Umur 29 Tahun Miliki 7 Orang Anak, Ibu Muda Ini Tidak Serik Untuk Mengandung Lagi

Ramai sebenarnya masih tidak menyedari akan hikmah nikah pada usia muda. Seperti wanita ini, dia sudah miliki seramai 7 orang anak pada usia 29 tahun!

Melangkah sahaja ke dunia lebih moden ini, kebanyakan pasangan membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun ke atas dengan alasan lebih stabil. Namun tidak bagi wanita ini apabila dia menyedari akan hikmah nikah muda bersama lelaki pilihannya.

Tiada apa yang salah dalam mendirikan rumah tangga ketika masih muda, asalkan kedua-dua pihak bersedia untuk menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Hikmah nikah awal, anak-anak boleh jadi kawan

Seperti yang dikongsikan dalam laman Facebook milik Anna Mukhtar, dia berusia 29 tahun namun sudah memiliki 7 orang anak iaitu 5 perempuan dan dua orang lelaki.

Dia juga menyimpan cita-cita untuk memiliki 10 orang anak sekiranya keadaan masih mengizinkannya.

Menurut Anna, dia berkahwin pada usia yang muda dan tidak pernah menyesal kerana menamatkan zaman bujangnya secepat itu. Meskipun menerima pelbagai pertanyaan dari orang sekeliling, dia menjelaskan bahawa kehidupan sekarang ini adalah lebih bahagia. 

”Kadang orang tanya tak rugi ke muda-muda sudah ada anak ramai dan tak dapat lah nak enjoy. Bagi Anna, kehidupan sekarang bahagia sangat. Kalau boleh nak cukupkan 10 orang.”

”Setiap anak ada rezeki dia. Insyaallah aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Percaya dan yakin dengan ketentuan. Pedulikan apa orang nak kata, biasalah jaga anak-anak kecil memang memenatkan sikit. Tapi insyaallah akan senang nanti hari tua.” jelasnya.

Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan bahawa kekuatan mental adalah sangat penting dan jangan cepat untuk berputus asal. Pasti segalanya akan dipermudahkan. 

”Anak pertama sudah umur 12 tahun, yang kedua 11 tahun, ketiga 9 tahun, keempat 7 tahun, kelima 4 tahun, keenam 3 tahun dan ketujuh 14 hari.” kongsinya.

Namun tepat 31 Oktober lalu, kami difahamkan dia telah kehilangan anak bongsunya kerana mengalami masalah jantung, kerosakan hati dan buah pinggang.

”Tepat jam 1.24 pagi, ma minta doktor stopkan mesin pernafasan Umar sebab waktu tu umar sudah tidak bernafas, yang sebelum ini cuma mesin sahaja berjalan. Mama redha dengan ketentuan Allah, tenanglah Umar di syurga sana. Innalillahhiwainailahirojiun.”

”Umar anak mama kuat sekuat saidina umar..ma bangga allah kirimkan umar dkt ma walaupon hanya 20hari.ma bersyukur sgt.alhmdllillahh ya allah”

Kelebihan kahwin pada usia muda 

#1. Mengelakkan diri daripada maksiat

Hikmah nikah awal paling utama adalah menjauhkan penzinaan. Kebanyakan golongan remaja cenderung untuk dilamun dengan cinta, mempunyai rasa sayang dan rindu yang membuak-buak.

Disebabkan itu ada yang sanggup dating hampir setiap hari dan duduk berdua-duaan melayan perasaan. Kemudian mulalah tangan merayap sehingga melakukan sentuhan pada bahagian tubuh yang dianggap sebagai ‘bukti cinta’.

Justeru dengan nikah awal mampu menyelamatkan anda daripada terjebak dengan zina. Sabda Rasulullah S.A.W:

”Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam hukuman iaitu 3 semasa di dunia dan 3 lagi di akhirat iaitu: 

    • Hilang keberkatan hidup
    • Roh akan keluar dari badan dalam keadaan Allah tidak akan memandangnya
    • Muka akan menjadi hitam
    • Azab seksa di neraka
    • Rezeki akan berkurangan
    • Di akhirat Allah akan melihatnya dengan pandangan murka

#2. Lebih matang dan bertanggungjawab

credit to sources

Memikul tanggungjawab sebagai seorang suami isteri akan membuatkan anda lebih matang. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, anda bebas melakukan apa-apa dan ia hanya melibatkan diri anda seorang.

Namun sekarang apa sahaja yang dilakukan akan memberi kesan terhadap hubungan rumah tangga dan keluarga. Justeru, dengan ikatan perkahwinan ini membuatkan seseorang lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan penting.

#3. Hidup lebih tenang

”Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum: Ayat: 21) 

Bukan itu sahaja, selepas selamat diijabkabul setiap suami isteri sudah dijanji akan kurniaan rezeki yang melimpah-ruah dan berkat kerana anda sudah tidak lagi bergelumang dengan dosa.

Manakala apabila sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi sudah memiliki anak, suami isteri akan serius untuk memikirkan sebuah rumah yang selesa dan menyediakan keperluan anak-anak dengan baik.

Dengan pertambahan ahli dalam keluarga, ia membuatkan anda untuk bekerja lebih keras bagi memastikan kehidupan lebih bahagia. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa perkahwinan sebenarnya membuatkan anda menjadi lebih stabil. Percayalah bahawa rezeki akan hadir melalui senyuman isteri dan anak-anak.

Sumber: Dedah.co, Bidadari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ditakdirkan Jodoh Dengan Suami Muda, Ini 9 Tips Kekal Bahagia Sampai Ke Syurga