sokongan netizen dan semua doa yang baik-baik untuk mereka juga, malah dalam masa sama saya mahu menunjukkan poligami bukan sesuatu yang buruk sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia yang menetap di sini, berkata, alasan utama dia rela berkongsi kasih adalah kerana dia mahu suami mendapat zuriat sendiri selepas percubaan mereka mendapatkan cahaya mata tidak berhasil sepanjang 12 tahun berkahwin.

Menurutnya, dia menerima kehadiran madu dengan ikhlas dan menganggap wanita itu sebagai rakan baik serta mengakui mereka kini masih saling mengenali hati budi.

“Dalam hidup berkongsi kami sentiasa tahu hak, privasi dan tanggungjawab masing-masing selain saling menghormati. Kita mesti faham semua datang daripada Allah SWT, Dia sudah tentukan yang terbaik untuk kita.

Isteri Kedua Adalah Wanita Baik

“Saya anggap madu adalah hadiah buat saya dan dia seorang yang baik, malah ketiga-tiga keluarga juga saling mengenali dan baik. Apabila suami setuju dengan cadangan saya berkahwin lain, madu datang bertemu saya untuk kepastian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya juga meminang madu untuk suami dan membantu menguruskan urusan poligami di mahkamah serta majlis mereka. Kekuatan itu datang daripada Allah jadi saya yakin ia adalah aturan terbaik untuk kami.

“Kita perlu lihat semua yang berlaku dengan kaca mata yang baik dan pastinya semua akan jadi baik, Allah SWT tidak akan zalim dengan hamba-Nya dan yang pasti kita perlu ikhlas,” katanya memberitahu ketiga-tiga mereka adalah pendidik.

Baca juga:  Poligami Dalam Islam: Poligami Maksud, Syarat Poligami & Hukum Poligami Tanpa Izin Istri

Baca juga:  5 Sebab Mengapa Masa Bercinta Dulu Indah, Bila Dah Kahwin Segalanya Jadi Berubah

Baca juga:  Awal Kahwin Selalu Doa Tidak Mahu Zuriat, Suami Dedah Lepas 8 Tahun Baru Dapat Anak