(Video) Isteri Dari NERAKA! Sanggup Lempar Batu Ke Muka Suami OKU, Paksa Jadi Pengemis Jalanan

Lumrah alam rumah tangga akan diuji dengan pelbagai dugaan termasuklah hidup yang susah. Isteri, hargailah pasangan yang menjadi pilihan hati anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi kebiasaan anda menikmati suasana bandar yang penuh dengan pelbagai ragam manusia. Tidak hanya manusia yang fizikal sempurna, tetapi juga ramai orang kurang upaya hidup susah meminta simpati orang.

Perkongsian sebuah video yang menayangkan seorang wanita telah menarik dan memarahi suaminya yang kurang upaya telah menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 20 saat itu mendapat ‘view’ ratusan ribu dari netizen. Rata-ratanya sedih melihatkan kelakuan seorang isteri yang tergamak melakukan perkara tersebut terhadap suaminya yang kelainan upaya.

Menurut Sin Chew Daily, wanita tersebut ‘naik angin’ kerana dia meminta sejumlah wang tetapi suaminya tidak mampu memenuhi kehendaknya tersebut.

Dalam video ini, anda dapat melihat dia telah mengheret lengan pasangannya dan mengeluarkan kata-kata yang berbentuk ancaman.

Menyedari akan kekurangan yang dimiliki, lelaki berkenaan tidak melawan. Malah, dia sendiri tunduk dan mengundur sedikit ke belakang seperti dia seolah-olah takut isteri akan memukulnya dengan lebih teruk.

Bukan sekadar memarahi suami, wanita berkenaan yang sepertinya ingin beredar kerana menyedari dirinya dirakam oleh orang di sekitarnya sempat mengambil batu dari tanah dan melemparkan terus terhadap diri suaminya yang kerdil.

Dia juga berteriak pada suaminya dengan mengatakan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika anda tidak mendapat apa-apa wang, jangan fikirkan pulang!”

Rakaman video ini telah berlaku di tepi jalan raya yang sibuk di kawasan Palembang, Indonesia.

Jangan malu hidup susah dengan pasangan

Asam garam kehidupan rumah tangga, di awal fasa perkahwinan akan terselit pelbagai dugaan yang menguji kekuatan cinta sebenar antara anda dan suami.

Sememangnya ramai pasangan yang sudah berkahwinan akan melaluinya, di awal perkahwinan  hidup susah, serba serbi tidak lengkap kerana ekonomi keluarga pada waktu kurang stabil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lain orang, lain jalan ceritanya. Namun, bagi anda yang sudah sekian lama bercinta dengan suami sejak zaman sekolah lagi, usahlah menjadikan ujian ini sebagai beban.

#1. Jalani kehidupan yang sederhana

Ada orang yang memiliki kereta mewah, namun dugaannya suami tidak selalu bersama isteri kerana perlu bekerja lebih masa.

Jangan membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana perjalanannya tidak akan sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rezeki telah ditetapkan oleh Allah SWT, tugas anda hanya perlu berusaha lebih lagi bagi mencapai kebahagiaan dari pelbagai aspek.

Dalam hal ini, jalanilah setiap saat mengikut kemampuan anda dan pasangan. Sentiasa melihat kebaikan bagi tiap-tiap ujian yang anda harungi barulah anda akan dapat belajar sesuatu darinya.

#2. Percaya rezeki sentiasa ada

freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang ‘bunting pelamin’, pastinya anda akan berasa sedikit cemas apabila menyemak keputusan kehamilan yang memaparkan double line.

Sudahlah baru lepas kahwin dan barang rumah tidak dapat dipenuhi lagi kerana wang sudah habis untuk perbelanjaan majlis perkahwinan.

Usah risau kerana Allah telah menjanjikan bahawa kedatangan orang baru dalam keluarga akan membawa pelbagai nikmat yang mampu mengubah keadaan rumah tangga menjadi lebih indah.

#3. Utamakan nilai bertolak ansur

Dalam menguruskan hal rumah tangga, masing-masing akan sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan dipertikaikan jika suami anda tidak menolong anda melakukan kerja rumah kerana dia mungkin terlalu penat bekerja dan ingin berehat ketika pulang ke rumah.

Sebagai seorang pasangan yang baik, utamakan prinsip untuk bertolak ansur dalam setiap perkara bagi mengelakkan konflik rumah tangga.

#4. Sama-sama menyenangkan

Foto: instagram

Punca keretakan rumah tangga adalah seseorang tidak berusaha untuk sama-sama menyenangkan perjalanan dan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Contohnya, jika anda sudah tahu pasangan tidak menyukai anda melakukan perkara demikian, elakkan dari terus melakukannya kerana ia akan memulakan bibit pergaduhan.

#5. Redha dengan pemberian Allah

Jika anda merasakan perkahwinan anda dipenuhi dengan pelbagai musibah, periksa semula di mana kesilapan anda sama ada hubungan terhadap manusia atau hubungan dengan pencipta.

Pastinya alam rumah tangga anda mengharapkan sebuah ketenangan bersama orang yang dicintai. Jadi, sentiasa untuk belajar redha dan bersangka baik terhadap setiap yang berlaku.

Isteri, usah tunding jari dan melihat kekurangan sahaja. Sentiasa menghargai kehidupan berumah tangga dan mencintai pasangan anda seperti anda mencintainya pada hari pertama berkenalan dengannya!

#6. Kesilapan dalam merancang

foto: krwfinance

Jika anda seorang yang bekerja atau menjalankan perniagaan, cuba semak kembali kemana perginya hasil usaha anda yang selama ini.

Sepatutnya hasil titik peluh yang diusahakan perlu juga diletakkan dalam tabung atau akaun simpanan kecemasan sekiranya anda dan pasangan menghadapi detik-detik kesukaran.

Menyentuh mengenai aspek kewangan, anda dan pasangan perlu berganding bahu untuk membahagikan antara kehendak dan keperluan. Barulah anda tidak berbelanja boros sehingga tidak dapat menyimpan sedikit wang.

#7. Berhutang dengan ramai orang

Kebiasaannya, dalam menstabilkan semua ekonomi keluarga, akan ada keadaan yang memaksa anda untuk menebalkan muka untuk meminjam wang dengan orang lain.

Apabila komitmen lebih tinggi dari pendapatan semasa, anda perlu memikirkan kembali perkara yang boleh mengurangkan kos.

Jika anda membiayai sewa rumah yang terlalu mahal, cuba dapatkan rumah sewa yang lebih murah.

Berhutang dengan orang sekeliling boleh menghalang kebahagiaan rumah tangga dan menjadikan hidup susah kerana anda menjadi lebih tertekan untuk bayar kesemua hutang tersebut.

Sumber: World of Buzz, Keluarga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-mengabaikan-perasaan-istri